Taip Bahan Carian

Isnin, 17 Ogos 2015

Spesifikasi & Harga Samsung Galaxy A8


Samsung secara rasmi mengeluarkan telefon pintar terbaru mereka yang berasaskan Android iaitu Samsung Galaxy A8. Samsung Galaxy A8 adalah produk telefon pintar paling nipis pertama yang pernah dibuat oleh Samsung.


Samsung Galaxy A8 hadir daripada keluarga peranti Galaxy A yang mana menyertakan rekaan yang premium dengan penggunaan bingkai berasaskan logam. Berat telefon pintar ini sekitar 151 gram dan ketebalan sekitar 5,9mm. Telefon pintar ini dikeluar dengan pilihan warna seperti Black, White, dan Gold.


Samsung Galaxy A8 juga dilengkapi pengimbas cap jari yang terletak di butang fizikal HOME, seperti yang terdapat pada Galaxy S6.

Skrin Samsung Galaxy A8 bersaiz 5.7-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel. Pengguna ditawarkan dengan ruangan storan sebesar 32GB yang mana boleh diperluaskan dengan penggunaan mikro-SD.
Telefon pintar ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, tetapi ia berbentuk hibrid, di mana SIM kedua boleh digunakan sama ada untuk SIM atau untuk mikro-SD.

Samsung Galaxy A8 menggunakan kamera 16-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.
Telefon pintar ini menyokong rangkaian 4G LTE serta dilengkapi bateri berkapasiti 3050mAh.
Telefon pintar ini turut menyertakan penggunaan pengimbas cap jari padanya. Samsung Galaxy A8 dijual dengan harga RM1888.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi Samsung Galaxy A8


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...