Isnin, 25 April 2016

Tips Cara Penjagaan Gigi


Kesihatan gigi dan mulut adalah gerbang awal kesihatan tubuh badan kita. Gigi juga adalah salah satu anggota badan yang kita perlu jaga kerana jika gigi anda patah atau rosak, tidak akan ada gigi baru yang akan tumbuh. Akibat daripada kelalaian menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda.


Sikap menjaga gigi perlu anda mulakan sekarang sebaik sahaja anda baca artikel ini dan jika anda ada anak, anda perlu ajar anak-anak anda supaya menjaga gigi mereka. Jika anda tangguh, gigi anda akan
semakin rosak.


Berikut adalah cara menjaga gigi untuk anda jadikan rujukan:


1- Cara menjaga gigi yang pertama adalah anda perlu gosok gigi dengan serius. Ramai orang gosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental. Akibatnya kotoran pada gigi tidak tertanggal. Anda perlu tenyeh dan sental gigi anda dengan berus gigi supaya semua kotoran pada gigi keluar.


2- Selepas makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.


3- Cepat-cepat gosok dan bersihkan gigi selepas anda melakukan perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum air kopi.


4- Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut anda. Tips menjaga gigi ini anda amalkan setiap kali sebelum tidur.


5- Ambil banyak makanan yang ada fiber kerana ia boleh membantu untuk menguatkan gigi anda. Selain itu protein juga baik untuk kesihatan gigi kerana protein yang terkandung dalam keju sangat baik untuk mencegah hakisan gigi. Tambahan pula, keju kaya akan kalsium yang juga membuat gigi lebih kuat. Jangan lupa juga untuk mengambil vitamin D yang membantu penyerapan kalsium. Vitamin D boleh didapati dalam susu, telur, dan ikan.


Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri.


Sabtu, 23 April 2016

Strategi Skim Cepat Kaya Perangkap Anda

Bagaimana Skim Cepat Kaya beroperasi

Bagaimana ‘Scammer’ Memerangkap Anda?

1. Bermodalkan cash sebanyak RM100,000. Scammer akan membuka sebuah syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai, contohnya:

A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang scammer dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal scammer RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop scammer kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Scammer akan bayar untuk mendapatkan kepercayaan orang awam! Apa ada hal keluar sikit modal demi mendapatkan trusted mereka. Anda boleh lihat bagaimana scammer ‘makan' duit mereka balik nanti.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senang jer scammer dapatkan RM40,000,000 (RM40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ini scammer dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelaburnya, seperti kena rompak, kena tipu atau pecah amanah, di banned oleh kerajaan Malaysia atau Bank Negara (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan untuk meredakan kemarahan pelabur, Scammer minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery,.... cukup 6 bulan, minta extent lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus.


Kenali Skim Cepat Kaya

Satu pelan "Skim Cepat Kaya" yang lazimnya akan menawar kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Di Malaysia, Skim "Cepat Kaya" adalah dilarang di bawah undang-undang yang dikuat kuasakan oleh Bank Negara Malaysia iaitu;

Aktiviti pengambilan deposit secara haram

Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.

Sumber: http://www.bnm.gov.my/


Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:

1.Promosi memfokuskan kepada mencari dan mendapatkan downline.
2.Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
3.Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
4.Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan untuk mendapat bonus.
5.Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
6.Polisi bayaranbalik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
7.Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
8.Dibenarkan membeli lebih daripada satu keahlian.
9.Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut susunan hirarki.
10.Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat adalah tidak berkualiti, tidak halal dan tidak selamat.

Sumber: http://www.islam.gov.my/awas-jerat-skim-cepat-kaya-yang-bertopengkan-skim-mlm

Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:

Unit Penyiasatan Khas 
Bank Negara Malaysia 
Jalan Dato' Onn 
50480 Kuala Lumpur 
Faksimili: 03-26987467 
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my



Kongsi artikal ini... mudah-mudahan sedara mara dan sahabat anda terselamat dari menjadi mangsa skim cepat kaya.

Ahad, 3 April 2016

Tempat Menarik Di Bandar Ho Chi Minh Vietnam


Bandar Raya Ho Chi Minh (Saigon) adalah bandar raya yang terbesar di Vietnam. Bandar ini pernah dikenali sebagai Prey Nokor dan merupakan pelabuhan utama Kemboja sebelum dikuasai oleh Vietnam pada abad ke-17. Semasa dinamai Saigon, bandar ini menjadi ibu kota Cochinchina Perancis dan kemudian Vietnam Selatan dari 1954 hingga 1975 dalam Perang Vietnam. Pada 1975, Saigon dinamakan semula dengan nama Bandar Raya Ho Chi Minh. "Ho Chi Minh" adalah nama yang diambil sempena nama pemimpin ulung parti komunis yang berjaya mengusir tentera Amerika di selatan Vietnam sekitar 1945. Namun nama "Saigon" masih digunakan dengan meluas di kalangan penduduk tempatan.

Pusat bandar terletak di tebing Sungai Saigon dan berdekatan dengan delta Sungai Mekong. Bandar Raya Ho Chi Minh terletak 1,760 di selatan ibu negara, Hanoi. Kawasan metropolitannya didiami seramai 9 juta penduduk, dan merupakan kawasan perbandaran terbesar di Indochina.

Keindahan kota yang sedang pesat membangun serta peningga-lan sejarah yang masih dirasai oleh penduduk Vietnam pada masa kini membuatkan Ho Chi Minh menjadi sebuah tempat harus dikunjungi. Ia juga umpama syurga membeli-belah bagi pelancong, terutama rakyat Malaysia.

Antara tempat-tempat yang menarik di "Ho Chi Minh" adakah Night Market Ben Thanh, Chu Chi Tunnel, Muzium Perang Vietnam, Sungai Mekong, President Palace,  dan tugu monumen Ho Chi Minh. Bagi yang gemar membeli belah boleh lawati tempat-tempat seperti  Kedai Telekung Hajah Basiroh, Saigon Square dan Hard Rock Cafe.

Selamat Melancong...



Tugu monumen Ho Chi Minh


Muzium Perang Vietnam


Chu Chi Tunnel

Chu Chi Tunnel

Chu Chi Tunnel

President Palace
Bangunan Presiden Vietnam yang pertama dibina orang Amerika


Pejabat Pos Terbesar
Pejabat pos terbesar di Vietnam yang dibina oleh orang-orang Perancis

Ben Thanh Market




Saigon Zoo

                            Cari Bandar Ho Chi Minh