Taip Bahan Carian

Ahad, 6 Ogos 2017

Rahsia Genius Bangsa Yahudi


PELBAGAI teori telah diketengahkan dalam usaha mencari penjelasan mengapa bangsa Yahudi berotak cerdas dan genius. Menurut Kamus Bahasa Melayu, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal untuk berfikir (untuk berfikir, mengerti dan lain-lain), pandai, pintar.

Maksud genius pula adalah sangat pintar di mana maksud pintar ialah banyak akal lagi cerdik, pandai, bijak. Kedua-dua sifat cerdas (istilah Bahasa Inggeris: intelligent) dan genius berpadananan dengan pencapaian cemerlang bangsa Yahudi dalam pelbagai aspek kehidupan.

Hari ini, secara umum bangsa Yahudi mendahului dalam semua aspek kehidupan termasuk akademik, kejuruteraan, muzik, sains dan bisnes. Hampir 70% bisnes dunia dimiliki oleh bangsa Yahudi termasuk kosmetik, fesyen, makanan, senjata, hotel dan industri perfileman.

Carian supplements untuk anak anda

Ashkenazi



Ashkenazi merujuk kepada orang Yahudi Eropah, terutamanya dari Eropah Timur. Bahasa tradisi Yahudi Ashkenaz berbentuk banyak dialek-dialek daripada bahasa Yiddish. Zaman sekarang kaum Ashkenazi  di Eropah sudah hampir tiada, mereka banyak didapati di Amerika Serikat dan Israel.

Kaum Ashkenazi adalah sebuah kaum yang cukup tertutup banyak yang mengidap penyakit turunan iaitu penyakit turunan yang berhubungan dengan penyakit otak, membuat mereka memiliki skor IQ tertinggi di dunia.

Yang mengherankan secara genetik bangsa Palestina memiliki hubungan genetik lebih dekat dengan kaum Ashkenazi dibandingkan dengan kaum Yahudi-Timur Tengah.

Adakah anda tahu bahawa Hadiah Nobel digondol oleh 29% saintis berbangsa Yahudi sejak tahun 1950-an? Dan secara spesifik, hadiah-hadiah tersebut dianugerahkan kepada jalur Yahudi Ashkenazi yang merupakan 80% jalur bangsa Yahudi seluruh dunia dan 20% selebihnya ialah jalur Sephardic.

Sungguhpun mereka hanya mewakili sebahagian kecil penduduk dunia iaitu sekitar 0.25%, pencapaian Ashkenazi dalam arena tersebut ialah 117 kali lebih besar berbanding jumlah mereka. Pencapaian mereka dilihat semakin meningkat - pada kurun 21 sahaja mereka menerima 32% hadiah Nobel di mana lima daripada tiga belas pemenang Hadiah Nobel diraih bangsa Yahudi (38.5%).

Purata IQ bangsa Yahudi ialah 115 iaitu lapan poin lebih tinggi berbanding IQ pesaingnya paling rapat - Orang Asia Timur Laut - dan lebih kurang 40% lebih tinggi daripada purata IQ global iaitu 79.1 (dikira oleh Richard Lynn dan Tatu Vanhanen dalam IQ dan Global Inequity).

Antara soalan yang dilontarkan ialah mengapa suku (berbangsa) Yahudi yang hidup sezaman dengan Nabi Musa AS - hidup dalam persekitaran serupa dengan orang-orang nomad dan petani di Timur Tengah telah mengalami kecerdasan atau kegeniusan jauh lebih terserlah berbanding suku-suku lain?

Sander L. Gilmen, PhD.m dalam artikelnya berbentuk pendapat berjudul Are Jews Smarter Than Everyone Else? (Mens Sana Monographs, 2008) bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa ‘Bangsa Yahudi merupakan manusia yang dipilih Tuhan (penulis: ALLAH SWT)’. Pendapat ini diketengahkan antara lain oleh Charles Murray dalam artikelnya berjudul Jewish Genius (Commentarymagazine.com, 2007).

