1. Google Analytics (GA)
Melalui Google Analytics kita boleh melihat dan mengkaji keyword yang paling banyak digunakan oleh visitor ke blog kita. Kenalpasti keyword tersebut dan focus untuk menulis topik berkaitan dengan niche dan keyword tersebut untuk terus menjana traffic yang baik. Lagi banyak informasi yang kena dengan kemahuan visitor lagi bertambahlah pengunjung percuma dari hasil carian Google nanti. Kita perlu menyemak dan menilai website kita menggunakan GA ini supaya tidak terlepas sebarang peluang yang hebat.
2. Google Search Based Keyword Tool (Sktool)
Apabila kita sudah mengetahui keyword yang dikenalpasti daripada GA, kita boleh monetize dengan Google Adwords jika mempunyai produk atau servis yang sesuai diletakkan di blog atau web kita. Dengan itu penting gunakan Google Search Based Keyword Tool (Sktool) untuk menyenaraikan cadangan topik berasaskan keyword yang menepati kehendak carian Google. Penggunaan Sktool ini membolehkan kita mendapatkan nama topik atau artikel yang sesuai dengan kehendak enjin carian Google. Ia memudahkan proses SEO untuk mendapatkan ranking tinggi di halaman pertama SERP.
3. Google Insights (GI)
Salah satu tools yang hebat ialah Google Insights. Ia adalah satu versi baru Google Zeitgiest yang telah dihentikan duhulu. Kini Google Insights boleh menyenaraikan beberapa keyword atau topic yang popular mengikut tempat, masa dan sebagainya. Malahan terdapat forecasting untuk tahun depan atau bulan seterusnya mengikut kiraan standard matematik. Saya suka melihat Google Insights ini kerana boleh mengetahui sst keyword itu akan meningkat popularitinya pada sekian bulan dan memberi ruang untuk kita bersedia untuk melancarkan apa jua jenis produk atau servis.
Submit your blog or website now for indexing in Google and 300+ search engines!
BalasPadamOver 200,000 sites submitted!
SUBMIT NOW with I NEED HITS!