Taip Bahan Carian

Rabu, 27 Julai 2016

Simptom Difteria - Pastikan Anak Anda Dibawa ke Klinik Segera



Difteria adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan. Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema & batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!….

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak2 adalah golongan yg paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yg dihantar ke pengasuh atau taska.

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda2 ini:


  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar menelan makanan
  • Batuk
  • Air liur meleleh
  • Kulit pucat dan kebiruan
  • Hidung berdarah
  • Selsema
  • Sesak nafas
  • Ruam kulit


Pastikan Anak Anda Dibawa Ke Klinik Dengan Segera! JANGAN BERLENGAH-LENGAH !





Langkah Pencegahan Difteria

Semua individu yang melakukan perjalanan ke luar negara perlu mendapatkan vaksin.

Jenis vaksin: Toksoid Difteria.

Bilangan dos: Sekurang-kurangnya 3, disuntik ke dalam otot.

Jadual vaksin: Ketika berumur 2, 3 dan 5 bulan berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia.

Dos tambahan: Ketika berumur 18 bulan dan 7 tahun.

Kontraindikasi: Kesan buruk terhadap dos sebelumnya.

Kesan buruk:  Kesan ringan di tempat suntikan atau seluruh tubuh.

Sebelum berlepas: Dapatkan vaksin seawal mungkin. Terdapat sedikit perlindungan selepas dos vaksin yang kedua.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkit!



Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...