Selasa, 29 Mei 2012

Elak Spyware Malware Dengan Sandboxie



Anda mungkin bosan berurusan dengan perisian penyangak, spyware dan malware?

Anda juga mungkin telah menghabiskan terlalu banyak masa untuk mengeluarkan perisian yang tidak diminta?

Atau bimbang tentang klik link web yang tidak dikenali?

Jom guna "Sandboxie"


Apa itu Sandboxie?

Sandboxie menjalankan program anda di ruang terpencil yang menghalang mereka daripada membuat perubahan kekal kepada program dan lain-lain data dalam komputer anda. Dengan kata lain ia dapat mengelak data-data komputer anda diubah.


Kelebihan Sandboxie

Pelayaran internet yang terlindung: Menjalankan pelayar web anda di bawah perlindungan Sandboxie bererti bahawa semua perisian berbahaya yang telah dimuat turun oleh web browser terperangkap dalam kotak Sanboxie dan boleh dibuang dengan mudah.

Privasi yang lebih: Browsing history, cookies, dan fail-fail sementara cache (temporary file) dikumpulkan semasa melayari internet kekal tinggal di dalam Sanboxie dan tidak bocor ke Windows.

E-mel yang lebih selamat: Virus dan perisian berbahaya yang lain yang mungkin bersembunyi di dalam e-mel anda tidak boleh keluar dari kotak Sandboxie dan tidak dapat menjangkiti sistem anda.

Windows Tetap Lancar: Mencegah kerosakan pada Windows dengan memasang perisian ke dalam sandbox yang terpencil.

Download jer percuma software Sanboxie
atau search jer di google


selamat mencuba...

Cara Delete Fail Yang Sukar


Sesetengah file tu, susah betul nak delete... macam2-macam mesej dia keluar seperti;

  • Cannot delete folder: It is being used by another person or program
  • Cannot delete file: Access is denied
  • There has been a sharing violation.
  • The source or destination file may be in use.
  • The file is in use by another program or user.
  • Make sure the disk is not full or write-protected and that the file is not currently in use.

Download software Unlocker

Nak download tu, cari jer lah kat google... ( search unlocker ) atau boleh terus download secara percuma di filehippo.com


Tutorial / Cara Penggunaan 

hihihi, cara untuk delete fail yang degil tu sebenarnya mudah saja... guna jer software "Unlocker" .

Caranya hanya klik kanan folder atau fail dan pilih Unlocker.


Selesai...

Kalau folder atau fail dikunci pula , satu senarai tetingkap loker akan muncul. Hanya klik Unlock All.

Selamat mencuba....!