Selasa, 31 Januari 2017

Petua Buang Batu Hempedu


Wanita mudah menghidapi batu hempedu. Anda mungkin sering mendengar bahawa adanya batu hempedu membuat pesakit terseksa menanggung kesakitan. Batu hempedu ini terbentuk akibat pengumpulan lemak dalam pundi hempedu yang akhirnya berubah menjadi batu kecil.

Batu hempedu boleh menyebabkan masalah seperti keradangan, jangkitan, kolesistitis, dan rasa sakit yang tak tertahankan. Biasanya pembedahan dilakukan untuk menghilangkan batu empedu. Anda boleh lihat bagaimana pembedahan dilakukan di laman http://www.myhealth.gov.my/penyakit-batu-karang-hempedu/.

Namun sebuah kajian yang dipetik dari boldsky.com mendapati bahawa hanya dengan minum jus oren, anda boleh mengeluarkan batu hempedu dengan mudah.

Berikut adalah resipinya.

Bahan:
4-5 biji kacang almond
1/4 cup jus oren segar

Cara membuat:
Campur semua bahan ke dalam blender dan minum setiap pagi.

"Kacang badam kaya akan kalsium dan magnesium yang kedua-duanya mampu mengimbangi pengeluaran cecair hempedu dan kolesterol dalam pundi hempedu sehingga mengurangkan pembentukan hempedu. Sementara jus oren tinggi kandungan vitamin C serta asid yang mampu melarutkan batu hempedu," terang kajian ini.

Selain rajin meminum jus di atas tiap pagi, kurangkan pula pengambilan makanan tinggi lemak agar batu hempedu tak kembali lagi.

Selamat mencuba.

Bahaya Kosmetik Tiruan



  • Jangan menggunakan krim putihkan kulit yang mengandungi Hydroquinone kerana Hydroquinone boleh menyebabkan ochronosisi iaitu sejenis penyakit kulit.
  • Krim pemutih yang mengandungi bahan merkuri amat merbahaya bagi wanita mengandung.

Kosmetik Tiruan

“BERHATI-hati ketika membeli barangan kosmetik dan lihat dahulu bahan kandungannya kerana sekiranya tersalah beli ia boleh memudaratkan kulit muka anda.”

Itulah pesanan Dr. Faizal ketika diajukan persoalan mengenai lambakan kosmetik tiruan yang terdapat di pasaran baru-baru ini.

Katanya, produk tiruan adalah berbahaya kerana kita tidak mengetahui bahan yang terdapat dalam produk-produk berkenaan. Walaupun terdapat label tetapi kemungkinan besar ia adalah salah kerana produk-produk ini tidak dipantau oleh kementerian yang bertanggungjawab. Selalunya terdapat bahan-bahan kimia yang berbahaya untuk kesihatan seperti merkuri, steroid, bahan produk industri minyak seperti tar dan sebagainya.

Berbicara lanjut mengenai hal tersebut, menurut Dr. Faizal, kulit yang mengalami masalah selepas menggunakan produk-produk tiruan ini boleh dirawat tetapi ia akan mengambil masa dan bergantung pada kulit individu tersebut.

“Dalam sesetengah kes ada penggu­na yang kulitnya tidak mengalami masalah setelah menggunakan produk tiruan ini.

“Tetapi ada kulit yang terjejas teruk dan ini memerlukan rawatan daripada doktor pakar untuk melihat sejauh mana kerosakan yang dihadapi.

“Masa pemulihan atau penyembuhan juga bergantung pada kulit individu tersebut kerana kulit kita semua adalah berbeza dan ia juga bergantung kepada faktor-faktor lain,” katanya.

Jelas beliau lagi, para pengguna yang mengalami masalah kulit selepas penggunaan produk kosmetik tiruan dinasihatkan agar berhenti menggunakannya serta-merta dan segeralah berjumpa dengan doktor.
Jika seseorang mengalami reaksi kulit akibat bahan kosmetik, perkara pertama perlu dibuat ialah berhenti daripada menggunakan kosmetik berkenaan, gunakan pelembap (moisturizer) sahaja apabila di dalam rumah dan kurangkan keluar ketika matahari terik. Jika perlu keluar gunakan krim penghalang cahaya matahari dan pakai topi untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari.

