Taip Bahan Carian

Ahad, 10 September 2017

Tanda-Tanda Buah Pinggang Anda Rosak


Tahap kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang boleh berfungsi dengan baik. Buah pinggang adalah salah satu orang yang paling penting dalam badan. Walaupun kita masih boleh hidup tanpa buah pinggang, namun banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

10 tanda-tanda buah pinggang anda mengalami kerosakan.

1. Kerap berasa lemah dan letih

Penyusutan fungsi buah pinggang yang teruk menyebabkan toksin dan bendasing dalam darah anda bertambah. Situasi ini akan membuatkan anda berasa letih dan lemah, serta sukar untuk fokus. Anemia juga adalah satu komplikasi buah pinggang yang menyebabkan keletihan dan kelesuan.


2. Masalah tidur

Toksin yang sepatutnya dikeluarkan melalui air kencing akan kekal di dalam darah sekiranya buah pinggang anda tidak melakukan proses penapisan dengan baik. Toksin ini akan menjadi penyebab anda sukar untuk tidur. Sleep apnea (masalah tidur) lebih biasa berlaku kepada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang yang kronik berbanding mereka yang sihat.


3. Kulit kering dan gatal

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.


4. Selalu rasa nak kencing

Jika buah pinggang anda sudah rosak, ia akan meningkatkan kekerapan kencing. Jadi jika anda kerap rasa nak kencing terutamanya pada waktu malam, ia mungkin petanda buah pinggang anda rosak.


5. Ada darah dalam air kencing

Buah pinggang yang sihat akan mengekalkan sel darah di dalam badan apabila menapis bahan buangan dari darah untuk hasilkan air kencing. Jadi, air kencing anda akan tidak mempunyai darah. Namun jika buah pinggang anda rosak, sel darah ini ini akan “terbocor” dan masuk ke dalam air kencing. Selain dari masalah buah pinggang, darah dalam air kencing juga petanda anda mungkin ada ketumbuhan, batu karang atau jangkitan.


6. Kencing berbuih

Jika kencing anda berbuih dan memerlukan anda untuk flush beberapa kali, ia menandakan anda mungkin mempunyai penyakit buah pinggang. Buih-buih menandakan ada kehadiran protein yang “bocor” ke dalam air kencing anda, yang mana tidak sepatutnya berlaku.


7. Bengkak berterusan pada mata

Bengkak pada mata yang berterusan disebabkan oleh protein yang sepatutnya berada di dalam badan tetapi masuk ke adalam air kencing dan keluar daripada badan. Ia disebabkan oleh kegagalan sistem penapisan buah pinggang yang tidak berfungsi dengan berfungsi atau rosak, menyebabkan protein bocor keluar.


8. Buku lali atau kaki bengkak

Sodium atau garam di dalam badan anda akan kekal jika fungsi buah pinggang anda merosot. Ini menyebabkan buku lali dan kaki anda membengkak. Sakit jantung dan penyakit pada organ hati juga boleh menyebabkan bengkak pada bahagian bawah bawah kaki.


9. Kekejangan otot

Buah pinggang yang rosak boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam badan, termasuklah tahap kalsium yang rendah dan fosforus yang tidak dikawal dengan baik, seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.


10. Kurang selera makan

Ini satu petanda yang sangat umum, namun jika anda kurang selera makan, mungkin ada kena mengena dengan masalah buah pinggang. Toksin yang terkumpul menyebabkan fungsi buah pinggang terbeban dan mencetuskan hilang selera makan. Baca: Kacang bendi dikatakan mampu merawat buah pinggang.



Tips Penjagaan Buah Pinggang

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

  • Pemakanan seimbang.
  • Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
  • Berhenti merokok.
  • Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
  • Kekalkan berat badan seimbang.
  • Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

Sumber:
http://www.utm.my/bakes/info-pelbagai/tanda-awal-penyakit-buah-pinggang-dan-cara-mencegahnya/
http://www.sinarharian.com.my/rencana/awas-simpton-penyakit-buah-pinggang-1.264000

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...