Rabu, 8 Disember 2010

Ilmu Pengasih

Ilmu pengasih dikatakan dapat menunduk semua manusia atau individu-individu tertentu. terdapat beberapa ilmu pengasih seperti minyak dagu, buluh perindu, dan beberapa jampi serapah.

       Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengatakan bahawa amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam. Di dalam hadith riwayat Abu Daud dan Iman Ahmad, Rasulullah pernah bersabda:

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ان الرقي والتمائم والتولة شرك
                   (رواه أبو داود وأحمد)
Maksudnya: “Dari Ibn Mas’ud, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya jampi mentera, tangkal dan ilmu pengasih adalah syirik.”
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Walau bagaimanapun ada juga yang dibenarkan dalam Islam ialah jampi-jampian sebagaimana sabda Baginda Rasulullah SAW: 


عَنْ عَوْفِ ابْنِ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ قَالَ كُنَّا نَرْقِي فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَرَى فِي ذَلِكَ فَقَالَ اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ 

Ertinya : Daripada ‘Auf Bin Malik Al-Ashja’ie, beliau berkata: “Kami semasa zaman jahiliyyah dahulu biasa melakukan jampi-mentera, lalu kami bertanya kepada Baginda s.a.w:  Wahai Rasulullah, Apakah pendapat tuan di dalam masalah ini? Maka Baginda s.a.w pun bersabda: Perlihatkan kepadaku jampi-menteramu itu, maka selagi ianya tidak mengandungi syirik, maka tidaklah mengapa.”  Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim rh ( Kitab As-Salam : 4079 ) & Imam Abu Daud rh ( Kitab At-Tib : 3388 ).
 Apakah jampi yang dibenarkan itu? dengarlah ceramah dari Ustaz Prof. Dr. Jumadi Mustar... 
 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan