Taip Bahan Carian

Ahad, 28 April 2019

Panduan Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan LHDN

Panduan Cara Isi e-Filing Cukai Pendapatan LHDN

Musim bayar cukai kini kembali. Kemaskini, kalau ada rezeki dapat balik duit lebihan cukai. Berikut dikongsikan panduan lengkap cara isi eFiling LHDN bagi pengiraan cukai pendapatan tahunan semasa 2018 / 2019 / 2020.

Sebagai  pembayar cukai, pastikan anda tidak terlepas pandang 21 senarai pelepasan cukai 2019 yang dimaklumkan oleh LHDN.

eFiling boleh diisi bermula 1 Mac setiap tahun. Setiap individu yang menerima gaji minimum RM34,000 setahun / RM2,833.33 sebulan, selepas potongan KWSP layak dikenakan cukai pendapatan.

EFILING LHDN

Sedikit pengenalan tentang eFiling LHDN.

Sistem tersebut bertujuan mengira jumlah pendapatan bercukai, dan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Melalui sistem eFiling, anda boleh mengisi sendiri jumlah pendapatan tahunan, penolakan cukai (derma dan hadiah), pelepasan cukai dan rebat cukai.

Berbeza dengan sistem dahulu di mana anda perlu menghantar borang taksiran dan perlu membuat pengiraan cukai secara manual di pejabat LHDN.

CARA DAFTAR EFILING 2019 / 2020

Pendaftaran boleh dibuat online melalui portal rasmi http://edaftar.hasil.gov.my

Bagi pengguna kali pertama, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:


1 – Lengkapkan borang pendaftaran online

Layari http://edaftar.hasil.gov.my/dafsgjpn.php untuk mendaftar kali pertama. Anda akan dibawa ke halaman seperti berikut:




Selepas selesai anda akan diberi satu nombor permohonan contohnya Ai-a78629uf9797d23

Pastikan anda catat nombor tersebut untuk digunakan ketika mahu menyemak status pendaftaran kelak.


2 – Muat naik dokumen diperlukan

Anda kemudiannya diminta untuk memuat naik salinan dokumen berikut:

Pasport bagi bukan warganegara Malaysia yang tidak menjalankan perniagaan
Sijil pendaftaran perniagaan bagi warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
Pasport dan sijil pendaftaran perniagaan bagi bukan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan.
Ketika memuat naik dokumen pengenalan anda, pastikan hanya muka depan yang dengan jelas menunjukkan nama dan no. pengenalan diperlukan.


3 – Semak status permohonan


Selepas beberapa hari, anda boleh membuat semakan online status permohonan di http://edaftar.hasil.gov.my/info.php

Jika permohonan disahkan, anda akan diberikan nombor PIN yang akan digunakan semasa mengisi efiling pula nanti.

Peringatan: Permohonan e-Daftar akan dibatalkan sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap.

CARA ISI EFILING

1 – Layari ezHASiL



Layari portal https://ez.hasil.gov.my/CI/ dan pada bahagian Log Masuk sila isi segala maklumat yang diperlukan kemudian klik Hantar.

2 – Pilih eBorang

Anda kemudian akan dibawa ke halaman eBorang. Di sini pastikan anda pilih eBorang yang betul sama ada:

e-E: Majikan
e-BE: Individu warganegara Malaysia yang tiada punca pendapatan perniagaan
e-B: Individu warganegara Malaysia yang ada punca pendapatan perniagaan
e-BT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
e-P: Perniagaan perkongsian
e-M: Individu bukan warganegara Malaysia
e-MT: Pekerja Berpengetahuan atau Pekerja Berpakaran warganegara Malaysia
Bagi anda yang bekerja makan gaji tanpa perniagaan pilih borang e-BE.

Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

Maklumat Individu
Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
Rumusan
Sila isi dengan lengkap kesemua maklumat yang diperlukan. Ini bagi memudahkan proses pengiraan cukai pendapatan anda.

Akhir sekali anda perlu sahkan borang taksiran kemudian hantar kepada pihak LHDN secara online.

Di halaman akuan seperti gambar di bawah, anda boleh pilih sama ada untuk mencetak draf borang dalam bentuk PDF, menghantar eBorang atau kembali ke halaman sebelumnya.

Jika anda sudah berpuas hati dengan borang yang diisi, sila klik “Tandatangan & Hantar”.

Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan. Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Selesai pendaftaran eFiling cukai pendapatan 2018 / 2019 anda.

Untuk info lanjut, muat turun PDF cara mengisi eFiling di sini https://ez.hasil.gov.my/CI/Panduan/PanduanCI_eBorang.pdf

Senarai Pelepasan Cukai 2018 untuk e-Filing 2019



Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) telah mengeluarkan senarai pelepasan cukai 2018 untuk e-Filing 2019.

Sekiranya pendapatan anda melebihi RM34,000 setahun maka anda wajib mendaftar fail cukai pendapatan.


PELEPASAN CUKAI 2018

Berikut 21 senarai pelepasan cukai 2018 sebagai rujukan ketika mengisi efiling nanti.

1. Individu dan saudara tanggungan (RM9,000)

2. Penjagaan Ibu Bapa

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan), (RM5,000) ATAU
Ibu dan Bapa (RM3,000)
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

3. Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) (RM6,000)

4. Individu Kurang Upaya (RM6,000)

5. Yuran Pendidikan (Sendiri) (RM7,000)

Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

6. Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) (RM6,000)

7. Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) (RM500)

8. Gaya Hidup (RM2,500)

Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan bayaran langganan internet.

9. Pembelian peralatan penyusuan (RM1,000) terhad sekali dalam tempoh dua tahun taksiran

10. Yuran penghantaran anak 6 tahun ke bawah ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah (RM1,000)

11. Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018) (RM6,000)

12. Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri (RM4,000)

13. Suami/Isteri kurang upaya (RM3,500)

14. Anak di bawah umur 18 tahun (RM2,000)

15. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) (RM2,000)

16. Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (RM8,000)

Mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah)

Mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

17. Anak Kurang upaya (RM6,000)

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18. Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM6,000)

19. Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. (RM3,000)

20. Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji (RM3,000)

21. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)


Antara pelepasan cukai yang tidak tersenarai tahun ini ialah potongan cukai sebanyak RM10,000 untuk faedah pembelian rumah.

Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana cawangan LHDNM seluruh Malaysia.

Antara dokumen yang diperlukan ketika proses pendaftaran termasuklah:

Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Antara pendapatan yang perlu dikenakan cukai ialah:

Perniagaan atau profession
Penggajian
Dividen
Faedah
Diskaun
Sewa
Royalti
Premium
Pencen
Anuiti
Lain-lain


Untuk senarai penuh pelepasan cukai sebelum ini anda klik di sini.

LHDN- Kadar Penalti 10 Peratus Dilanjut Hingga 30 Jun


LHDN- Kadar Penalti 10 Peratus Dilanjut Hingga 30 Jun

PUTRAJAYA: Fasa pertama Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan pengenaan kadar penalti 10 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan akan dilanjutkan sehingga 30 Jun ini .

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata fasa kedua PKPS dengan pengenaan kadar penalti 15 peratus pula akan bermula pada 1 Julai dan tamat pada 30 September depan.

Beliau berkata sehingga 31 Mac lalu, sejumlah 381,979 pengakuan sukarela diterima LHDN dan Jemaah Menteri bersetuju melanjutkan tempoh PKPS berikutan sambutan yang sangat menggalakkan daripada pembayar cukai.

Mengulas lanjut, beliau berkata mulai 1 Oktober depan, kadar penalti 45 peratus ke atas akan dikenakan bagi mana-mana kesalahan tidak mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan juga kesalahan kurang melaporkan cukai pendapatan.

“PKPS memberikan fokus utama kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara serta mempunyai pendapatan yang dijana dari dalam Malaysia tetapi masih belum melaporkannya kepada LHDN.

“Pada masa sama kerajaan juga mengalu-alukan mana-mana pembayar cukai tempatan yang tidak mempunyai akaun bank di luar negara untuk membuat apa juga pengakuan secara sukarela berhubung pendapatan yang berpunca dari dalam Malaysia dan masih belum dilaporkan sekiranya ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, menerusi PKPS, pengakuan sukarela bagi pendapatan tidak dilaporkan yang dibuat bermula 3 November 2018 hingga 31 Mac 2019, hanya akan dikenakan 10 peratus penalti daripada jumlah cukai perlu dibayar, manakala pengakuan daripada 1 April hingga 30 Jun tahun ini, dikenakan penalti sebanyak 15 peratus daripada jumlah cukai perlu dibayar.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan lanjutan tempoh diberikan ini, lebih ramai pembayar cukai akan menyertai PKPS bagi membolehkan mereka menikmati kadar penalti yang rendah dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan cukai mereka.

“Pengakuan sukarela bagi pembayar cukai kategori individu boleh dibuat sehingga pendapatan tahun berakhir 31 Disember 2017, manakala bagi pembayar cukai kategori syarikat pula, pengakuan sukarela boleh dibuat bagi pendapatan sehingga tempoh perakaunan 31 Mac 2018.

“LHDN juga sudah mematuhi arahan kerajaan tahun lalu, supaya sebarang siasatan dijalankan tanpa ugutan atau ancaman, termasuk menghentikan semua serbuan ke atas rumah atau pejabat pembayar cukai dengan ditemani oleh anggota yang bersenjata dan memakai topeng muka ‘balaclava’.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang mengingkari arahan ini, pihak yang terkesan diminta membuat aduan kepada pihak LHDN atau Kementerian Kewangan,” katanya.

Beliau berkata LHDN akan menerima setiap pengakuan sukarela berkenaan dengan suci hati dan tindakan audit serta siasatan tidak akan dilakukan terhadap pengakuan sukarela itu.

“LHDN juga akan mengeluarkan surat pengesahan bagi setiap pengakuan sukarela yang diterima dan surat kesahihan pelaporan cukai secara sukarela adalah teratur akan diberikan setakat 2017 untuk individu dan 31 Mac 2018 untuk syarikat,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh kunjungi Pejabat LHDN berhampiran atau hubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1800885436 atau 6037713 6666 (Luar Negara) atau menghantar emel pertanyaan kepada pengakuansukarela@hasil.gov.my.


Tindakan kenakan cukai pendapatan ikut prosedur, rekod - LHDN

Tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai pendapatan kepada setiap individu dibuat mengikut prosedur dan maklumat yang ada pada lembaga itu, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Abdul Manap Dim.

Katanya, jika pembayar cukai berasa tidak berpuas hati dengan cukai yang dikenakan, mereka mempunyai ruang untuk membantah dan mendapatkan penjelasan daripada LHDN.

"Sebenarnya apa-apa juga tindakan LHDN adalah mengikut prosedur, dan LHDN tafsir pun mengikut maklumat yang ada, oleh itu saya menyeru artis ke, apa ke, untuk melakukan taksiran yang diperlukan, kalau individu berkenaan datang ke pejabat LHDN, kita akan bagi perhatian.

"Semua pembayar cukai kami ikut prosedur dan setiap cukai yang dikutip itu dan jika tak puas hati pembayar ada ruang untuk membantah dan bawa perkara itu ke mahkamah dan itu yang kami laksanakan," katanya ketika ditemui pemberita pada program Tanggungjawab Sosial Korporat LHDN di sini, pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai luahan seorang pelakon, Datin Diana Danielle yang tidak berpuas hati selepas namanya disenarai hitam daripada keluar negara akibat mempunyai tunggakan cukai pendapatan dengan LHDN dianggarkan sebanyak RM350,000.

Abdul Manap juga menegaskan bahawa LHDN tidak mengambil tindakan mengenakan cukai terhadap segelintir pihak sahaja, sebaliknya semua individu sama ada artis, menteri dan timbalan menteri turut dikenakan cukai pendapatan.

Sebelum ini, Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hati mengenai perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram yang kemudiannya menjadi tular.

Dalam hantaran itu, pelakon tersebut mendakwa dia diminta membayar RM350,000 oleh LHDN sedangkan dia belum mengemukakan sebarang dokumen.

Malah, dia mendakwa LHDN tidak berhak memintanya membayar tunggakan cukai pendapatan itu sehingga agensi terbabit membayar 'hutang' sebanyak RM100,000 kepadanya yang dituntut daripada agensi terbabit sejak setahun lalu.

Diana memaklumkan dia hanya mengetahui dirinya dikenakan sekatan ke luar negara ketika mahu ke Jepun atas urusan kerja, baru-baru ini.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...