Taip Bahan Carian

Sabtu, 18 November 2017

Durian Boleh Kuatkan Tenaga Batin Orang Lelaki


DURIAN mampu menguatkan tenaga batin golongan lelaki? Cerita mengenai durian yang dikatakan memberikan kebaikan untuk kesihatan lelaki mendapat perhatian selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberikan kenyataan di Dewan Rakyat, kelmarin.

Menurut Ahmad Shabery, kerajaan akan membuat kajian khasiat durian terhadap golongan lelaki.

"Ada kajian durian ini mempunyai unsur baik untuk lelaki dan kita akan beri badan berkaitan buat kajian lebih mengenai hal ini,” katanya semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Namun, seorang tabib Cina yang berpengalaman memberitahu China Press, dia tidak percaya 'raja buah' itu boleh memberikan apa-apa kelebihan kepada golongan lelaki, terutama dari segi tenaga batin.

"Makanan semula jadi seperti durian selama ini terbukti memang tidak ada apa-apa fungsi untuk kesihatan lelaki.

"Durian adalah sejenis buah-buahan yang mempunyai kandungan glukosa tinggi dan  boleh menaikkan kadar gula darah pesakit kencing manis," katanya.

Justeru, dia menasihatkan orang ramai supaya tidak percaya kelebihan durian itu kerana belum ada kajian sains yang boleh membuktikan ia mampu merangsang dan menguatkan tenaga batin lelaki.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasional/durian-mampu-kuatkan-tenaga-batin-golongan-lelaki-1.759007

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...