Taip Bahan Carian

Sabtu, 25 Julai 2015

Khasiat Buah Naga

Khasiat Buah Naga
Buah Mata Naga, Buah Naga, Pitaya ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam.

Buah naga adalah sumber  makanan berkhasiat yang  semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga biasanya di pasaran dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air yang tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandungi kadar gula mencapai 13-18 briks.

Secara umum, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan kadar nutrisi yang tinggi seperti potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan dan bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

Khasiat Buah Naga

  • Isi buah naga putih dan merah boleh dimakan segar dan boleh dibuat kordial dan jem.
  • Buah naga kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisme badan.
  • Kulitnya boleh dijadikan pewarna makanan semula jadi (natural food colours), pengemulsi (emulsifier), pemekat (thickener), pentekstur (texturiser) dan penstabil (stabiliser) dalam makanan.
  • Kajian terbaru melaporkan buah naga mengandungi pektin 20% daripada berat kering ataupun rendah kandungannya berbanding dengan epal (12%) dan limau (25%).
  • Kajian juga mendapati ekstrak kulit buah naga merah berpotensi menghalang pertumbuhan sel tumor.
  • Komponen bioaktif seperti enzim pada bunga dan daunnya boleh digunakan sebagai minyak wangi dan produk perawatan diri.
  • Buahnya yang mengandungi mineral kalsium dan fosforus berfungsi untuk menguatkan tulang, mencegah osteoporosis serta zat besi yang dapat mencegah anemia.
  • Protein, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung dalam buah naga berperanan dalam pemeliharaan, pertumbuhan dan metabolisme tubuh badan.
  • Buah ini juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan radang saraf, membantu proses detoksifikasi, mencegah infeksi mulut, mencegah pendarahan dan mengubati keputihan.
  • Kajian yang telah dijalankan menunjukkan buah naga dapat meningkatkan penglihatan mata dan mengawal gula. Biji buah naga pula dapat membantu mengawal kadar gula pesakit diabetis, mengurangkan perut buncit dan masalah endokrin.

Panduan 
Cara Penanaman Buah Naga



Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...