Sabtu, 13 Februari 2016

Cara Halau Jin Dalam Rumah Anda


Jin adalah makhluk Allah yang mempunyai kemampuan mengubah diri dengan berbagai bentuk. Di antara mereka ada yang beriman, juga ada yang kafir. Golongan yang kafir adalah setan / iblis.

Setiap rumah dihuni Iblis atas atapnya. Untuk menghindari dari Iblis tersebut, Rasullulah berpesan agar bacalah akhir Surah Al-Baqarah iaitu Ayat Kursi.

Tanda-tanda terdapatnya gangguan jin di rumah adalah seperti;

  • Ada ternampak kelibat / bayang
  • Ada bunyi orang main guli
  • Ada bunyi alih kerusi / meja
  • Ada bunyi tumbuk lesung

Jika terdapat tanda-tanda seperti diatas, hati-hatilah kemungkinan besar rumah anda telah dihuni oleh Jin Laknatullah. Untuk menghalau jin tersebut bacalah doa Nabi Sulaiman A.S.



“Dengan ini saya memperingatkan kamu wahai jin dengan perjanjian kamu (iaitu Bani Jin) dengan raja kamu dahulu iaitu Nabi Sulaiman supaya kamu semua keluar dan berpindah dari rumah kami. (termasuk dari tubuh badan kami) Saya juga memperingatkan kamu bahawa Allah memerintahkan kamu supaya keluar dari rumah kami, dan jangan menyakitkan seorang pun dari kalangan kami (manusia) dan hendaklah kamu berpindah dari rumah kami”


Doa diatas adalah berasal dari perjanjian Nabi Sulaiman A.S dengan Jin. Anda boleh baca kisahnya di SINI. Wallahu A’lam


Tonton 
Cara Nak Usir Jin Yang Tinggal Dalam Rumah Anda




Khamis, 11 Februari 2016

Surah Untuk Cerdaskan Otak Dan Minda

Dalam suatu penelitian kajian, Dr. Ahmad Al-Qadhi menyatakan bahwa ternyata membaca Al-Quran selepas Maghrib dan Subuh dapat meningkatkan kecerdasan otak sampai 80 peratus kerana pada waktu-waktu tersebut terdapat pergantian dari siang ke malam dan dari malam ke siang hari.



Salah satu Rukun Iman adalah percaya kepada Al-Quran. Ini kerana Al-Quran bukanlah buku sastera atau puisi seperti buku rekaan manusia. Al-Quran adalah kalam Allah Yang Maha Kuasa, Pencipta segala sesuatu dari ketiadaan. Dialah Tuhan yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Dalam sebuah ayat, Allah menyatakan dalam Surah An-Nisaa' Ayat 82;


'Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya'.- Surah An-Nisaa' Ayat 82

Tidak hanya kitab ini bebas dari segala pertentangan, akan tetapi setiap penggal informasi yang dikandung Al Qur'an semakin mengungkapkan keajaiban kitab suci ini hari demi hari.

Membaca Al-Quran adalah suatu ibadah dan perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran adalah ibadah. Justeru tiap amalan perubatan ini adalah bersandarkan amalan ibadah serta doa dan munajat.

Konsep inilah yang akan menghasilkan keputusan '2 dalam 1', iaitu di samping mendapat kesembuhan, diri juga akan lebih dekat dengan Allah.

Firman Allah di dalam Al-Quran



'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.'  -(Surah Al Israa' Ayat 82)


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." - Surah Al Baqarah, Ayat 186

Selain penawar, membaca al-Quran adalah di antara salah satu cara untuk meningkatkan kecerdasan otak. Di antara surah-surah yang boleh diamalkan adalah:


  • Baca Surah Taha, ayat 25 hingga 28, sebanyak 21 kali setiap hari selepas Solat Subuh bagi kecerdasan otak, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.


  • Baca surah Al-Hasyr ayat 21supaya mudah mengingat apa yang dibaca.


  • Membaca surah Al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh.


  • Membaca surah Al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.


  • Membaca Bismillah enam untuk menerangkan hati dan mencerahkan akal.


Selamat beramal..... 


Rabu, 10 Februari 2016

Khasiat Habbatus Sauda Dalam Rawatan


Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA" terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".

