Sabtu, 26 Mac 2011

KONSEP PERUBATAN ISLAM

Setiap penyakit ada ubatnya. Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit, Dialah yang menyediakan ubatnya. Setiap sesuatu mempunyai sebab yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia yang secara langsung berkaitan dengan rahsia llahi yang tidak difahami oleh manusia.

Allah s.w.t. memerintahkan pesuruhnya, iaitu Muhammad s.a.w. agar memberitahu mereka yang bertanyakan tentang roh, bahawa roh itu adalah urusan Ilahi (Isra':85).  Setiap sesuatu yang berlaku, termasuk penyakit dan masalah manusia mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata: jadilah, maka jadilah (Yasin: 82).

Download  ebook "KONSEP PERUBATAN ISLAM" dari Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Darussyifa'

Isi Kandungan

KONSEP PERUBATAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN ................................................................................................ 2
2.0 PRINSIP ASAS PERUBATAN............................................................................ 4
Asas Perubatan .................................................................................................... 5
Kebersihan............................................................................................................ 6
Penyakit Berjangkit ............................................................................................... 6
Setiap Penyakit ada ubatnya ................................................................................ 7
Kifarah................................................................................................................... 8
Ajal ditentukan oleh Alllah ..................................................................................... 9
Jauhi Bahan Ubat yang diharamkan oleh Allah .................................................. 10
3.0 HUKUM DAN AMALAN .................................................................................... 11
4.0 DOA DAN RAWATAN ..................................................................................... 14
Kisah Sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah..................................... 15
Doa yang makbul................................................................................................ 16


 

Cerita Seram sebagai Pedoman Dan Iktibar

Majalah Mastika merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan sebuah majalah yang bercorak kisah misteri, seram, masyarakat, dan pengetahuan umum.

Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1951 dengan nombor ISSN 012-5598. Di sepanjang penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemaskan oleh beberapa orang tokoh.

Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abd Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah ini mendapat sambutan masyarakat, sehingga tahun 2007 majalah ini telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut. Hal ini mungkin kerana majalah ini memaparkan isu-isu yang dekat dengan masyarakat.

PERCUMA: Download buku koleksi mastika "MAYAT"
http://www.ziddu.com/download/14338194/Mayat_Pedoman_Dan_Iktibar.pdf.html




Selasa, 22 Mac 2011

Rahsia dan Fadhilat Surah Yaasin

Dalam YASSIN merangkum:

Ø Ilmu Pertanian

Ø Ilmu Falak

Ø Ilmu Laut

Ø Ilmu Kiamat

Ø Ilmu Ciptaan Manusia

Ø Ilmu Binatang

Ø Ilmu Kenabian
 


DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA...

Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang

ØAyat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. 

    Ayat 9 - "Wajaalna...."
                    Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah.

                    Lindungi diri dari dianiaya
                    Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ø Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
 

Ø Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ø Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ø Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ø Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?” (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."




"Innama amruhu"

Ø Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat


untuk menyembuh penyakit dalam badan
Ø Juga untuk mandul
Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan


  • Sembahyang tahjud
  • Sembahyang hajat
  • Doa minta hajat
  • Baca ayat 100 x dengan yakin
  • Amalkan 41 malam
  • Bila baca ayat, tiup dalam air
  • Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
  • Doa sambil minum
  • Untuk 41 pagi

Wallahualam. 


DOWNLOAD:

Isnin, 21 Mac 2011

Tips 20 Cara Jimat Duit


Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial planning) berdasarkan kemampuan masing-masing. Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat dan tujuan ebook ini dibuat, maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’ yang dapat menguntungkan anda.

1. Beli barang pada harga borong/pukal

Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang
menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !

2. Beli barangan second hand @ lelong murah

Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat  Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my

Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene berhati-hati dan teliti.


3. Musim Promosi & Megasale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.


4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode

Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau seba­liknya.

Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat duit prepaid boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia boleh menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila masa saja tanpa susah payah jumpa tokei kedai. MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat menyakinkan pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM Maybank seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.


5. Kitar Semula / Recycle

Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.  Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih bersih.



6. Gunakan banyak Member/Privillege Card

Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukar­kan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.

Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.


7. Beriadah di tempat awam

Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakan­nya saja.

Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung ming­gu, di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.


8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan

Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.

Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan ber­inspirasi. Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar tawaran bonus yang hebat ini.


9. Kurangkan makan di fast food restaurant

Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better ran­cang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang ban­yak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.

Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.


10. Masak & Makan di rumah

Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.


11. Rancang perjalanan & jimat petrol

Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunak­an kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana. Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.


12. Semak bil utiliti bulanan anda

Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya. Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, bet­ter buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup wa­lau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula. Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut lelama.


13. Jimat letrik & air

Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung min­ggu. Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggu­naan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari. Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka. Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.

Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.


14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Contohnya saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical center seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara Specialist Center dan sebagainya.

Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai yang jauh lebih menguntungkan !

Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 … Di samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih nilai untuk wang anda !


15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’

Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu saha­ja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.


16. Guna Kad Kredit dengan Bijak

Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenan­gi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelan­jakan.



17. Beli domain & hosting masa promosi

Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung di www.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang meningkat naik di Malaysia.

Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang mana anda diberi domain panel untuk point kepada memana hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli di namecheap. com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon harga terendah.


18. Dial Up vs Streamyx

Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti. Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz part time. Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz, TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...


19. Bayar Bil Online

Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.


20. Berhenti Merokok

Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda. Jika nak berhenti boleh dapatkan ebook free How To Stop Smoking di RahsiaEbiz.Com


Kesimpulan

Hakikatnya ada banyak lagi cara untuk jimatkan duit anda daripada dibazirkan begitu sahaja. Ia bertitik tolak daripada kesedaran dan perancangan kewangan yang teliti. Walau apapun, rancanglah perbelanjaan anda dengan rasional. Teliti setiap aliran masuk dan keluar, adakah ia menepati bajet dan keperluan kita setiap hari ?

Pastikan anda menyimpan ‘savings‘ sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan anda sebulan di dalam memana tempat pelaburan islamik yang menguntungkan. Jika anda mengalami masalah defisit atau hutang, ini bermakna perlukan penyelesaian yang lebih ketat supaya dapat menyelesaikan hutang anda dengan lebih tersusun Jangan lupa untuk memberi zakat dan bersedekah amal jariah kerana ia adalah salah satu rahsia tersimpan di mana Allah swt akan melipatgandakan rezeki bagi mereka yang menginfaqkan harta mereka ke jalan fisabilillah.

Dengan ini semoga diharapkan semua tips-tips ini akan memudahkan anda merancang kewangan dengan lebih baik seterusnya memberi masa depan yang lebih berjaya. Sekian wassalam


Sabtu, 19 Mac 2011

Cara Buat Duit dengan Malaysiarr.com (Lombong Emas 2011)

MENU
1. Pengenalan
2. Langkah 1 : Malaysiarr.com
3. Langkah 2 : Webcash
4. Langkah 3 : HostGator Affiliate
5. Langkah 4 : Cipta “Mig”
6. Langkah 5 : Dapat pengunjung
7. Langkah 6 : Dapat duit/Rahsia Utama
8. Langkah 7 : Persiapan Wordpress Blog
9. Langkah 8 : Untung lagi!
10. Rumusan
11. Bonus


Pengenalan Teknik yang saya guna adalah berkaitan dengan Fiverr.com yang terkenal. 
Website lain yang akan saya memperkenalkan kepada anda pada hari ini ialah Malaysiarr.com. Fiverr.com ialah website yang saya guna untuk pasaran US, dan Malaysiarr.com adalah cadangan saya kepada anda untuk pasaran Malaysia. Fiverr.com telah padat dengan pengguna dan susah bagi anda yang masih newbie.
Malaysiarr.com pula tidak sama, Malaysiarr.com merupakan website yang agak baru
dan ia memang sesuai dengan teknik yang akan saya ajarkan.
Malaysiarr.com juga mempunyai satu kelebihan berbanding dengan Fiverr.com kerana
Malaysiarr.com menerima bayaran melalui bank-bank tempatan(online banking) dan
kad kredit. Fiverr.com hanya menerima bayaran melalui Paypal dan kad kredit.
Untuk pasaran tempatan Malaysia, online banking ialah satu kelebihan besar.
Saya telah membuat penjelasan tentang teknik saya di muka surat yang berikutnya.
Dalam buku yang sebanyak 28 muka surat ini, saya akan mengajar anda bagaimana
menjana wang dengan cara yang istimewa.
Walaupun ebook ini hanya mempunyai 28 muka surat, namun JANGAN sekali-kali
memandang rendah terhadapnya.
Saya yakin bahawa anda juga ingin mencari wang dengan cara yang mudah kan?
Apa gunanya jika anda membaca ebook yang beberapa puluh muka surat jika ia susah
dijalankan?
Marilah kita sama-sama belajar bagaimana menjana wang dari internet.
Langkah 1 : Malaysiarr.com