Hank Pelissier dalam artikelnya berjudul Why is Thre IQ of the Israeli So High – 19 Possible Explanations (Institute for Ethic and Emerging Technologies, 2013) di bawah subjudul People of The Difficult Book menjelaskan bahawa rahib-rahib Yahudi menghabiskan masa lebih tujuh jam sehari selama tujuh tahun untuk memahami isi kitab Taurat dan Talmud yang merupakan kitab-kitab yang sangat rumit. Usaha tersebut menjadikan rahib-rahib Yahudi cerdas.


Anak perempuan tidak dipinggirkan

Bangsa Yahudi dikatakan mengajar anak-anak perempuan mereka membaca sejak sebelum Nabi Isa AS lahir.

Penulis: Quran, kitab-kitab hadis dikumpulkan oleh para muhadis serta beribu kitab agama karangan ulama muktabar jauh lebih hebat kesannya kepada kecerdasan para pengkaji.

Penulis lebih tertarik kepada faktor kecerdasan atau kegeniusan yang dimiliki oleh bangsa Yahudi. Kemungkinan besar faktor-faktor gaya hidup seperti yang dikongsi oleh Dr Stephen Carr Leon dalam artikelnya Why Are Jews So Smart? (sapulse.com, 2011) banyak memainkan peranan.

Dr Leon yang pernah menjalani latihan amali selama tiga tahun di beberapa buah hospital di Israel menyaksikan sendiri gaya hidup yang diamalkan oleh bangsa Yahudi yang percaya menyumbangkan kepada kecerdasan atau kepintaran mereka.

Beliau mendapati:

• Ibu mengandung sering menyanyi bersama suami dan main piano. Menyelesaikan masalah matematik juga dijadikan kebiasaan.

• Hidangan makan malam biasanya terdiri daripada ikan tanpa daging. Salad dan kekacang merupakan kemestian terutamanya badam.

• Makan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan utama. Mereka percaya makan makanan utama kemudian makan buah-buahan menyebabkan mengantuk dan sukar untuk memahami bahan pelajaran.

• Merokok ialah tabu di Israel. Saintis dari universiti di Israel percaya bahawa nikotin rokok merosakkan sel-sel otak dan memberi kesan kepada gen dan DNA - punca kelemahan otak dan tumpul otak (bodoh). Teka: Siapakah pengeluar terbesar rokok dunia?

• Kanak-kanak makan di bawah bimbingan ibu-bapa. Mengutamakan buah-buahan dan badam, diikuti minyak hati ikan kod.

• Kebanyakan kanak-kanak Yahudi mengetahui tiga bahasa - Hebrew, Arab dan Bahasa Inggeris.

• Belajar bermain piano dan biola merupakan aktiviti wajib sejak kanak-kanak.

• Murid-murid darjah satu hingga enam diajar matematik bisnes dan subjek-subjek sains dan ia merupakan pilihan utama.

• Kanak-kanak dilatih memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak membantu otak untuk lebih fokus membuat keputusan dan meningkatkan kejituan.

• Pelajar sekolah menengah lebih memilih untuk belajar sains, menghasilkan produk dan mengendali semua jenis projek. Perhatian khusus diberi kepada bidang perubatan dan kejuruteraan. Di peringkat universiti, fakulti perniagaan diberi lebih perhatian.


Survival

Dr Leon percaya faktor politik dan survival sebagai punca bangsa Yahudi cerdas atau genius. Penulis bersetuju dengan Dr Leon yang percaya mengubah kebiasaan hidup seharian seseorang daripada segi diet dan asuhan atau didikan mampu menghasilkan generasi genius dalam tempoh tiga generasi. Penulis: Ia merupakan kesan epigenetik dan diwarisi.

Buktinya, cucu Dr Leon yang berumur sembilan tahun telah menulis rencana lima muka surat berjudul Why I Love Tomato.

Badam merupakan antara makanan utama kanak-kanak Yahudi di Israel yang kaya dengan riboflavin dan L-Carnitine kerana ia memberi kesan positif kepada aktiviti neuron serta menghalang kemerosotan kognitif.

*Bahrain Samah, MH, MD (AM), Pendidik/penulis genre perubatan preventif/alternatif

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...