Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
............................................................

Khamis, 17 November 2016

UPSR 2016: Ranking Sekolah Terbaik Setiap Negeri

Senarai kedudukan negeri dalam keputusan UPSR 2016.


DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85.

DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

DI PULAU PINANG, seramai 399 calon UPSR 2016 di Pulau Pinang berjaya mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus.

DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77.

DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.

DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.

DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini.

DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29.

DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A.

DI NEGERI PERLIS, seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri Perlis, berjaya mendapat keputusan penuh semua A




Rangking Keputusan UPSR 2016 Mengikut Negeri


Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu. Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E.

Gred Purata Nasional ialah 2.96.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu.

"Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

"Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D.

"Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85.

DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

DI PULAU PINANG, seramai 399 calon UPSR 2016 di Pulau Pinang berjaya mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran.

DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus.

DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77.

DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil.

DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu.

DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini.

DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29.

DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu.

DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A.

DI NEGERI PERLIS, seramai 45 pelajar atau 1.21 peratus daripada 3,805 calon UPSR di negeri Perlis, berjaya mendapat keputusan penuh semua A






Rabu, 16 November 2016

Riba Al-Buyu Dalam Forex Online


Urusniaga matawang hari ini telah menjadi aktiviti dan punca rezeki yang menarik minat sebahagian umat Islam. Urusniaga ini perlu diteliti dengan teliti agar pendapatan mereka menepati Syariah Islam. Kejahilan tentang hukum di dalam urusniaga ini boleh membawa kepada berlakunya riba yang diharamkan oleh Islam.

Perkataan forex adalah berasal dari gabungan perkataan Inggeris “Foreign Exchange. Ianya merupakan pasaran kewangan yang terbesar didunia. Wikipedia melaporkan urusniaga matawang asing (forex) didagangkan sebanyak nilai niaga harian USD3.2 trillion pada April 2007 dengan pertambahan 41% pada 2008. Pasaranya dibuka dua puluh empat pada hari perbankan.

Menukar Wang Di Pengurup Wang 

  • Menukar di Ali Noor mendapat tukaran USD 1 = RM 4.16
  • Menukar di Salamath Ali mendapat USD 1 = RM 4.18
  • Pertukaran berlainan matawang dianggap pertukaran barangan ribawi yang tidak sama jenis
  • Maka pertukarannya boleh berbeza-beza
  • Syaratnya mesti berlaku pertukaran secara langsung (on-the-spot)



Online Forex Melibatkan Riba Al-Buyu


Pertukaran wang asing secara dalam talian (online forex) oleh individu

Forex online adalah tidak patuh shariah dan melibatkan riba al-buyu’ kerana:
  • Matawang adalah barangan ribawi
  • Pembelian wang tunai secara kredit (tertangguh) 
  • Menjual matawang secara tertangguh
  • Mengandungi unsur bay’ al-najsy iaitu peniaga menawarkan harga bukan untuk memiliki matawang sebaliknya untuk memberi faedah kepada penjual melalui kenaikan harga.
  • Mengandungi unsur perjudian yang bergantung kepada turun naik harga



Apa Ancaman Bagi Orang Islam Yang Mengamalkan Riba?

A) Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Peperangan ke atas Pemakan dan Pemberi Riba.

Firman Allah swt:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman.  Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 278-279)  


Ini merupakan ancaman keras dari Allah. Bahkan merupakan ayat cabaran dari Allah bagi sesiapa yang degil dan engkar dengan perintahNya. Imam Abu Hanifah pernah berkata;” Ini adalah ayat al-Quran yang paling menakutkan.”

Tinggalkan riba jika kamu benar-benar mengaku sebagai hamba Allah.


B) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Firman Allah swt:


“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba’ dan menambahkan keberkatan daripada sedekah.” (al-Baqarah: 276)

Isnin, 14 November 2016

Supermoon Terbesar 14 November ini


Fenomena bulan terbesar dan paling terang dalam tempoh hampir 70 tahun boleh disaksikan esok. Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau nama saintifiknya ‘Lunar Pedigee’ iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada 14 November 2016.

Lebih menarik, fenomena kali ini adalah terbesar dan berada pada jarak yang paling dekat dengan planet Bumi sejak 68 tahun lalu.


Bahagian Unit Penyelidikan Sains Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Zahira Mohd Radzi berkata, jangkaan itu dikenal pasti melalui kaedah Trigonometri (pengiraan Matematik) yang digunakan sejak dulu lagi.

“Kita menggunakan kaedah matematik dan statistik sehingga kini serta ia masih diguna pakai oleh pakar astronomi lain bagi menentukan jarak sesuatu objek. Selain itu, semakan turut dibuat dengan menggunakan perisian astronomi terkini.

“Orang ramai juga boleh menggunakan perisian yang dinamakan Moon Calculator yang mana boleh digunakan untuk mendapatkan jarak bulan dan fasa bulan serta maklumat penuh mengenai bulan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, tidak dinafikan fenomena itu mendatangkan kesan tarikan graviti yang lebih kuat ekoran jajaran antara bumi dan bulan yang dekat namun ia tidak mencetuskan bencana besar.

“Kejadian pasang surut laut adalah disebabkan oleh tarikan graviti bulan, kedudukan bumi dan matahari.

“Namun kejadian Supermoon bukan faktor yang menyebabkan bencana seperti yang sudah mula diviralkan di laman sosial berhubung fenomena ini,” katanya.

Terdahulu, ANGKASA dalam satu kenyataan di sini berkata walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015, kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar.

“Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang,” katanya.

Menurutnya, fenomena Supermoon pada Isnin depan akan berlaku pada jam 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 9.45 malam.

“Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada kebiasaan. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter ANGKASA untuk mendapatkan maklumat lanjut serta dialu-alukan untuk berkongsi imej berkaitan Supermoon.



Rabu, 2 November 2016

Tips Mohon Pinjaman Rumah Bagi Yg Bekerja Sendiri

Tips panduan mohon pinjaman perumahan

Untuk mereka yang bekerja sendiri, sama ada sebagai seorang pekerja bebas, seorang perunding ataupun seorang artis sering menghadapi masalah apabila mereka ingin mendapatkan pinjaman rumah disebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang stabil. Artikel ini akan menonjolkan beberapa tip-tip yang berguna untuk mereka yang bekerja sendiri bagi mereka boleh berjaya mendapatkan pinjaman dari bank.

Walaupun anda mungkin tengah merealisasikan impian anda sebagai seorang pekerja bebas, dengan menyerahkan pekerjaan yang membagi anda pendapatan yang stabil akan meletakkan anda di kedudukan yang mencabar apabila anda ingin memohon pinjaman dari bank. Hal ini kerana anda tidak mempunyai sumber pendapatan yang stabil sebagai seorang bekerja sendiri.

Tetapi tidak kira apapun status pekerjaan anda, permohonan pinjaman sering ditolak disebabkan oleh banyak faktor termasuk pendinginan pembelian hartanah yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia.


Walaupun dengan semua faktor negatif ini, anda masih boleh membuatkan diri anda sebagai calon yang terbaik untuk mendapatkan pinjaman, di sini adalah apa yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan peluang anda:


Menyimpan rekod kewangan yang selaras dengan piawaian perakaunan

Mengekalkan buku akaun anda adalah satu amalan yang baik bukan untuk tujuan untuk mendapatkan pinjaman sahaja tetapi untuk keseluruhan pengurusan perniagaan anda juga. Bank-bank akan menghadapi cabaran untuk mentaksir tahap kemampuan anda jika mereka mempunyai kesukaran apabila ingin mengetahui tentang keuntungan dan kerugian perniagaan anda, perbelanjaan dan juga pendapatan (cubalah kalkulator kemampuan pinjaman perumahan kami untuk menilai diri anda).

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan tentang cara untuk menguruskan selok-belok kewangan perniagaan anda, anda bolehlah menimbang untuk mengambil satu kursus pendek mengenai subjek ini ataupun mengajikan seorang penyimpan kira-kira untuk membantu anda.

Anda haruslah mengingati bahawa perkhidmatan seorang penyimpan kira-kira adalah agak mahal, tetapi perbelanjaan seperti ini tidak boleh dijimat kerana rekod yang dicatat dengan baik (menunjukkan pendapatan tetap yang sihat) menunjukkan bank bahawa anda mempunyai kemampuan untuk mengurus kewangan anda dengan baik.


Membuat sumbangan kepada KWSP dengan tetap

Anda haruslah membuat bank menghargai konsistensi pendapatan anda dengan membuat sumbangan kepada akaun KWSP anda untuk sekurang-kurangnya dua tahun. Jika boleh, anda juga haruslah deposit setiap bulan untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai pendapatan yang kukuh daripada seseorang yang sering berbelanja dengan pendapatannya.

Selain itu, simpanan dari akaun KWSP 2 anda boleh dikeluarkan untuk membayar atau mengurangkan pinjaman rumah. Oleh itu, dengan mempunyai jumlah yang lumayan dalam akaun ini akan memberi suatu jaminan kepada bank peminjaman bahawa anda mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran (jika anda tidak dapat membuat pembayaran pada masa depan).


Mengisytiharkan cukai pendapatan.

