Ahad, 26 Mac 2017

Cara Membuka Password Excel Yang Dikunci


Bagi setiap file MS Excel yang mengandungi fomula-fomula pengiraan haruslah dilindungi dengan memasukkan password (Protect Sheet) supaya data atau fomula pada excel lebih selamat. Dengan meletakkan password (Protect Sheet) pada fail Excel segala data dan fomula terselamat dari hilang atau terpadam (delete) secara tidak sengaja.

Walau bagaimanapun, ada kalanya kita pula terlupa password yang telah kita masukkan. Jadi amat sukar untuk kita menyunting (edit) fail Excel tersebut. Berikut adalah cara bagaimana untuk membuka fail MS Excel yang telah dikunci dengan 'Protect Sheet'.

1. Klik kanan pada nama sheet file yang ada di tab bawah dan pilih “VIEW CODE” atau anda boleh tekan “Alt + F11″ pada keyboard.


Paparan Microsoft visual basic akan kelihatan seperti gambar seperti di bawah ini.



2. Copy kode script dibawah dan paste di dalam Microsoft visual basic yang telah terpapar.


Sub InternalPasswords()

Dim i As Integer, j As Integer, k As Integer
Dim l As Integer, m As Integer, n As Integer
Dim i1 As Integer, i2 As Integer, i3 As Integer
Dim i4 As Integer, i5 As Integer, i6 As Integer

On Error Resume Next

For i = 65 To 66: For j = 65 To 66: For k = 65 To 66
For l = 65 To 66: For m = 65 To 66: For i1 = 65 To 66
For i2 = 65 To 66: For i3 = 65 To 66: For i4 = 65 To 66
For i5 = 65 To 66: For i6 = 65 To 66: For n = 32 To 126

ActiveWorkbook.Unprotect Chr(i) & Chr(j) & Chr(k) & _
Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & Chr(i3) _
& Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)

ActiveSheet.Unprotect Chr(i) & Chr(j) & Chr(k) & _
Chr(l) & Chr(m) & Chr(i1) & Chr(i2) & Chr(i3) _
& Chr(i4) & Chr(i5) & Chr(i6) & Chr(n)

If ActiveWorkbook.ProtectStructure = False Then

If ActiveWorkbook.ProtectWindows = False Then

If ActiveSheet.ProtectContents = False Then

Exit Sub

End If

End If

End If

Next: Next: Next: Next: Next: Next
Next: Next: Next: Next: Next: Next

End Sub


Contoh:




3. Klik TOOLS kemudian pilih MACROS.



4. Klik Run



5. Tutup paparan Microsoft Visual Basic dan kembali pada fail MS Excel anda.
Password (Protect Sheet) pada excel anda telah berjaya dibuka.

Selamat mencuba...

Isnin, 20 Mac 2017

Perkhidmatan Doktor 24Jam Dengan Aplikasi Doctor2U


Jauh perjalanan luas pandangan... bila dah luas pandangan banyak lah idea-idea yang datang. Begitulah seorang anak muda berjaya mencipta aplikasi Doctor2U yang diambil idea dari negara-negara seperti Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Hampir sama seperti aplikasi Uber. Kalau Uber menyediakan perkhidmatan teksi, bagi Doktor2U pula menyediakan perkhidmatan rawatan kedoktoran.

Pengasas aplikasi Doctor2U adalah merupakan seorang anak muda tidak mempunyai latar belakang dalam bidang kedoktoran. Akan tetapi mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat. Beliau yang baru berusia 21 tahun, Garvy Beh mendapat idea untuk mencipta aplikasi Doctor2U setelah melihat kejayaan aplikasi berkenaan di beberapa negara seperti Australia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Aplikasi Doctor2u ini boleh dimuat turun dari google play store dan apple app store secara percuma.




Roti Bakar Penyebab Kanser


Roti Bakar boleh menyebabkan kerosakan DNA dan meningkatkan risiko kanser.