Pertama sekali, kunjungi ke http://www.malaysiarr.com . (Kepada sesiapa yang tidak
tahu, Malaysiarr.com ialah satu tempat di mana anda dapat menjual perkhidmatan
anda dengan RM15)
Buat pendaftaran dengan klik butang facebook“Login”.

Satu kotak yang bertanyakan Permission daripada Facebook akan pop keluar.
Klik “Allow” untuk login melalui Facebook.

Langkah 2 : Webcash

Saya ingin memperkenalkan Webcash yang berurusan dengan wang elektronik dalam
Ringgit Malaysia.
Fungsinya sama seperti Paypal, cuma ia menerima online banking dan kad kredit.
(Paypal hanya menerima kad kredit)
Webcash ini ditubuhkan dan didaftar dengan SSM dan Bank Negara, jadi anda tidak
perlu risau kena tipu atau scam.
Tujuan membuka akaun di Webcash adalah untuk menerima wang dari
Malaysiarr.com.
Kunjungi ke http://www.webcash.com.my dan menekan butang “Register” di bawah
pembeli seperti yang ditunjukkan.

Selepas itu, ikut arahan dan isikan maklumat-maklumat anda dengan betul.
Pastikan alamat email anda yang diisi adalah sama dengan yang facebook anda.
Akaun anda akan disahkan dengan segera.

Selepas itu, sign masuk lagi ke malaysiarr.com dan di bawah “Profile”, klik “Settings”

 Langkah 3 : HostGator Affiliate

Kemudian, kunjungi ke HostGator affiliate http://www.hostgator.com/affiliates.shtml dan klik
“Sign up today” seperti yang ditunjukkan.
Hostgator ialah satu syarikat luar negeri yang membekalkan perkhidmatan hosting.
Di sini, anda akan mendapat komisen apabila kawan-kawan anda untuk mendaftar di
Hostgator melalui link affiliate anda.



Isikan maklumat anda seperti yang tertera di website affiliate HostGator.

Alamat email anda haruslah sama dengan alamat facebook anda.(lebih senang untuk
uruskan jika guna alamat email yang sama)
Selepas akaun anda siapkan dicipta, login masuk.

Anda akan jumpa page anda seperti di bawah.


Nampak kotak merah di atas? Ini ialah link affiliate anda.
Copy url affiliate anda dan simpan di satu tempat yang selamat.
Kemudian pilih cara HostGator bayar kepada anda.
Jika anda tidak mempunyai akaun Paypal, klik saja “Click here to pay by check”.

Untuk yang melalui check, anda akan dibawa ke page ini.
Ingat untuk isi maklumat anda dengan betul kerana cek ini akan dihantar ke rumah
anda. Nama juga kena betul untuk keluarkan wang dari bank anda.
Klik “Update Information and Select Cheque”


Langkah 4 : Cipta “Mig”

Sign in masuk ke Malaysiarr.com dan klik “Start Selling”.
Anda akan dibawa ke page berikut:
Isikan maklumat seperti yang diperlukan:
Contoh berikut:
Category : Advertise
I will pasang satu blog untuk anda dan iklan di cari.com.my selama 7 days for RM15
Description: Saya hanya dapat buat iklan unutk anda di cari.com.my selama 7 days(bernilai RM14) jika anda
mendaftar melalui [URL affiliate anda di sini]. Anda boleh lihat caj-caj di sini.
Anda perlu
1) Beli satu hosting dan domain dengan link saya
2) Hantar maklumat/email yang anda terima dari Hostgator kepada saya
3) Bayar untuk hosting dan domain.(kepada Hostgator, bukan saya!) Anda hanya perlu bayar RM15 dan saya akan pasang blog + iklan untuk anda!

