Sabtu, 18 November 2017

Durian Boleh Kuatkan Tenaga Batin Orang Lelaki


DURIAN mampu menguatkan tenaga batin golongan lelaki? Cerita mengenai durian yang dikatakan memberikan kebaikan untuk kesihatan lelaki mendapat perhatian selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberikan kenyataan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Menurut Ahmad Shabery, kerajaan akan membuat kajian khasiat durian terhadap golongan lelaki.

"Ada kajian durian ini mempunyai unsur baik untuk lelaki dan kita akan beri badan berkaitan buat kajian lebih mengenai hal ini,” katanya semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Namun, seorang tabib Cina yang berpengalaman memberitahu China Press, dia tidak percaya 'raja buah' itu boleh memberikan apa-apa kelebihan kepada golongan lelaki, terutama dari segi tenaga batin.

"Makanan semula jadi seperti durian selama ini terbukti memang tidak ada apa-apa fungsi untuk kesihatan lelaki.

"Durian adalah sejenis buah-buahan yang mempunyai kandungan glukosa tinggi dan  boleh menaikkan kadar gula darah pesakit kencing manis," katanya.

Justeru, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya kelebihan durian itu kerana belum ada kajian sains yang boleh membuktikan ia mampu merangsang dan menguatkan tenaga batin lelaki.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/durian-mampu-kuatkan-tenaga-batin-golongan-lelaki-1.759007

Khamis, 9 November 2017

Arba Pak Belalang Diserbu PPIM



CWC , Classic Worldwide Corporation, ARBA Network, atau lebih polular dikenali dengan Kopi Pak Belalang telah serbu oleh PPIM.

Pengasas PROGRAM ARBA NETWORK ialah Dr Rozaini Hassan .

Dr Rozaini Hassan berjaya mengumpul RM1.5 bilion dari pelaburan orang ramai.


Kes Tipu Pelaburan PAK BELALANG

Tonton Pembongkaran Penipuan ARBA

Temubual GM Arba Pak Belalang


Siap la ko Ustaz kena pecat ngan Rozaini 


Temubual PPIM dengan mangsa-mangsa.

350 000 report mangsa telah dibuat, tetapi Dr Rozaini kebal, malah 
Dr Rozaini Hassan mencabar PPIM untuk tunjukkan kuasa pengguna dan PPIM.



Dato Rozaini menyaman mangsa yang ditipunya sebanyak RM17juta kerana Dato Rozaini berasa 'terhina'





PPIM Terjah Pejabat Kopi Pak Belalang.




Laporan Polis Dibuat





Pesanan PPIM untuk Dr Rozaini

PPIM memberi masa 7 hari untuk ceo Kopi Pak Belalang iaitu Dato' Sri Dr Rozaini Hasan untuk menjelaskan tuduhan oleh mangsa-mangsa syarikat tersebut.





Kredit untuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Bank Negara Malaysia (BNM),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunan (KPDNKK)
Tidur ke!!!