Makanan berkanji seperti roti dan kentang dikatakan mampu menghasilkan acrylamide iaitu bahan sampi­ngan bertoksik penyebab kanser jika makanan tersebut dipanggang, dibakar atau digoreng terlalu lama pada suhu tinggi.

BBC melaporkan, amaran itu dikeluarkan oleh Agensi Piawaian Makanan (FSA) yang mengesyorkan kepada aspek keselamatan dalam penyediaan makanan.

Menurut agensi itu, kentang juga tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk.


Hal demikian kerana kadar gula dalam kentang akan mening­kat pada suhu rendah yang turut menambah jumlah acrylamide ketika dimasak.

Acrylamide dalam makanan dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan khususnya yang mengandungi karbohidrat digo­reng pada suhu 120 darjah Celsius bagi menjadikannya lebih sedap.

Walau bagaimanapun, FSA memberitahu pihaknya belum memastikan dengan tepat kuantiti acrylamide yang boleh diterima oleh seseorang namun jumlah yang banyak boleh membawa kepada penyakit kanser.

“Pastikan makanan berkanji ini tidak dimasak, digoreng, dibakar atau dipanggang secara tidak berlebihan. Makanlah dengan cara yang sihat serta diet yang seimbang,” jelas FSA.

Sementara itu, pakar kanser United Kingdom, Emma Shields mengakui acrylamide dalam makanan boleh dikaitkan dengan kanser.

“Pemakanan seimbang boleh membantu seseorang untuk tidak terdedah kepada risiko kanser. Banyak faktor kanser seperti me­rokok, obesiti dan alkohol yang boleh memberikan kesan besar kepada penyakit itu,” ujarnya

Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

BUKU KEPUTUSAN MAJLIS
PENASIHAT SYARIAH
SURUHANJAYA SEKURITI
EDISI KEDUA



PRINSIP MUAMALAT DALAM PASARAN MODAL ISLAM 15
MUSYARAKAH MUTANAQISAH 16
BAI` DAYN 18
BAI` `INAH 22
BAI` MA`DUM 25
BAI` WAFA’ 28
BAI` MUZAYADAH 32
SUFTAJAH 35
BAI` `URBUN 38
BAI` BIMA YANQATI` BIHI SI`R 40
KAFALAH KE ATAS MODAL MUDHARABAH 42
UJRAH TERHADAP JAMINAN 48
KLAUSA IBRA’ DALAM DOKUMEN PERJANJIAN 50
IQTA` 57

PRODUK PASARAN MODAL MENURUT PERUNDANGAN ISLAM 65
WARAN PANGGILAN 66
HAK LANGGANAN BOLEH PINDAH (TSR) 71
PENSEKURITIAN ASET 75
JUALAN SINGKAT TERKAWAL DAN 79
PINJAM MEMINJAM SEKURITI
KONTRAK NIAGA HADAPAN MINYAK SAWIT MENTAH 84
KONTRAK NIAGA HADAPAN INDEKS KOMPOSIT 89
BON UKUR RUJUK ISLAM 94
PAJAKAN KEWANGAN DAN PAJAKAN OPERASI 99
SAHAM KEUTAMAAN 102

ISU PASARAN MODAL MENURUT PERUNDANGAN ISLAM 105
RIBA: PRINSIP DAN PEMBAHAGIANNYA 106
GHARAR 111
JUDI 116
GHALAT 118
SPEKULASI 121
QABADH 125
DHA` WA TA`AJJAL 131
`UMUM BALWA 135
TA`WIDH 137
HIBAH RUQBA 141
HIBAH BERSYARAT 146
PROSES WHEN ISSUE 148
PENETAPAN HARGA BERASASKAN HARGA HADAPAN 152

KRITERIA SYARIAH SEKURITI TERSENARAI 157
KRITERIA SYARIAH SEKURITI TERSENARAI 158
SYARIKAT BERCAMPUR 165
IMEJ SEBAGAI KRITERIA SEKURITI TERSENARAI 180

GLOSARI 189