Hadis-hadis Nabi tentang HABBATUS SAUDA' yang lain

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)

Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Pada HABBATUS SAUDA' terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan yang banyak terdapat di kawasan Mediterranea dan di kawasan yang beriklim gurun.Nama biologinya adalah Nigella Sativa, di Eropah ia dikenali sebagai "black seed" atau "black cumin", di Malaysia dan Indonesia dikenali sebagai "jintan hitam", di Mesir, ia lebih dikenali sebagai "Habbah Barakah" (kerana keupayaannya mengubati berbagai jenis penyakit). Bentuknya berupa biji kecil-kecil berwarna hitam sehingga orang arab menamakannya habbatus sauda yang bermaksud biji hitam.

Biji yang kecil ini ternyata subhanallah mengandung berbagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Bahkan pada kajian terakhir disebutkan kalau biji hitam ini mampu membangkitkan dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh (immunity system) yang mampu mengusir dan mempertahankan tubuh dari serangan berbagai macam penyakit.

Khasiat Habbatus sauda Dalam Rawatan

Antibiotik Semulajadi
Habbatus Sauda merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang amat berkesan dalam jangka masa yang singkat tanpa mendatangkan sebarang kesan sampingan. Maka dengan izin Allah S.W.T ia adalah amat sesuai untuk mengubati batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama,resdung, lelah atau sesak nafas, terutama pada bronchial asthma dan Cardiac Asthma, sakit jantung, darah gemuruh, darah tinggi, luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver), batu hempedu, batu karang, sakit buah pinggang, gout, kencing manis,luka-luka dalam mulut, sakit tengkuk, tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau, pedih di hulu hati, gastrik, luka-luka dalam perut (ulser), kurang penghadaman dan lain-lainnya.

Rawatan Penyakit Kulit
Habbatus Sauda dapat menguatkan antibodi semulajadi yang sedia ada dalam tubuh badan kita, lantas melegakan segala alahan dan gatal-gatal kulit, panau, kudis buta, bisul, jerawat, kelumumur, rambut gugur dan pelbagai jenis penyakit kulit. Ia juga merupakan sejenis perawatan awet muda. Ini kerana ia menguatkan lagi fungsi-fungsi kelenjar dengan mengatasi masalah kelenjar thyroid lemak berlebihan, gemuk menegangkan kulit terutama bahagian muka.

Masalah Wanita
Mujarab untuk mengecutkan semua jenis ketumbuhan pada buah dada dan rahim. Oleh itu ia dapat mengatasi masalah sakit puan (Metris, Indimetris dan Ophratis), senggugut, 2 atau 3 kali datang haid sebulan atau tidak langsung datang haid, luka atau tersumbat dalam saluran fallopian atau pada kilang ovari, keputihan yang berlebihan dan berbau, buasir dan luka-luka usus kecil (colias).

Khasiat Untuk Lelaki
Bagi mereka yang menghadapi sakit tuan seperti lemah tenaga batin, kurang kesuburan bagi lelaki dan perempuan (pasangan yang belum dianugerahkan cahaya mata) angina ahmar, lumpuh dan sawan, juga jangan ketinggalan dari mencuba herba ini. Ia juga dapat melegakan kesan buruk daripada merokok, cacing, kanak-kanak kencing malam, cramp, kurang tidur, sakit kepala, migraine, senak perut, sembelit. Ia juga amat berkesan selepas pembedahan dan bersalin serta menambahkan susu ibu.

Rawatan Kecantikan Purba
Habbatus sauda (Nigella Sativa/ Black Seed) telah digunakan ribuan tahun lamanya (lebih dari 3000 tahun). 


Terbukti dengan ditemukannya minyak habbatus sauda di pekuburan Tuthankhamen ( kuburan raja-raja mesir kuno). Dahulu, minyak habbatus sauda ini hanya boleh digunakan oleh raja dan keluarganya. Habatussauda juga dikonsumsi oleh raja-raja jaman Yunani kuno dengan dijadikan tanaman ini sebagai tanaman yang berkhasiat membantu mereka diakhir-akhir kehidupannya.


Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi.


Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.

Kajian Habbatus Sauda
Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintists yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antara bangsa.Antaranya Dr.Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatus sauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik.kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap “pollen’,debuan dan habuk,jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.

Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus sauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai ‘interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendaapati Habbatus sauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit. Mereka juga mendapati Habbatus sauda berupaya memusnahkan sel sel tumordan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.

Habbatus Sauda dikatakan mampu untuk meningkatkan fungsi kekebalan tubuh. Habbatus sauda mampu untuk menguatkan sistem pertahanan badan semulajadi yang sedia ada dalam tubuh. Kandungan yang lengkap dalam habbatus sauda menguatkan sistem imun daripada serangan penyakit. (US Patents Sections, Antirival Agents Bulletin #5,482,711)

Black Seed menstimulasi sumsum di tulang dan imunitas sel serta produksi interferon, melindungi sel-sel normal melawan virus perusak sel, melawan sel tumor dan meeningkatkan jumlah anti bodi yang memproduksi sel B.(Cancer Immuno-biology Laboratory, south Carolina)

Black Seed mengandung asid lemak tak tepu, contohnya Linoleic dan asid Gammalinolen yang masuk dalam tubuh. Asid ini memungkinkan untuk pencapaian sistesis yang merupakan sistem kekebalan tubuh yang penting, yang meregulasi subtansi-subtansi yang merupakan turunan dari prostaglandin E1, asid Linoleic menstabilkan membran sel dan Prostaglandin memiliki efek menghambat radang. Hal ini menghentikan reaksi kekebalan tubuh yang menyebabkan penyakit kronis seperti jerawat dan demam karena alergi hingga dapat menyebabkan kanker.

Black seed terbukti memiliki efek anti histamin, anti-oxidant, anti-biotic, anti-mycotic dan penghambat bronchitis.( Study of Oil Black Seed on Humans, American Scientists)

Black seed benar-benar herba ampuh yang telah dipakai selama lebih 3000 tahun. Mengandung lebih dari 100 kandungan penting. Black seed adalah sumber yang penting untuk asid Lemak Esensial, protein, karbohidrat, dan vitamin serta mineral "Black Seed juga kaya akan sterol, terutama beta-sitosterol, yang dikenal memiliki kemampuan mencegah kanker".( Dr. Michael Tierra L.A.C.O.M.D.)

Hasil ujian Black Seed membuktikan dapat dipakai untuk menyembuhkan banyak penyakit. (Pharmaceutical newspaper, Wissenschaftlicher Text)

Black seed merupakan sumber penting protein, karbohidrat, asid Lemak Esensial, vitamin A, B1, B2, C dan Niacin juga mineral, seperti calcium, potassium, iron, magnesium, selenium, magnesium dan zinc (Phytochemichals of Nigella sativa seeds. Food Chemistry)




Tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedoktoran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu. Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhamamd SAW : Sesungguhnya Habatus saudah itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati.

Di beberapa negara di benua Asia (terutama Asia timur bagian tengah) dan benua Eropa Timur bagian tengah, habatussauda digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan perubatan pada banyak penyakit ringan dan berat.

Petua Orang Melayu Zaman Dahulu
Bagi merawati sakit panau, bisul, kurab dan jerawat, bijirin habbatus sauda hendaklah digiling dan dicampurkan dengan sedikit cuka, kemudian disapukan kepada kulit yang mengalami masalah tersebut.

Kulit Yang Sihat
Campurkan minyak habbatus sauda sama banyak dengan minyak zaitun. Sapu muka dengan campuran ini dan biarkan selama sejam. Kemudian basuh dengan pencuci muka yang lembut dan neutral.

Masalah Rambut Gugur
Usap kulit kepala dengan limau, biarkan selama 15 minit kemudian basuh dan keringkan. Selepas itu sapu dengan minyak habbatus sauda. Ulangi setiap hari.

Mandul
Bagus dilazimkan samada punca dari lelaki atau perempuan. Dr Peter Schleicher menyatakan bahawa bahan-bahan dalam habbatus sauda boleh menolong menghilangkan kemandulan terutama bagi perempuan.



Penyakit-Penyakit Yang Dapat Dirawat Dengan Habbatus Sauda.

Habbatus sauda dipandang mampu mengobati segala macam penyakit. Hal tersebut didasarkan pada sumber baik dari hadits shahih maupun berdasarkan penelitian-penelitian ilmiah yang sudah dilakukan oleh banyak ilmuwan bidang kedokteran di berbagai macam Negara sejak dahulu sampai saat ini. 