Instruction to buyer:

Terima kasih kerana membeli, sila membeli hosting dan domain melalui [URL affiliate anda di sini] PENTING:Saya hanya
boleh buat iklan percuma untuk anda JIKA anda membeli melalui link tersebut
Jika anda tidak berbuat demikian, iklan percuma tu akan dibatalkan.
Selepas pembelian, sila hantar email yang anda terima daripada Hostgator kepada saya.
.
[Dari contoh di atas, mungkin anda dapat sudah tahu rahsia teknik saya. Saya akan jelaskan dengan
sepenuhnya nanti.]



Langkah 5 : Dapat pengunjung

Sekarang tibalah masa untuk anda mendapat pelanggan untuk membeli mig anda. Anda boleh klik pada butang facebook dan tweet dan membuat promosi dengan kawan-kawan di facebook dan twitter.

Anda juga boleh mempromosikan perkhidmatan anda yang hanya RM15 ini di forumforum
berikut:
www.wangcyber.com
www.cari.com.my
www.wanitamelayu.com
www.bincang.net
www.malaysiamums.com
www.syok.org
www.malaysianbikers.com.my
www.mesra.net/forum/
www.forum.lowyat.net/
www.melayu.com/perkampungan/
www.tokeikedai.net.my/forum/
www.carigold.com/portal/forums/
www.pjnet.com.my/
www.bicarajutawan.com/forum/
www.sabahforum.com/forum
www.webmastermalaysia.com/
www.jomlayan.com/mybb/
www.forum.com.my
www.forum.putera.com
Anda juga boleh membuat promosi kepada Subscriber anda jika anda mempunyai satu
senarai email.

Langkah 6 : Dapat duit/Rahsia Utama

Apabila ada orang yang beli mig anda, anda cuma perlu hantar affiliate url link yang anda simpan tadi kepada dia.
Pembeli akan daftar melalui affiliate itu dan anda akan dapat komisen. Berapa komisen yang akan saya dapat? Sebelum anda klik “Sign up today” di HostGator affiliate, anda dapat tengok komisennya, minimumnya USD50, bermakna anda akan untung komisen paling kurang RM150 bagi SATU pendaftaran melalui link affiliate anda. Jika anda dapat mencari syarikat hosting yang memberi lebih banyak komisen berbanding Hostgator, anda boleh tukar affiliate link anda. Anda juga boleh fikirkan idea lain, seperti biar orang membeli sesuatu daripada affiliate link anda sebagai syarat untuk menyiapkan mig anda.

Kenapa ada orang yang inginkan blog dan iklan di cari.com.my?
Blogging sudah menjadi satu trend yang dapat menjana wang di internet, terutamanya melalui Google Adsense dan Nuffnang. Namun, ramai yang masih tidak tahu macam mana mempunyai blog sendiri. Bagi satu newbie yang mahu mula menjana wang di internet, pakej ini amat menarik kerana selain pemasangan blog, ia juga ada iklan. 
Terdapat ramai blog yang percuma di internet, kenapa mereka perlu beli hosting?
Blog yang percuma tidak dapat mempunyai nama domain mereka sendiri dan ada banyak had-had dari pihak pembekal blog percuma. 
Bagaimanakah saya mengiklan di cari.com.my dengan percuma?
Tidak, anda hanya boleh mengiklan di cari.com.my dengan menggunakan duit sendiri. Bayarannya ialah RM2 satu hari. 7hari=RM14. Ini hanya untuk menarik perhatian pembeli anda, anda boleh ganti balik dengan RM150 yang anda akan dapat dari HostGator.
Untuk menarik lebih banyak pembeli, anda juga boleh menukar 7 hari kepada 8,9,10… hari. Cuma akan untung lebih kurang bagi setiap jualan,tapi anda akan dapat lebih ramai jualan.

Bolehkah saya mengiklan di tempat lain selain cari.com.my?
Boleh, anda boleh mengiklan di forum-forum atau website mana-mana yang ternama. Tapi, anda perlu kira kos dan untung bagi setiap jualan. Bolehkah saya menawarkan perkhidmatan lain selain pemasangan blog?
Boleh, asalkan pembeli mig anda daftar melalui HostGator affiliate link anda. Anda boleh menawarkan perkhidmatan membina satu website syarikat, website permainan, dan website apa-apa sahaja jika anda tahu membinanya. Anda juga boleh menawarkan perkhidmatan lain selain website, tetapi anda hanya mdapat wang RM15 melalui Malaysiarr.com, tanpa komisen dari HostGator. 
Apa kelebihan mengguna Malaysiarr.com?
Malaysiarr.com adalah lebih mudah dan disukai orang Malaysiarr kerana ia berurusan dengan RM dan melalui online banking dengan bank-bank tempatan. Ramai pemuda-pemudi Malaysia yang masih tidak mempunyai kad kredit, jadi lingkungan pelanggan anda lebih besar jika melalui Malaysiarr.com. Malaysiarr.com juga masih baru dan sekiranya anda membuat mig anda lebih awal, anda akan dapat pendedahan yang
lebih banyak kepada para pengunjung. Jika ramai orang yang baca ebook ini, bolehkah saya merebut peluang ini dengan mereka?
Anda membuat promosi melalui facebook,twitter dan senarai email anda kan? Jadi pembeli anda adalah berasal dari lingkungan social anda. Bagi yang orang lain, mereka ada pasaran mereka sendiri, kamu tidak akan merebut pelanggan. Tapi, jika anda masih risau, jadi anda haruslah bertindak serta-merta!


Rahsia utama ebook ini adalah biar orang bayar sedikit kepada anda(RM15) sedangkan sebenarnya anda dapat komisen banyak daripada Hostgator . Secara psikologi, manusia lebih rela bayar kepada syarikat besar berbanding kepada individu untuk mendapatkan sesuatu. Jadi, kita gunakan teori ini untuk mendapat hasil
jualan.

Prinsipnya seperti di bawah,
1) Tawarkan sesuatu yang menarik dengan harga rendah(RM15)
2) Syarat untuk mendapatkan tawaran ini ialah pembeli kena beli sesuatu melalui affiliate link anda
3) Anda untung sebagai affiliate dan juga RM15 tersebut Yang penting ialah, produk affiliate tu kenalah merupakan keperluan pembeli, benda yang pembeli memang berniat untuk membeli. Anda cuma tambah satu bonus(tawaran menarik) dan bekalkan link untuk membeli produk tersebut. Dari link itu, anda dapat komisen


Klik pada link Control Panel dan log masuk dengan username dan password yang diberi. Anda akan masuk ke dalam CPanel. Kemudian cari icon bernama Fantastico seperti di bawah,dan klik padanya;

Langkah 7 : Lepas itu, klik pada Wordpress atau blog anda.


Langkah 8 : Untung lagi !

Beritahu pembeli mig anda bahawa blog telah disiapkan dan dapatkan RM15 anda dari Malaysiarr.com lagi!
Satu lagi peringatan, mig anda perlu dijaga dengan baik. Hal ini demikian kerana pembeli akan memberi feedback kepada anda selepas anda menghantar mig yang siap kepadanya.

Jika anda berupaya, cuba pasang theme yang cantik pada Wordpress blog yang anda pasang sebelum anda menghantar kerja anda kepada pembeli. Jika pengunjung lain nampak feedback yang bagus, mereka akan menempah mig anda tanpa meragu-ragu. Walaupun RM15 ini nampak lebih susah menjana berbanding dengan RM150(dengan satu link saja), tetapi hakikatnya ialah: Jika tanpa RM15 ini, RM150 itu tidak akan
wujud! 
Inilah psikologi manusia!



Rumusan :
1. Daftar di Malaysiarr.com
2. Daftar di Webcash
3. Daftar di HostGator Affiliate
4. Cipta mig
5. Promosi di Facebook, Twitter, forum
6. Dapat pelanggan
7. Hantar affiliate link
8. Untung sekurang-kurangnya RM150
9. Pasang Wordpress untuk pelanggan, advertise di cari.com.my
10. Siapkan mig
11. Untung lagi RM15
12. Belanjakan wang anda!
Tunggulah order dari malaysiarr.com dan ulangi apa yang kamu belajar di sini. Terima wang dari Malaysiarr.com serta HostGator affiliate. Wang yang diterima di Malaysiarr.com akan dipindah ke akaun Webcash anda manakala wang di HostGator akan dikirim ke rumah anda(bagi yang pilih cek) atau ke
akaun Paypal anda(bagi yang pilih Paypal).



BONUS : Teknik mengguna Malaysiarr.com
Sedarkah anda bahawa ramai yang sudah menjadi kaya melalui Fiverr.com? Ramai yang menjana beribu-ribu bulanan dengan hanya menjual perkhidmatan di Fiverr.com.(tanpa teknik saya di atas) Cuba tengok di Fiverr.com, beratus-ratus gig yang telah dicipta dan laris dijual. Cemburu dengan penjual gig tersebut kan?
Namun, pasaran yang padat ini telah menjadi tepu dan susah bagi newbie untuk mendapatkan jualan.
Tapi nasib baik, kemunculan Malaysiarr.com yang focus kepada pasaran Malaysia telah muncul.

Ini merupakan peluang keemasan untuk anda mengaut keuntungan Mungkin selepas 6 bulan, Malaysiarr.com menjadi terkenal. Pada masa itu, orang lain yang akan berasa cemburu terhadap anda kerana anda telah
mempunyai pasaran sendiri yang kuat di Malaysiarr.com. Jadi, masa itu emas. Memang tidak salah pepatah ini.

Nasihat saya kepada anda ialah,
1) Melayari ke Fiverr.com
2) Carikan apa-apa gig yang anda dapat buat dan dijual dengan laris di Fiverr.com
3) Salin kerja itu dan paparkan di Malaysiarr.com
4) Sebarkan berita ini kepada kawan-kawan melalui Facebook dan Twitter

BOOM!
Anda pasti dapat tempahan yang berbukit-bukit!

Cuma perlu ingat bahawa, mig anda harus merupakan apa yang anda mampu buat dan berkualiti untuk mendapat jualan yang berterusan.

Cuba berbaik-baik dengan pelanggan anda kerana feedback dari pelanggan adalah sangat penting.
Semoga Berjaya!

Download free ebook Lombong Emas 2011... sekarang!!!




Jumaat, 18 Mac 2011

Panduan Autoresponder

Autoresponder adalah satu alat yang digunakan untuk mengambil data dari pelawat seperti nama, email nombor telefon dan sebagainya. Ia dapat mengumpul data pelawat dengan tidak terhad banyaknya dan boleh diasingkan mengikut segmen-segmen di ingini. Sebagai contoh jika anda ada 5 website yang menjual produk berbeza, maka kita dapat segmenkannya mengikut website kita tersebut.

Autoresponder juga adalah satu sistem dimana kita boleh setkan untuk menjawab email, menghantar email balasan, menghantar email promosi, email followup, atau apa-apa maklumat terkini kepada subscriber anda secara automatik.

Kebanyakkan sistem autoresponder adalah berbayar. Ada yang mahal dan ada yang murah, Jika anda sudah memiliki autoresponder, gunakan didalam website anda. Tetapi sebelum autoresponder bergerak dengan sempurna, anda perlu ada pengikut, yang dipanggil subcriber. Subcriber ini adalah pelanggan atau pelanggan yang memberikan email mereka untuk kita simpan dan anda boleh mengiklankan apa jua berkali-kali.

Oleh itu kebanyakkan autoresponder telah menyiapkan webform untuk anda pasang didalam website anda, dan jika ada sesiapa yang subscribe maka selebihnya akan diuruskankan oleh autoresponder anda. Sesiapa yang menghantar mesej ke alamat email anda akan menerima mesej balas dari anda (yang telah disetkan) tanpa perlu anda menghantarnya secara manual. Anda hanya perlu menaipkan mesej email anda mengikut turutan dan autoresponder akan menghantarkannya kepada penerima mengikut waktu yang diarahkan secara automatik.

ebook ini adalah panduan untuk membuat autoresponde. Tanpa sebarang bayaran... download la, ianya percuma untuk anda.




Isnin, 14 Mac 2011

Free ebook - How to Make Money Online with eBay, Yahoo!, and Google

How to Make Money Online with eBay, Yahoo!, and Google 
McGraw-Hill Osborne Media | 2005 | ISBN: 0072262613 | Pages: 403 | PDF | 10.36 MB


Groundbreaking strategies for reaching millions of customers online and boosting traffic, sales, and profits
This full-color, seminar-in-a-book presents a proven plan for maximizing your online profits by leveraging the top three services: eBay, Yahoo! and Google. You’ll learn to: expand an existing eBay business to reach millions of targeted buyers; Open a Yahoo! store to build a thriving direct-to-customer business; and send more customers to their online retail business with improved search engine placement and targeted adword buys using Google. How to Make Money Online with eBay,Yahoo!, and Google explains how to use cross-merchandising and integration strategies to promote sales and manage inventory across multiple sales channels.