Rabu, 15 Jun 2011

Mengapa Thailand Sambut Hari Bapa Pada 5 Disember?

Hari Bapa merupakan suatu hari cuti sekular yang bermula pada awal abad ke-12 untuk kaum lelaki menyambut kebapaan, dan untuk memberi penghormatan dan peringatan terhadap para bapa. Hari Bapa disambut pada tarikh yang berlainan di seluruh dunia dan selalu menglibatkan pemberian hadiah kepada para bapa dan kegiatan kekeluargaan.

Pada hari Ahad minggu ke tiga bulan Jun 2011 ini, kita akan meraikan Hari Bapa. Negara Malaysia menyambut Hari Bapa bersama-sama negara lain seperti Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Argentina, Bahamas, Bangladesh, Belanda, Bulgaria, Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba, Cyprus, Filipina, Greece, Guyana, Hong Kong, India, Ireland, Jamaica, Jepun, Kanada, Malta, Mauritius, Mexico, Pakistan, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Puerto Rico, Singapura, Slovakia, Sri Lanka, Switzerland, Trinidad dan Tobago, Turki, United Kingdom, Venezuela, Zimbabwe.


Tahukah anda bahawa di negara Thailand, Hari Bapa disambut pada 5 Disember.
Mengapa Thailand Sambut Hari Bapa Pada 5 Disember?

Bagi negara Thailand, 5 Disember adalah Hari Bapa iaitu bersamaan hari kelahiran Raja Thailand . Bagi orang Thailand raja dianggap sebagai sebagai 'Bapa Bangsa'.  Oleh itu hari bapa bagi negara Thailand disambut pada 5 Desember semperna hari ulang tahun raja mereka.

Siapakah Raja Mereka itu?



Raja Bhumibol Adulyadej Agung dilahirkan pada Isnin, 5 Disember 1927 di Amerika Syarikat. Dia adalah raja-satunya yang pernah dilahirkan di Amerika Syarikat.



Kuning adalah warna kelahiran Raja kerana kuning adalah warna dari sebuah kelahiran Isnin menurut kepercayaan tradisional Thailand. Jadi setiap hari Isnin di sepanjang tahun, orang Thailand mengenakan kemeja kuning khas untuk menghormati Raja.


Klik ini, Mungkin anda Menang!
Hari Bapa 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan