Taip Bahan Carian

Ahad, 21 Mei 2017

Pengasas JJPTR Dicekup


TIGA lelaki termasuk pengasas sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJPTR) yang disiasat berhubung kes penipuan skim pelaburan Selasa lalu, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.


Terdahulu, semua mereka yang berusia 23 hingga 40 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini, jam 11 pagi dengan berbaju lokap.

Peguam yang mewakili mereka, G Jaya Prem berkata, pihaknya memohon mahkamah menolak permohonan reman terhadap anak guamnya, kerana mereka sudah direman selama enam hari sebelum ini di Mahkamah Klang dan memberi kerjasama penuh sepanjang siasatan kes berkenaan.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azahar kemudian membenarkan ketiga-tiga suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Pada 12 Mei lalu, polis menyerbu lapan lokasi sekitar negeri ini dan menahan seramai 16 wanita dan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 40 tahun dipercayai ahli sindiket serta pelabur skim berkenaan.

Susulan daripada itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan ketiga-tiga suspek termasuk pengasas, pembantu peribadi dan orang kanannya berhampiran Balai Polis Petaling Jaya, 17 Mei lalu.

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...