Jumaat, 29 September 2017

Bangsa Melayu Adalah Keturunan Nabi Ibrahim


Sejarah salasilah asal-usul keturunan bangsa Melayu adalah dari keturunan Nabi Ibrahim.

Menurut sebuah manuskrip kuno, bangsa Melayu berasal dari keturunan Nabi Ibrahim bersama isteri ketiga beliau iaitu Siti Qatura / Keturah.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Siti Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak - Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.

Malayonesia : Pencerahan Asal usul Melayu oleh Prof Madya Dr. Mat Rofa


Rentetan video:


  • Nabi Ibrahim dan Qatura.
  • Faqih Ali Al-Malbari
  • Melaka dibuka oleh Parameswara.
  • Menurut catatan diari Cheng Ho. Parameswara diIslamkan oleh Laksmana Cheng Ho di China.
  • Menurut catatan catatan Tun Seri Lanang Parameswara diIslamkan oleh pedagang arab di Melaka.
  • Menurut kajian DNA, orang Kelantan adalah kaum yang tertua di negara Malaysia.
  • Bangsa Melayu mempunyai hubung-kait dengan kaum Madyan yang Allah utuskan Nabi Syu”aib untuk menyeru agar meninggalkan perbuatan syirik tersebut.
  • Qatura (Keturah) berhijrah dari Madyan ke Champa (vietnam).
  • Sebelum wujudnya kerajaan Melaka , Champa dulunya adalah kerajaan Melayu yang menguasai di Asia Tenggara.
  • Kerajaan Islam tewas oleh pengganas Buddha dan bandar Ho Chi Minh adalah benteng pertahanan Melayu Islam pada ketika itu.
  • Melayu Islam berhijrah dari Champa ke Kelantan.
  • Syeikh Daud Al-Fathani bersama gurunya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani berjihad menentang tentera Buddha Siam.
  • Wali songo adalah orang Kelantan
  • Sultan Muhammad Al-Fateh melantik Sultan Mansur Shah sebagai Gabenor Uthmaniyah di kawasan Timur.
  • Kapal Mendam berahi.
  • Sultan Alauddin Riayat Shah adalah cucu kepada Sultan Muhammad Al-Fateh.
  • Sultan Alauddin Riayat Shah melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas berdasarkan Surah An-Nur di Melaka (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) .
  • Pahang mula melaksanakan Hukum Hudud pada kurun ke-16
  • Kedah mula melaksanakan Hukum Hudud pada kurun ke-17
  • Terangganu mula melaksanakan Hukum Hudud pada kurun ke-13
  • Kelantan mula melaksanakan Hukum Hudud pada kurun ke-12 (1880 masehi)
  • Salah satu syarat Malaysia merdeka adalah mesti menggunakan undang-undang Kristian.
  • Ratu Isabella dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam dan membunuh semua umat Islam di Sepanyol.
  • Menurut buku Tuhfat Al Mujahidin, Islam berkembang di India.
  • Portugis menyerang India dan membunuh umat Islam di India.
  • Teknologi Melaka lebih canggih dari Portugis
  • Tun Seri Lanang adalah pengkianat sejarah Melayu banyak menulis sejarah Melayu yang palsu dalam karya Sulalatus Salatin.
  • Pahang, Johor, Lingga, Riau adalah pengkianat bersama Portugis menewaskan Melaka.
  • Raja Haji menentang Belanda dan syahid Teluk Ketapang.
  • Pejuang kemerdekaan adalah para ulamak iaitu Syekh Muhammad Arsyad al-Banjari, Sheikh Daud Al-Fathani, Sheikh Abdus Shamad Palembang, Syekh Abdul Wahab Bugis, Sheikh Ahmad Fathani dan Syekh Abdurrahman Al Masri.
  • Tok Janggut adalah anak murid Sheikh Ahmad Fathani.
  • Abdul Rahman Limbong juga adalah pejuang Melayu.
  • Masjid Al Aqsa
  • Berakhirnya Kerajaan Uthmaniah
  • Negara Palestin jatuh ketangan Yahudi
  • Mekah dan Madinah adalah bumi umat Islam
  • Kini Mekah telah dijajah
  • Mustafa Kemal Ataturk
  • Tentera British adalah pengkhianat Islam.
  • Syarat-syarat Malaysia merdeka.
  • Tugu Negara
  • Sejarah Negara Islam Patani diserah kepada Siam
  • Pembentukan negara Israel.
  • Madinah akan dirampas oleh Israel.
  • Rusia dan Amerika bukan bermusuh tapi berpakat untuk jatuhkan Islam.
  • Islam telah berkembang di Eropah.