Berdasarkan dari hasil-hasil penelitian ilmuwan bidang kedokteran diantaranya adalah menyimpulkan bahwa Habbatus sauda mengandung lebih dari 100 komponen kimia alami yang sangat diperlukan tubuh, mari kita simak laporan ilmiah yang menyatakan bahwa Black Seed memiliki kemampuan ajaib dalam perubatan. Secara kesimpulan penyakit yang dapat dirawat dengan habbatus sauda adalah seperti berikut;

1) Darah tinggi
2) Kencing Manis
4) Resdung
5) Asma
6) Luka-luka dihari
7) Batu karang
8) Sakit buah pinggang
9) Gout
10) Lemak berlebihan
11) Luka-luka dalam mulut
12) Luka-luka dalam perut
13) Kurang Penghadaman
14) Menegang permukaan kulit
15) Mengecut semua ketumbuhan
16) Senggugut
17) Putaran haid tidak menentu
18) Buasir
19) Sakit usus perut
20) Luka usus kecil
21) Ketegangan urat saraf
22) Letih lesu
23) Masalah penglihata
24) Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
25) Antihistamine (pencegah alahan)
26) Antioxidant (pencegah kerosakan sel)
27) Antibiotic (pembunuh kuman)
28) Antimycotic (antikulat)
29) Bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
30) Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
31) Melancarkan keluarnya kencing
32) Memperlancarkan darah haid
33) Melancarkan pengeluaran susu ibu.
34) Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
35) Mengeluarkan angin dari perut
36) Menambahkan ghairah seks
37) Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
38) Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
39) Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
40) Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
41) Masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
42) Masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
43) Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.
44) Mengandungi hormon yang lengkap untuk menambah kecergasan mentel, seksual dan pelbagai           aktiviti.
45) Kandungan nigellon yang terdapat didalamnya terbaik dan paling berkesan untuk merawat                   masalah kesukaran bernafas, lelah dan radang tengkorok.
46) Membantu menguat kembali fungsi-fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan bahagian-     bahgian lain dalam tubuh seperti sediakala. Oleh itu, insya-Allah ia boleh membantu pesakit                kencing manis, gout, jantung dan sebagainya.
47) Membekal sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan                         tumor/ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
48) Melancar semula perjalanan darah dan ini membantu ke arah penyembuhan semulajadi.

Isnin, 8 Februari 2016

Khasiat Detox Bendi


Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan digoreng. Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi. Di Malaysia kacang bendi banyak di tanam di negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang.

Dalam bendi didapati kaya dengan pelbagai nutrisi, antara nutrisi yang terkandung dalam kacang bendi adalah  90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium. Berikut adalah kandungan nutrisi dalam 100g bendi.

Tenaga 138 kJ (33 kcal)
karbohidrat 7.45 g
Gula 1.48 g
Serat 3.1 g
lemak 0.19 g
protein 2.00 g

vitamin
Vitamin A equiv. (5%) 36 μg
Thiamine (B1) (17%) 0.2 mg
Riboflavin (B2) (5%) 0.06 mg
Niacin (B3) (7%) 1 mg
Vitamin C (28%) 23 mg
Vitamin E (2%) 0.27 mg
Vitamin K (30%) 31.3 μg

Mineral
Kalsium (8%) 82 mg
Iron (5%) 0.61 mg
Magnesium (16%) 57 mg
Kalium (6%) 299 mg
Zink (6%) 0.58 mg

Air 90.17 g

Khasiat Bendi

Bendi mempunyai banyak khasiat untuk  tubuh badan dan merawat penyakit. Antara khasiat bendi adalah;


Mengurangkan Kolesterol
Bendi kaya dengan sumber serat, mineral, dan vitamin oleh itu bendi sesuai untuk menurunkan paras kolesterol dan pengurangan berat badan.


Mengelak Sembelit
Bendi salah satu sumber yang kaya dengan bahan lendir yang dapat membantu dalam proses pencernaan, melincinkan usus dan sekali gus mengelak dari masalah sembelit. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil dan sembelit.


Menyihatkan Kulit dan Mata
Bendi mengandungi vitamin A diperlukan untuk mengekalkan lapisan membran mukus kulit yang sihat dan penglihatan yang tajam.  Air rebusan biji, akar dan bunga bendi juga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Selain itu lendir bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.


Merawat Ulcer dan Kanser
Bendi mengandungi antioksida yang tinggi seperti beta-karotena, zeaxanthin dan lutein. Dengan pengambilan bendi yang kaya dengan flavonoid ini akan membantu melindungi dari radang paru-paru dan kanser rongga mulut. Ar rebusan biji, akar dan bunga bendi juga boleh diminum untuk mengurangkan ulcer dan radang.


Menguatkan Daya Ingatan
Bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.


Membantu Pengidap Diabetes
Bendi mempunyai Glisemik Index yang rendah. Bagi pengidap diabetes pengambilan makanan yang berindek glisemik yang rendah amat digalakkan. Hal ini adalah kerana bendi dapat mengurangkan jumlah glukosa yang diserap oleh makanan melalui saluran pencernaan dan menstabilkan kadar gula dalam darah.


Merawat Buah Pinggang
Kebanyakannya buah pinggang akan rosak apabila diabetes mencapai tahap 2. Kandungan air yang banyak dalam bendi membantu merawat buah pinggang.


Antara khasiat lain yang boleh diperolehi dari kacang bendi adalah;

  • Membersihkan atau mencuci hati / lever
  • Menenangkan pikiran seperti menghilangkan murung, Sedih, gelisah dll.
  • Mencegah dan mengurangi kejang.
  • Memperkuat sistem kekebalan tubuh
  • Mengurangi letih disertai lesu
  • Meredakan asma


Ramuan Detox Bendi



  • Ambil 2 biji sayur Bendi (saiz sederhana) di buang hujung dan pangkalnya belah sebahagian bendi supaya boleh terbuka tetapi tidak terlerai.


  • Rendamkan di dalam gelas besar dengan air suhu biasa (bukan air panas atau air sejuk).


  • Anda boleh campurkan sedikit perisa seperti perahan lemon atau sehelai daun pudina atau daun stevia (gula stevia)


  • Rendamkan bendi pada waktu malam sebelum tidur dan minum air rendaman bendi tadi pada keesokan pagi sebelum bersarapan.


  • Sebaiknya tidak memakan atau minum apa-apa selama setengah jam selepas meminum air rendaman bendi tadi.


  • Amalkan setiap pagi, Insya-Allah jika di takdirkan penyakit kencing manis boleh sembuh.


Baca Resipi Detox Pembakar Lemak


Selasa, 2 Februari 2016

Susunan Wall Clash of Clans Yang Pelik

Ramai yang gemar bermain game online "Clash of Clans".  Susunan wall amat penting dalam usaha menggagalkan serangan musuh. Pelbagai bentuk dan strategi dalam menyusun wall permainan COC. Berikut ana boleh lihat kreativiti yang pelik dan unik dalam susunan wall Clash Of Clans !

Wow..! susunan wall COC logo Superman

 Susunan wall Clash Of Clans seperti daun pokok....

 emmm bentuk love, kaki jiwang la ni...

 Susunan wall Clash Of Clans seperti logo Batman

 Susunan wall Clash Of Clans seperti labah-labah

 Pelik betul susunan wall dia ni... 

 wah... susunan wall seperti logo Apple

 kartun la pula....

 Susunan wall Clash Of Clans seperti tengkorak

 macam 3D

Susunan wall Clash Of Clans berbentuk bintang

emmmm wall ape pula ni?


 Susunan wall Clash Of Clans seperti padang bola

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk kelawar

 macam bunga

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk tengkorak

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk  kelawar


 love

 emmm logo ape ni?

 labah-labah

 tengkorak

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk rama-rama

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk kupu-kupu

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk kelawar

 cantik susunan wall Clash Of Clans dia

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk  trigonomety

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk keluang

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk logo lanun

 Susunan wall Clash Of Clans yang pelik


 Susunan wall Clash Of Clans bentuk trigonometry Islamik



 Susunan wall Clash Of Clans seperti logi NAZI




 Susunan wall Clash Of Clans seakan ikan

 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk burung

 Susunan wall Clash Of Clans seperti wau bulan

 siap boleh tulis perkataan lagi



 Susunan wall Clash Of Clans berbentuk  burung



 Macam robot Ssusunan wall Clash Of Clans dia

Susunan wall Clash Of Clans yang pelik, aneh dan unik