“Jika anda mendapati terdapat kesan akibat penggunaan kosmetik tersebut, elakkan daripada menggunakan sebarang bahan kosmetik termasuk penyegar (toner) dan krim asas selagi kulit masih merah dan sensitif.

“Seterusnya, anda perlu mendapat rawatan daripada doktor yang bertauliah jika selepas beberapa hari kulit masih tidak beransur pulih.”

Dr. Faizal turut berkongsi panduan cara memilih produk yang selamat. Katanya, selain tidak membeli produk tiruan, orang ramai digalakkan mengurangkan pengunaan warna rambut hitam yang tahan lama kerana ia mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan kanser.

“Saya juga berharap orang ramai tidak menggunakan krim putihkan kulit yang mengandungi Hydroquinone melainkan dengan pemantauan doktor. Hydroquinone boleh menyebabkan ochronosisi iaitu sejenis penyakit kulit.

“Jangan guna krim pemutih kulit yang bahan-bahannya tidak dilabel dengan tepat. Terdapat krim-krim pemutih yang mengandungi bahan merkuri yang beracun dan berbahaya terutama kepada wanita yang mengandung,” katanya.

Tambah beliau, paling penting ialah pengguna sendiri perlu membaca dan menyelidik bahan-bahan yang terdapat di dalam produk kosmetik yang digunakan. Terdapat banyak laman web yang memberi maklumat tentang bahan-bahan berbahaya yang perlu dielakkan.

Bagi mereka yang mempunyai kulit wajah sensitif, lebih baik menggunakan bahan kosmetik yang kurang “canggih”. Maknanya kembali kepada bahan semula jadi.

Berikut merupakan tip penjagaan wajah kulit sensitif;

  1. Perlu menggunakan krim pelindung cahaya matahari atau losen yang mengandungi SPF sekurang-kurangnya 30 setiap kali keluar rumah.
  2. Pelembap yang sesuai untuk kulit tanpa bauan “fragrance”.
  3. Kurangkan penggunaan skrub kulit, sabun atau pembersih wajah yang meninggalkan kesan kulit kering.
  4. Kurangkan penggunaan produk kosmetik yang mengandungi alkohol.
  5. Bersihkan kulit daripada segala produk sebelum tidur.
Sumber:
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/keluarga/cantik-murah-yang-mudarat-1.437880


EVERSOFT
100% Organic Tomato Micellar Cleansing Water

Novel Bila Playboy Jatuh Cinta


BILA PLAYBOY JATUH CINTA


Sinopsis:-

Enggan dikahwinkan dengan Ziyad, Sarah lari mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur. Di sana, dia dipertemukan dengan Fattah. Sarah cuba menjauh tapi, semakin dekat pula dia dengan playboy itu, yang juga merupakan teman lelaki Soffiya. Ditangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, Datin Mariam mendesak Fattah dan Sarah segera bernikah. Mahukah Sarah memegang gelaran perampas kekasih kawan baik sendiri? Atau sewajarnya kembali kepada Ziyad semula?

“Aku juga insan yang mendambakan bahagia, bukan derita hingga ke penghujung usia.”
...................................
Hanya kerana sejumlah wang, Sarah terpaksa dinikah dengan Ziyad, lelaki yang menhadi pujaan hati adiknya, Mira. Tidak rela bernikah dengan lelaki itu, Sarah nekad melarikan diri mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur.

Namun, pertemuan dengan Fattah telah mengacau-bilaukan hidup Sarah. Labih haru lagi playboy itu adalah kekasih hati Soffiya. Tindakan Sarah mendedahkan sikap sebenar Fattah telah menyebabkan dia dihalau.

Rentetan dengan itu, satu insiden telah menyebabkan Sarah dan Fattah disatukan sebagai suami isteri. Namun, hubungan yang mula berputik bahagia diduga apabila Ziyad kembali menagih kasih.
Dapatkah rumah tangga Sarah dan Fattah bertahan sehingga ke penghujungnya? Di manakah letaknya secebis bahagia yang Sarah nantikan itu?

“Kat mana-mana pun awak pergi, kita akan jumpa balik. Awak tak rasa ke yang itu menandakan jodoh kita kuat?” - Fattah

“Jodoh? Dengan dia ni? Oh, tidakkk!!!” - Sarah



Ahad, 15 Januari 2017

Crystal Ball Dalam Usus Bayi

Terkejut saya menerima gambar dari aplikasi whatsapp tentang seorang bayi yang tertelan crystal ball. Bayi tersebut terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan crystal ball yang semakin membesar dalam ususnya.




Bahaya Crystal Ball

Hati-hati jika anak anda membeli crystal ball seperti gambar di atas.

Semakin hari, crystall ball akan membesar dengan menyedut semua cecair yang terdapat dalam usus atau perut anak anda.


Kes yang pernah dimasukkan dalam akhbar
Sumber akhbar: Utusan


Tanda Anak anda tertelan crystall ball


  • Anak tidak mahu makan
  • Muntah
  • Demam


Rabu, 11 Januari 2017

Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2017

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Untuk Kakitangan Awam Bagi Tahun 2017
(Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)



Selasa, 10 Januari 2017

Kenapa JDT tidak mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri?


Kejayaan Faiz Subri bukanlah penanda aras bagi bola sepak Malaysia! Itulah yang dimaksudkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.



TAHNIAH KEPADA FAIZ SUBRI. TETAPI SAYA TIDAK MAHU MENGANGKAT BELIAU SETINGGI LANGIT SEPERTI MEDIA CETAK DAN MEDIA SOSIAL MALAYSIA. SAYA RELA DIBENCI KERANA MEMBERITAHU KEBENARAN DARIPADA DISAYANGI UNTUK BERKATA SESUATU YANG TIDAK BERFAKTA.

(BACA DENGAN TELITI DAN BUKAN HANYA TERUS BERKATA TANPA BERFIKIR DAHULU)

Pertama sekali saya bagi pihak Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim ingin mengucapkan tahniah kepada pencapaian Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas. Saya adalah orang pertama yang memberikan sumbangan ikhlas keatas pencapaian beliau sebagai Penaung Diraja PFAM sebulan yang lepas di Melaka. Saya juga orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada beliau ketika memberi sumbangan tersebut. Ramai orang diluar sana yang bertanya kenapa laman rasmi JDT tidak mengucapkan tahniah kepada Faiz Subri. Bagi saya, saya dan kelab saya tidak mahu tergolong dalam golongan mentaliti orang-orang Malaysia. Ini adalah pencapaian individu yang bagus tetapi dimanakah bolasepak tanahair sekarang ini dari segi korupsi, ranking dunia dan sistem pengurusan pasukan dalam negara berbanding dengan pasukan Thailand, Vietnam, Filipina atau Indonesia yang sedang meningkat maju? Jadi, apa yang perlu saya banggakan? Benar pencapaian Faiz Subri adalah bagus tetapi apabila FAM membuat kenyataan bahawa pencapaian tersebut adalah tanda aras baru bola sepak Malaysia, saya tidak setuju. Ini disebabkan kerana hanya satu gol sahaja dan orangnya hilang sepanjang musim. Media telah banyak menyebut tentang gol oleh Faiz Subri sejak 3 bulan terakhir sebelum majlis penganugerahan dan kini beliau telah memenanginya, tampak seperti mereka akan terus memperkatakan tentangnya untuk 6 bulan akan datang. Dalam tempoh 9 bulan ini, apakah akan terjadi kepada perkembangan bola sepak negara ini? Minta maaf, ini adalah fakta. Walaubagaimanapun tahniah atas pencapaian tersebut tetapi untuk bola sepak Malaysia dan media mengangkat beliau setinggi langit dan rasa selesa dengan kedudukan sekarang, itu adalah salah. Inilah sebab mengapa bola sepak Malaysia atau negara susah hendak maju dalam setiap aspek.


Saya mengatakan perkara yang benar tetapi anda semua memperkatakan perkara yang di dalam khayalan atau mimpi. Tanda aras baru dalam bola sepak tanahair adalah JDT. Pencapaian JDT melalui AFC, bagaimana dunia luar mengenali JDT dan memberi pengiktirafan yang tinggi terhadap projek yang kami lakukan serta pengurusan JDT yang profesional itulah yang sepatutnya menjadi tanda aras baru untuk bola sepak tanahair. JDT sepatutnya menjadi contoh kelab yang perlu diikuti oleh semua pasukan dalam negara. Bukannya meletakkan seorang yang menjaringkan satu gol sebagai tanda aras. Saya lebih bangga memberi pengiktirafan kepada pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Mokhtar Dahari, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee Sali, Badrol Radzi, Indraputra, Khairul Fahmi dan Hairuddin Omar kerana mereka bukan sahaja menjaringkan gol setiap musim tetapi banyak mencapai kejayaan di dalam kelab dan memberi sumbangan kepada pasukan negara. Saya masih mengiktiraf pencapaian Faiz Subri tetapi saya tidak mahu mengangkat beliau setinggi langit seperti media cetak dan laman-laman media sosial serta rakyat Malaysia lakukan sekarang ini. Kerana sikap beginilah seseorang manusia itu berasa selesa dan cepat berpuas hati.

Bola sepak kita masih jauh ketinggalan, kedudukan dalam dunia juga masih berada di bawah. Tiada orang yang melakukan inisiantif untuk membangkitkan pengurusan bola sepak tanahair termasuk tahap liga kita. Pasukan yang masih berhutang sebanyak RM6.7 Juta masih boleh bertanding. Tiada apa yang boleh saya banggakan. Sepatutnya kita perlu berkerja keras untuk membersihkan segala korupsi dalam bolasepak Malaysia, sikap pilih kasih dan mempertingkatkan pengurusan dalam pasukan kebangsaan. Anda semua terlalu membanggakan seseorang individu tetapi mengetepikan perkara yang mustahak iaitu integriti dan reputasi bola sepak tanahair yang mana semua orang tahu dimana tahapnya sekarang ini.

Bola sepak adalah misteri. Kadang-kadang melakukan perkara yang betul boleh menjadi baik atau buruk. Anda boleh sama ada menang atau kalah. Pemain boleh menjaringkan gol dan mungkin juga tidak boleh. Anda boleh menjaringkan satu gol, memenangi Anugerah Puskas dan satu negara mengangkat anda tinggi, menjadi badut ahli politik kemungkinan mendapat gelaran Dato. Atau anda boleh menjadi pemain legenda seperti Amri Yahya, Safiq Rahim dan ramai lagi yang menjaringkan banyak gol setiap tahun untuk kelab ataupun pasukan kebangsaan, memenangi banyak piala dengan pelbagai pasukan, mencipta sejarah sebagai pemain yang memecahkan rekod memenangi kejuaraan liga untuk tiga tahun berturut turut, memenangi Piala AFC, tetapi negara tidak pandang anda atau mengiktiraf anda. Itulah bola sepak Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang degil. Rakyat mahu mengadu bahawa kerajaan adalah korup tetapi mereka begitu mudah dimanipulasi kerana kekurangan pendidikan dan memilih untuk kekal dalam penafian dan tidak mahu menerima kebenaran. Kita tidak pernah mengakui masalah yang sebenar dan menyatakan isu sebenar untuk menjadikan negara ini lebih baik.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-------

CONGRATULATIONS TO FAIZ SUBRI. HOWEVER, I NEED NOT PLACE HIM ON THE PEDESTAL LIKE HOW THE MEDIA AND SOCIAL MEDIAS IN MALAYSIA HAVE DONE. I WOULD RATHER BE HATED FOR STATING THE TRUTH THAN LOVED FOR STATING UNSUBSTANTIATED FACTS.

(READ CAREFULLY AND NOT JUST SAYING ANYTHING WITHOUT THINKING FIRST)

First and foremost on behalf of the Johor Darul Ta'zim Football Club, I would like to extend our congratulations to Faiz Subri for winning the Puskas Award. I was one of the first to sincerely give a contribution for his achievement as the Royal Patron of PFAM. I was also one of the first to personally congratulate him whilst presenting the contribution to him. A lot of you out there are asking why hasn't the JDT official page congratulated Faiz Subri? Personally, I do not want to be a part of the Malaysian mentality. This is a good individual achievement, but we must ask, where does the national football stand in terms of corruption, international standing, and team management in comparison to teams like Thailand, Vietnam, Philippines or Indonesia that are on a constant and rapid incline. So what have I got to be proud of? It's true that Faiz Subri's achievement is good, but when FAM stated that his achievement is a benchmark for Malaysian Football, I beg to differ. The reason being, he's only scored one goal, and a apart from that, he's been oblivious throughout the season. The media have been talking about Faiz Subri's goal for the last 3 months leading to the award and now that he has won it, it seems that they will continue to speak about it for the next 6 months. In this span of 9 months, what will happen to the progress of our nation's football? Nonetheless, congratulations on that achievement but for Malaysian football and the media to place him on the pedestal and be comfortable with our current standing now, is not right. This is why the football in Malaysia and our country cannot progress in every aspect.

I'm stating the truth, but all of you are stating things as if you are disillusioned or living in a dream. The benchmark for the nation's football is JDT. JDT's achievement in AFC is how the world learns about JDT. They've given their highest recognition after seeing our professional management blue print we have in place as well as the various projects that we've carried out. That should be the benchmark for Malaysian football. JDT should be the a model for all teams in this country to emulate, and not use an individual who scored one goal as a benchmark. I'll be prouder to give recognition to players such as Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Santokh Singh, Amri Yahyah, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Safee Sali, Badrol Radzi, Indraputra, Khairul Fahmi and Hairuddin Omar as they not only scored goals every season, but they've also achieved success in the clubs they represented. We should also give recognition for their contributions to the national team. I still recognize Faiz Subri's achievements, but I will not place him on the pedestal like how the media, various social media pages and other Malaysians have done recently. Such action encourages us to be complacent and impede us from to striving further.

Our football is still straggling and our world ranking is still ranked very low. No one is making any initiative to raise the level of football management for our nation's football or raising the standards of our league. Teams with a debt of RM6.7 Million are still permitted to participate. There's nothing to be proud of. We should be working together to eradicate favoritism, every form of corruption in football, and raise the level of management in the national team. All of you are overly proud of an individual, but choose not to address more important elements such as our integrity and the current reputation of our national football which I'm sure everyone is aware of.

Football is a mystery. Sometimes we may do the right things, but the result may be good or bad. You may win and you may not. Players may score and they may not. You may be able to score one goal, win a Puskas Award with the whole country will rejoicing, or you can be a puppet for a politician and that may get you a Datukship. On the other hand, you may also be legends like Amri Yahyah, Safiq Rahim and many more who scores consistently every season be it for their club or the national team. You may win numerous trophies with different clubs, create history as players and break the records for winning the league 3 years running, winning the AFC, but the country may not even look at you, let alone give any recognition to you. That is football.

Malaysia is an ignorant country. People want to complain that the government is corrupt but people are so easily manipulated because of the lack of education and choose to remain in denial and refuse to accept the truth. We never acknowledge the real problem and address the issue to make this country better.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor

Sumber: https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/756118247884810:0


Jaringan Gol Terbaik dari Faiz Subri



Anugerah
The Winner of The FIFA PUSKAS Award 2016




Ucapan Syukur Mohd Faiz Subri




Tahniah kepada Mohd Faiz Subri !
Tahniah Malaysia!

Isnin, 2 Januari 2017

Ubat Dan Rawatan Mati Pucuk


Mati pucuk memang sangat ditakuti oleh kaum kelaki. Ini adalah kerana secara umumnya, lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘impotensi’. Mati pucuk ialah kecacatan yang serius yang di mana ia boleh meruntuhkan sesebuah institusi perkahwinan kerana pasangan tidak mendapat zuriat.

Menurut kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pada masa ini lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunction - ED).

Simptom mati pucuk misalnya seseorang lelaki tidak berupaya untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan, ketegangan tidak memadai untuk penetrasi dalam hubungan seks atau ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks.


Bagaimana Zakar Menegang

Lelaki yang normal selalunya apabila terangsang, isyarat akan dihasilkan daripada otak dan dihantar ke jantung untuk memberi arahan mengepam darah dengan segera ke saluran darah di bahagian zakar. Ini dibuktikan dengan dengupan jantung anda yang semakin laju dan kuat.

Darah yang dipam akan memasuki saluran darah pada Corpus Cavernosum. Ereksi akan berlaku dan zakar akan menjadi keras.


Faktor Masalah Ereksi

Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) adalah satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, antara sebab mati pucuk adalah seseorang itu mengalami penyakit mental (kemurungan dan kebimbangan), kecederaan pada otak dan saraf tunjang, masalah kekurangan paras hormon testosterone, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang, penyakit Parkinson, angin ahmar, komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing, kesan sampingan ubat-ubatan, cara hidup yang tidak sihat seperti merokok dan kurang aktiviti fizikal.

Ubat yang diberikan doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor kesan sampingan sebelum mula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate) mampu berinteraksi dengan nitrat dan melegakan tekanan darah ke aras berbahaya dan boleh membawa maut.


Cara Atasi Masalah Mati Pucuk

Dengan kemajuan teknologi perubatan yang ada pada masa kini, kita mempunyai pilihan yang pelbagai seperti merawat menggunakan dadah atau ubat-ubatan, terapi suntikan, farmakoterapi melalui saluran kencing dan pembedahan implan zakar.

Jika dilihat pada senario ini, seharusnya masyarakat kita terutama golongan yang berkahwin sewajarnya mengambil serius untuk mengatasi masalah ini dari awal.

Ini kerana dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan menghindari aktiviti yang boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk, adalah sangat baik seperti kata pepatah ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ dalam konteks kerohanian rumah tangga.


Ubat Tradisional Mati Pucuk.

Terdapat beberapa petua dan cara untuk menangani masalah mati pucuk dari herba semulajadi yang boleh kita kongsi bersama di sini.

1. Lada hitam

Ambil 10 gram lada hitam, 5 gram rizom halia (kupas kulitnya), 15 gram biji kucai, 15 gram biji peria (yang kering), dan gula kabung secukupnya.

Rebus kesemua bahan tersebut dalam 300 ml air dan biarkan sehingga mendidih. Setelah sejuk, tapiskan dan amalkan meminumnya dua kali sehari iaitu 150ml sekali minum.

2. Halia

Ambil rizom halia sebesar ibu jari, kupas kulitnya, basuh dan parut. Hasil parutan halia itu kemudian dicampur dengan air perahan sebiji limau nipis, sebiji telur ayam kampung, 1 sudu teh serbuk kopi, 1 sudu makan madu dan 1 sudu makan kicap. Amalkan memakan ramuan ini seminggu sekali.

3. Lembah rimba @ kelapa puyuh

Daun dan akar Lembah rimba dibasuh bersih, direbus sehingga air tinggal separuh. Setelah sejuk, tapis dan minum air rebusan tersebut.

4. Ara jalar

Ambil buah ara jalar, belah dua dan keringkan. Apabila telah kering, rebus hingga mendidih. Setelah sejuk, tapis dan minum.

5. Madu lebah Dan Telur Ayam Kampung

Pecahkan telur ayam kampung dalam gelas. Campurkan madu. Kacau ikut arah lawan jam. Minum setiap pagi.

Baca juga: Herba Rawatan Mati Pucuk


Cara Mengelakkan Terjadinya Mati Pucuk

Dr Berger dan Deborah dalam bukunya BioPotency telah membuat beberapa saranan mengenai cara mengelakkan terjadinya lemah tenaga batin, antaranya:

1- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
2- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
3- Lebihkan memakan ikan.
4- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
5- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
6- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu