Taip Bahan Carian

Sabtu, 25 Jun 2016

Iktibar Untuk Perokok

Hati-hatilah bagi bapa-bapa yang merokok, jangan sampai kejadian sebegini berlaku kepada anda.



Melecur disambar api akibat bermain pemetik api dalam kereta ketika ibunya mengisi minyak.

Kanak-kanak tersebut adalah seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pas, Kuala Krai. Dia melecur 20 peratus di bahagian muka, badan dan kaki selepas disambar api ketika menemani ibunya mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Guchil, Kuala Krai.

Bapa murid berkenaan, Ismail Din Awang Nor berkata, dia tidak mengetahui dari mana anaknya memperoleh pemetik api kerana beliau bukan seorang perokok.


Walaupun bapa mangsa bukanlah seorang perokok, tetapi berhati-hatilah bagi anda yang merokok. Jangan tinggalkan pemetik api anda di dalam kereta kerana besar kemungkinan kejadian yang sama akan berulang pada anda.

Video 
kanak-kanak disambar api 
ketika mengisi minyak pertol



Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...