Kenyataan cukai pendapatan anda untuk tiga tahun yang lepas merupakan sejenis bantuan yang bernilai untuk meluluskan permohonan anda. Mengapa? Hal ini kerana anda akan membukti bahawa perniagaan anda mempunyai keuntungan dan jika anda menilai dari masa dulu, anda akan sedar bahawa apabila anda mengheboh-hebohkan pendapatan anda dengan meminimumkan bayaran cukai, hal ini merupakan sesuatu kesilapan yang besar (dan haram).

Kemahiran anda sebagai seorang yang bekerja sendiri dan keupayaan anda untuk menguntungkan diri merupakan sebahagian dari kenyataan cukai pendapatan anda (kebanyakkan permohonan pinjaman memerlukannya). Selain itu, ia menggambarkan ringkasan untuk kewangan “rasmi” anda. Oleh itu, jika anda ingin mendapatan pinjaman perumahan dari bank, anda haruslah mengisytiharkan dan membayar semua cukai anda tepat pada masa.


Mendapatkan seorang penjamin.

Untuk mengurangkan risiko dan liabiliti anda sebagai seorang individu yang bekerja sendiri, anda haruslah mencari seorang penjamin yang boleh dipercayai untuk menyokong pinjaman anda. Seorang penjamin yang boleh dipercayai dan sesuai perlulah mempunyai latar belakang pekerjaan yang kuat dan penjamin itu akan dinilaikan sama seperti pemohon pinjaman.

Walau bagaimanapun, anda haruslah berterus-terang dengan penjamin anda tentang keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman, kerana dia akan tanggung akibat-akibat kewangan jika anda tidak membuat pembayaran.


Bekerja sambilan.

Bantahan utama oleh bank dengan individu yang bekerja sendiri ialah mengenai pendapatan mereka yang tidak stabil. Untuk menangani keraguan sedemikian, anda bolehlah cuba mendapatkan kerja sambilan.

Biasanya bank akan mempunyai keyakinan yang lebih terhadap permohonan dan jika majikan anda dikenali oleh ramai ataupun anda bekerja untuk syarikat sendirian berhad (syarikat yang baru kurang disukai oleh bank)

Menyimpan slip gaji dari pekerjaan anda boleh dijadikan sebagai bukti bahawa anda mempunyai pendapatan jaminan minimum setiap bulan selain daripada pendapatan lain. Tambahan pula, majikan anda boleh dijadikan sebagai rujukan untuk menyokong pinjaman anda.


Menunjukkan kuasa kewangan.

Anda bolehlah mempertimbangkan untuk memberi cagaran, dalam bentuk hartanah atau aset kewangan lain seperti stok, bon, ataupun polisi insurans hayat (menjanjikan pemberi pinjaman anda). Anda juga mungkin ingin membuka akaun deposit tetap dengan bank peminjam untuk menyokong kedudukan anda. Kad kredit juga boleh tolong menunjukkan kuasa kewangan anda, cubalah mendaftar kad kredit melalui laman perbandingan Loanstreet, 

Di samping itu, anda akan mempertingkatkan peluang anda untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih rendah jika anda mempunyai simpanan yang lebih besar. Gadaian yang menawarkan sebanyak 90% hingga 100% pembiayaan agak sukar untuk didapati. Anda bolehlah cuba untuk memohon pinjaman yang lebih fleksibel dan yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah agar anda mempunyai kebebasan untuk menguruskan ansuran bulanan anda. Layarilah halaman perbandingan kami untuk membantu anda mencari pinjaman yang paling sesuai dan boleh didapati untuk anda.

Apabila anda berusaha untuk memperkukuhkan kedudukan anda untuk mendapatkan pinjaman anda untuk dilulus, terdapat beberapa perkara yang boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapat pinjaman:

Janganlah mengingkar bil kad kredit atau pinjaman anda. Hal-hal seperti ini akan mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan pembiayaan.

Jika anda mempunyai pinjaman yang boleh belum dibayar atau dalam tunggakan, anda haruslah memastikan bahawa anda telah membayar semua itu dan menunggu 12 bulan (CTOS akan mempunyai infomasi perhutangan selama-lamanya) sebelum memohon pinjaman.

Anda haruslah menyemak dengan CTOS dan CCRIS sebelum memohon pinjaman anda. Jika terdapat sebarang perbezaan, hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan dan membetulkan isu itu.

Konklusi

Keputusan anda untuk bekerja sebagai seorang pekerja bebas adalah sangat menguntung dan mendatangkan kepuasan, tetapi sudah tentulah bahawa kebebasan ini juga ada harganya. Disebabkan anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan pekerjaan yang kekal, anda merupakan seorang calon yang “berisiko”.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak yang anda boleh lakukan untuk menafikan tanggapan itu, dan anda telah mungkin telah mendapati bahawa merancang dahulu merupakan sesuatu yang penting. 

