Taip Bahan Carian

Ahad, 14 November 2021

7 Makanan yang Membersihkan Hati Secara Semulajadi



Hati mempunyai fungsi untuk menyahtoksik dan membersihkan badan anda dengan menapis darah toksin yang masuk melalui saluran pencernaan, kulit, dan sistem pernafasan. Tetapi apabila hati terlalu banyak bekerja mengakibatkan tekanan atau terlalu terdedah kepada toksin, kesihatan anda berisiko terdedah kepada penyakit hepatitis.

Oleh kerana hati juga bertanggungjawab untuk pengeluaran hempedu, yang diperlukan untuk pemecahan dan asimilasi lemak dan protein daripada tubuh anda, adalah penting untuk mengekalkan kesihatan hati yang baik hingga hari tua anda.



Bawang putih.

Bawang putih mengandungi sulfur yang tinggi, sebatian yang mengaktifkan enzim dalam hati yang bertanggungjawab untuk membuang toksin dari badan. Bawang juga mengandungi allicin dan selenium, dua nutrien yang telah ditunjukkan untuk membantu melindungi hati daripada kerosakan toksik dan membantu dalam proses detoksifikasi.


 

Limau.

Limau / oren kaya dengan vitamin C dan antioksidan semulajadi, dua pembersih hati yang kuat. Seperti bawang putih, oren juga mengandungi sebatian yang meningkatkan pengeluaran enzim penyahtoksin hati



Teh Hijau.

Teh hijau kaya dengan catechin, sejenis antioksidan tumbuhan yang telah ditunjukkan dalam kajian untuk membuang pengumpulan lemak dalam hati dan menggalakkan fungsi hati. Minuman herba ini juga melindungi hati daripada toksin yang menyebabkan kerosakan serius.

 

Sayur-sayuran Hijau.

Sayuran hijau berdaun seperti bayam, sayur sawi, dan kubis juga mengandungi sebatian yang meneutralkan logam berat dalam badan yang ditapis dan ditinggalkan di dalam hati. Sayuran hijau juga menghilangkan pendedahan kepada racun perosak dan racun herba dari badan, dan merangsang pengeluaran dan aliran hempedu.

 

Avokado.


Avokado mengandungi sebatian glutation yang boleh menggalakkan kesihatan hati secara aktif dengan melindungi daripada beban toksik, dan meningkatkan kuasa pembersihannya. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa makan sebiji atau dua buah avokado sekali seminggu selama sebulan boleh membaiki fungsi hati yang rosak.


Kunyit.


Kunyit adalah salah satu makanan yang paling berkuasa untuk mengekalkan hati yang sihat, secara aktif melindungi hati daripada kerosakan toksik dan menjana semula sel-sel hati yang rosak. Kunyit juga meningkatkan pengeluaran semula jadi hempedu, mengurangkan pembesaran saluran hati dan meningkatkan fungsi hati.



Kacang Walnut.


Walnut mengandungi tahap l-arginine yang tinggi, asid amino, glutathione, dan asid lemak omega-3, yang juga boleh membantu menyahtoksik ammonia penyebab penyakit hati.

 

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...