Ahad, 24 September 2017

Tip Menang Bida Chilindo



Maklumat tentang Chilindo.com 

  • Chilindo.com adalam sebuah laman web bida seperti lelong.com.my
  • Semua lelongan bermula dengan harga RM 0.10
  • Chilindo.com melelong pelbagai jenis barang-barang yang bermula dari RM 0.10.
  • Terpulanglah kepada anda untuk membida hingga menang dalam pembidaan.



Butiran cawangan Chilindo.com di Malayasia adalah seperti dibawah:

  • Alamat:  Level 13, Menara Tokio Marine Life,No 189, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur
  • Nombor Pendaftaran Syarikat: 2090130 - Nombor Pendaftaran VAT. : 2090130
  • Hubungi Pejabat Penjualan: sales@chilindo.com Tel. (+60 ) 03-9212-6866




4 Cara Pembayaran di chilindo.com

  • COD — Bayar masa terima barang (caj tambahan RM4)
  • ATM / Bank
  • Kad Kredit  (Visa / MasterCard)
  • Kad Debit




TIP MENANG BIDAAN DENGAN HARGA YANG MURAH:

Win Chilindo


1. Bandingkan harga barangan

Sebelum anda melakukan pembidaan check atau survey dulu harga di laman web seperti Lazada, 11Street , kedai RM2 dan sebagainya. Jangan bida dengan harga yang mahal daripada harga pasaran.


2. Tetapkan harga maksimum anda.

Dalam pembidaan di chilindo, Saya lebih gemar terus membida dengan harga yang maksimum setelah saya membandingkan harga di pasaran.  Anda perlu faham bahawa anda hanya boleh bid (bida) barang sebanyak 3x sahaja. Setelah cukup masa yang ditetapkan, pemenang bida akan diumum dan barang yang sama akan ada kembali bermula dengan harga RM0.10. Jadi tak perlu lah bersengkang mata untuk melakukan bidaan.


3. Pilih waktu yang sesuai.

Antara waktu yang sesuai untuk melakukan bidaan adalah;
Pukul 6am - 8am hari bekerja (waktu orang sibuk urus anak bersekolah dan pergi kerja)
Pukul 5pm - 6pm hari bekerja (waktu orang sibuk pulang kerja)
Pukul 1am - 4am hari bekerja ( Waktu orang tidur)


Khamis, 21 September 2017

Sejarah Kalendar Islam


Bulan Muharram bukanlah bulan Rasulullah S.A.W berhijrah tetapi tahun Rasulullah S.A.W berhijrah itu lah yang dijadikan tahun pertama dalam kalendar Islam.

Kalender Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar Al-Faruq R.A.

Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan tarikh bagi Tahun Islam, antaranya adalah;
Mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W,
Ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai Nabi dan Rasul.
Ada juga yang mencadangkan pada tarikh Nabi wafat.

Akhirnya tahun Nabi berhijrah ke Kota Madinah dijadikan tahun pertama dalam kalendar Islam dan bermula dengan 1 Muharam.

1. Muharram 30 hari
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

2. Safar 29 hari
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

3. Rabiulawal 30 hari
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

4. Rabiulakhir 29 hari
Bulan kedua musim bunga.

5. Jumadilawal 30 hari
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

6. Jumadilakhir 29 hari
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

7. Rejab 30 hari
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

8. Syaaban 29 hari
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

9. Ramadhan 30 hari
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

10. Syawal 29 hari
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

11. Zulkaedah 30 hari
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

12. Zulhijah 29/30 hari
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.



Ahad, 10 September 2017

Tanda-Tanda Buah Pinggang Anda Rosak


Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang boleh berfungsi dengan baik. Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

10 tanda-tanda buah pinggang anda mengalami kerosakan.

1. Kerap berasa lemah dan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.


2. Masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.


3. Kulit kering dan gatal

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.


4. Selalu rasa nak kencing

Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.


5. Ada darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.


6. Kencing berbuih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.


7. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.


8. Buku lali atau kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.


9. Kekejangan otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.


10. Kurang selera makan

Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan. Baca: Kacang bendi dikatakan mampu merawat buah pinggang.



Tips Penjagaan Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Sumber:
http://www.utm.my/bakes/info-pelbagai/tanda-awal-penyakit-buah-pinggang-dan-cara-mencegahnya/
http://www.sinarharian.com.my/rencana/awas-simpton-penyakit-buah-pinggang-1.264000

Isnin, 4 September 2017

Misteri Hospital Changi


Bagi yang pernah menonton filem Haunted Changi, pasti hospital di Singapura ini bukan lagi sesuatu asing.

Hospital yang terletak di Changi ini merupakan sebuah hospital terbiar dan tidak lagi memberikan khidmat serta fungsi kepada rakyat Singapura, lapor Sinar.

Pada asalnya, hospital ini merupakan Hospital Diraja Tentera Udara (RAF) dan kemudian digabungkan dengan Hospital Toa Payoh dan dinamakan semula sebagai Hospital Changi.

Ia kemudian ditutup pada tahun 1997 dan masih ditinggalkan sehingga hari ini.

Menurut sumber tidak rasmi Wikipedia, hospital lama ini dibina oleh kerajaan British pada 1935 untuk menjadi pangkalan tentera bagi tujuan mempertahankan hujung timur (kawasan pesisir) Selat Johor.

Semasa Pendudukan Jepun di Singapura, hospital itu digunakan sebagai hospital ketenteraan dan salah satu tujuan utamanya adalah untuk merawat pegawai tentera Jepun yang cedera.

Ia juga berfungsi sebagai kem penjara utama yang dikendalikan oleh Kempeitai yang terkenal (tentera Jepun Polis, yang juga memainkan peranan polis rahsia).

Kemudahan di hospital kemudiannya dianggap tidak mencukupi dan Changi Hospital telah dipindahkan buat sementara waktu kepada Roberts Barracks.

Hospital itu kembali ke premis asalnya selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua. Pengaturan ini berterusan sehingga Singapura mendakwa kemerdekaan pada bulan Ogos 1965.

Setelah 20 tahun menamatkan perkhidmatan, Hospital Changi kini menjadi salah sebuah lokasi paling menyeramkan di negara itu dan sering menjadi tumpuan pemburu entiti untuk merakamkan aktiviti paranormal di kawasan tersebut.

Terdapat pelbagai khabar angin yang menjadi buah mulut masyarakat Singapura sehingga kini.

Ada yang mendakwa ternampak makhluk halus atau entiti berlegar di sekitar hospital tersebut, bagaimanapun dakwaan tersebut tidak dapat disahkan.

Malah ada juga yang mendakwa wujud beberapa bilik kecil bertingkap sempit dan rantai tebal digantung di dinding, di mana bilik tersebut dijadikan ruang untuk menyeksa tahanan dan banduan.

Antara dakwaan lain termasuk kewujudan terowong bawah tanah yang menjadi laluan para tentera Jepun dan juga bilik rahsia lain yang tidak diketahui fungsinya.

Bagaimanapun, semuanya masih kekal misteri dan Hospital Changi masih tidak berpenghuni sehingga ke hari ini.


Kisah benar Pengalaman Seram di Hospital Lama Changi