Membeli rumah bukan sesuatu tindakan yang boleh dibuat tanpa rancangan kerana anda perlukan masa untuk mengumpul kewangan sebagai seorang individu yang bekerja sendiri.

Menunjukkan bahawa anda boleh menguruskan kewangan anda adalah penting jika anda ingin mendapatkan pinjaman.

Dari segi positif, terdapat banyak individu yang bekerja sendiri telah berjaya mendapatkan pinjaman perumahan, jadi hal ini merupakan sesuatu matlamat yang boleh dicapai – anda hanya perlu meningkatkan kedudukan kewangan anda, memohon melebihi satu bank dan berdoa.

Selasa, 1 November 2016

Jerawat Petunjuk Masalah Kesihatan Tubuh Anda


Sekiranya jerawat berulangkali naik di kawasan atau area yang sama,ini menggambarkan area dalaman kita yang tertentu mempunyai masalah,tetapi sekiranya setiap kali ia tumbuh di tempat yang berlainan, itu adalah normal. Tidak semestinya jika kita mempunyai masalah dalaman, jerawat wajib tumbuh di kawasan muka yang tertentu. Ada juga diantara kita ada masalah dalaman tapi kulit muka tiada masalah, walau bagaimanapun lebih baik jika kita tahu apa yang ada di luaran sekarang datangnya dari dalaman supaya kita dapat mengambil berat masalah dalaman tersebut.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yang cukup dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU DAN RAHANG
Jerawat Anda bermunculan di area dagu dan sepanjang garis rahang? Itu merupakan tanda dari gangguan hormon. Biasanya jerawat seperti ini muncul saat mendekati masa haid. Untuk mencegahnya, Anda harus cukup istirahat. Lupakan dulu begadang dan minumlah vitamin E atau vitamin C.

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Anda terlalu banyak mengonsumsi makanan berlemak dan gula. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

5 Tabiat Yang Menyebabkan Muka Tumbuh Jerawat


Kebanyakan remaja tidak suka jika jerawat timbul dipermukaan mereka. Hormon adalah salah satu penyebab atau punca jerawat. Perubahan hormon seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun terdapat juga tabiat-tabiat kecil yang gemar anda lakukan menjadi punya timbulnya jerawat pada wajah anda. Antara tabiat rutin yang boleh membuatkan jerawat timbul pada wajah anda adalah;

1. Selalu sangat cuci muka

Mencuci wajah terlalu kerap menyebabkan jerawat timbul, untuk mengelakkan jerawat, anda hanya perlu mencuci pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur.

2. Menggosok kulit dengan kuat

Menyentalm kulit dengan objek seperti tuala kecil atau span terlalu kuat boleh menyebabkam kulit anda kerengsaan.

3. Tidak bersihkan kulit yang berpeluh

Jangan biarkan peluh yang keluar sebati dengan kulit anda.

4. Gatal tangan untuk kutil dan sentuh jerawat

Tangan yang kotor dan dicemari boleh menyebabkan jerawat semakin timbul kerana wajah dijangkiti kuman.

5. Produk rambut terkena pada wajah

Elakkan penggunaan produk rambut daripada terkena wajah anda kerana ia akan memasuki liang wajah.

10 Punca Utama Jerawat


Setiap orang pernah mengalami jerawat walaupun tidak banyak. Wanita lebih cerewet dengan masalah kemunculan jerawat. Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan jerawat keluar. Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca jerawat-jerawat anda.

1. Perubahan Hormon

Apabila berlaku perubahan hormone seperti zaman baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormone dalam badan,iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormone ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an.Selain drpd itu,penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.

2. Tekanan (Stress) 

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

Tekanan fizikal:
1. Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2. Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah

Tekanan emosi:
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak

3. Pemakanan

Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang, ketam, sotong, kerang), budu, belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak seperti santan, dairy products seperti susu lembu, coklat.

4. Toksin

Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain

5. Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.

6. Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yang ada bahan-bahan chemical tertentu yang tidak sesuai dgn kulit..Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit.

7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC  (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)

8. Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

9. Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

10. Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar.

Sekiranya anda tahu punca jerawat anda, ubatilah punca tersebut supaya jerawat tidak berulang lagi.Hanya faktor perubahan hormon seperti period sahaja anda tidak dapat elakkan dari jerawat keluar tetapi cepat-cepatlah tempek dengan Miracle Mask supaya jerawat tersebut lebih cepat kecut dan membantu menghilangkan parut. Untuk merawat masalah jerawat dan resdung,anda digalakkan amal jamu untuk cuci toksin dan darah kotor dengan bekam. Anda juga boleh merawat jerawat anda dengan cara tradisional atau bahan semula jadi seperti kentang, tomato dan habatus sauda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner