Taip Bahan Carian

Rabu, 23 Mac 2016

Bahaya Duduk W

Jangan biarkan anak duduk begini!

Jika anda selalu melihat anak anda duduk dilantai dengan kaki dilipat ke belakang seakan bentuk W, HENTIKAN tabiat duduknya.

Ini kerana kedudukan seperti itu akan memberi kesan kepada perkembangan pergerakan anak anda kelak.

Kenapa Duduk W Bahaya Pada Anak?

Menurut kajian postur duduk dalam posisi 'W' adalah merbahaya bagi perkembangan kanak-kanak dan boleh menyebabkan masalah ortopedik. Antara masalah yang bakal timbul apabila ia dewasa adalah;


  • Hip Distortion
  • Knee and Foot Distortion
  • Poor Development of Core Muscles
  • Lack of Cross-Body Coordination


Dalam laman berita The Sun, Khamis (31/12/2015), Dr Claudia Chaloner menerangkan bahawa postur duduk 'W' bukan hanya mempengaruhi kedudukan tulang pinggul, tetapi juga lutut dan pergelangan kaki. Hal ini, akan menghalang perkembangan otot postural.

"Posisi duduk 'W' akan menyebabkan perkembangan otot postural terbantut sehingga menjejaskan keseimbangan atau kestabilan tubuh badan apabila ia dewasa kelak.

Dia juga menjelaskan, bagaimana duduk dalam posisi 'W' menyebabkan tekanan berlebihan pada sendi pinggul dan mengaktifkan otot teras di perut untuk menjaga postur tegak.

Selain itu, duduk dalam kedudukan 'W' juga boleh menyebabkan sendi lemah, menghalang otot-otot postural, kemahiran motor (seperti berjalan dan berlari), koordinasi dan keseimbangan tubuh badan.

Apabila anak duduk dalam keadaan 'W' , mereka akan jadi selesa yang mana otot bahagian atas tubuh mereka tidak banyak berfungsi. Sebenarnya ketika duduk dalam postur 'W' , mereka hanya menggunakan bahagian bawah tubuh sebagai sokongan dan bergantung kepada struktur sendi dan bukan bahagian otot semasa bermain dalam kedudukan ini.

Posisi 'W' juga akan mengetatkan otot kaki, pinggul dan buku lali anak anda hingga boleh menyebabkan masalah hip dislocation yakni masalah kedudukan sendi pinggul.

Antara kesannya adalah cara anak anda berjalan terjejas dan juga menyebabkan anak anda hilang keseimbangan tubuh badan.

Jadi sekiranya nampak anak kerap duduk dalam keadaan ini, minta dia mengubah kedudukan.

Sama ada duduk dalam keadaan bersila atau duduk di atas kerusi yang mana lebih baik untuk pembentukan tubuh mereka.

Sumber:

http://www.yummymummyclub.ca/family/toddlers/20121001/the-dreaded-w-sitting-in-toddlers 
http://thinkingmomsrevolution.com/thinking-moms-guide-to-red-flags-w-sitting-and-toe-walking/ 
http://www.sheknows.com/parenting/articles/1109099/w-sitting

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...