Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak

Sabtu, 25 Julai 2015

Khasiat Buah Naga

Khasiat Buah Naga
Buah Mata Naga, Buah Naga, Pitaya ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam.

Buah naga adalah sumber  makanan berkhasiat yang  semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia serta mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia di antaranya sebagai pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolestrol, pencegah pendarahan dan mengubati keputihan. Buah naga biasanya di pasaran dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air yang tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandungi kadar gula mencapai 13-18 briks.

Secara umum, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan kadar nutrisi yang tinggi seperti potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan dan bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

Khasiat Buah Naga

  • Isi buah naga putih dan merah boleh dimakan segar dan boleh dibuat kordial dan jem.
  • Buah naga kaya dengan zat vitamin dan mineral yang dapat membantu meningkatkan daya tahan dan metabolisme badan.
  • Kulitnya boleh dijadikan pewarna makanan semula jadi (natural food colours), pengemulsi (emulsifier), pemekat (thickener), pentekstur (texturiser) dan penstabil (stabiliser) dalam makanan.
  • Kajian terbaru melaporkan buah naga mengandungi pektin 20% daripada berat kering ataupun rendah kandungannya berbanding dengan epal (12%) dan limau (25%).
  • Kajian juga mendapati ekstrak kulit buah naga merah berpotensi menghalang pertumbuhan sel tumor.
  • Komponen bioaktif seperti enzim pada bunga dan daunnya boleh digunakan sebagai minyak wangi dan produk perawatan diri.
  • Buahnya yang mengandungi mineral kalsium dan fosforus berfungsi untuk menguatkan tulang, mencegah osteoporosis serta zat besi yang dapat mencegah anemia.
  • Protein, vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung dalam buah naga berperanan dalam pemeliharaan, pertumbuhan dan metabolisme tubuh badan.
  • Buah ini juga dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, mengurangkan radang saraf, membantu proses detoksifikasi, mencegah infeksi mulut, mencegah pendarahan dan mengubati keputihan.
  • Kajian yang telah dijalankan menunjukkan buah naga dapat meningkatkan penglihatan mata dan mengawal gula. Biji buah naga pula dapat membantu mengawal kadar gula pesakit diabetis, mengurangkan perut buncit dan masalah endokrin.

Panduan 
Cara Penanaman Buah Naga



Isnin, 13 Julai 2015

Versi Cerita Pergaduhan Di Plaza Low Yat








Macam-macam versi cerita pasal pergaduhan di Plaza Low Yat.

Versi 1.

Seorang pemuda curi telefon bimbit... kena tangkap dan dibawa ke balai polis. Bila pemuda tersebut dibebaskan, dia bawa kawan-kawan serang kedai telefon tersebut.


Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.

See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.

Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi. Sumber


emmm tapi pelik juga, gila apa dah curi, kena tangkap,,, datang serang pula? Mabuk ketum ke hilang akal? Entah lah... biarlah polis yang siasat... kalau peniaga tersebut buat keterangan palsu... siap sedialah dengan akta yang berkaitan dengan memberi laporan palsu.


Versi 2

Seorang pemuda beli telefon bimbit. Apabila pulang ke rumah pembeli dapati telefon yang dibelinya adalah telefon palsu bukan original. Pembeli pergi semula ke kedai dan minta tukarkan dengan telefon yang original. Akibat dari sikap seller yang tidak layan tuntutan pembeli tersebut, pembeli merasa marah dan rampas telefon yang original. Seller menuduh pembeli tersebut mencuri dan ditangkap oleh pengawal keselamatan. Sudah lah ditipu! dituduh pula mencuri! Akibat marah yang teramat, setelah pemuda tersebut dibebaskan polis, pemuda bersama rakan-rakannya menerang kedai tersebut dan membelasah seller. Peniaga-peniaga lain yang melihat insiden tersebut beramai-ramai memukul kumpulan pemuda yang menyerang.





Versi mana yang betul? Wallahu a’lam..biarlah polis siasat dengan adil.


Polis akan ambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh, ini tiada kaitan dengan kaum, cuma dua pihak yang bergaduh," tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat. siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Sumber


Video Pergaduhan Di Plaza Low Yat










Ahad, 5 Julai 2015

Awas Email Palsu Dari TNB

Awas Email Palsu RM150000 Dari TNB

Majoriti kos sara hidup rakyat Malaysia hari ini amat tinggi, ditambah pula dengan GST dan kenaikan harga minyak, rakyat Malaysia makin dihimpit dengan dengan ambang inflasi. Ramai yang mencari kerja sambilan sebagai pendapatan sampingan. Pun begitu ada juga lintah-lintah darat yang sedang menganga mulutnya dengan luas menunggu mangsa untuk dibaham!

Hati-hati dengan email scam dan hadiah palsu dari TNB (kononnya).

Dah masuk 3 kali saya terima email hadiah bertuah dari TNB.

Berikut adalah email yang saya terima yang kononnya dari TNB

Email Palsu RM150000 Dari TNB



Scammer menggunakan teknik phishing untuk mendapatkan maklumat anda. 

User name yang diguna adalah TNB@careline.com.my tetapi 
backlinknya adalah  10010008@hchg.gov.tw  yang berpangkalan di Taiwan.

Semak verification email di http://www.mailtester.com/


Nombor telefon rasmi mereka +60163774909 (Menggunakan nombor Digi)  dan tersenarai di scamnumbers.info hahaha



Antara kempen yang dibuat oleh scammer ini adalah
  • Cash Reward From TNB
  • Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun
  • TNB Raya

Hati-hati semua...

Sila abai atau hapus e-mel seumpama yang memohon pengguna memberikan maklumat peribadi anda.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak mungkin akan meminta maklumat seperti Nama Penuh, Alamat Bil, Umur, Warganegara, dan Nombor Telefon Rumah kerana semua maklumat tersebut ada tersimpan dalam pangkalan data TNB.

Memakluman dari pihak TNB : http://www.tnb.com.my/announcement/2015/04/beware-of-email-scam-fake-contest.html

Announcement from TNB


Email rasmi Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah tnbcareline@tnb.com.my





Klik! Sebarkan agar saudara dan rakan anda tidak tertipu

Jumaat, 3 Julai 2015

Tanda Rawatan Pencegahan Strok Haba



Bagi Rakyat Malaysia, bersedialah menghadapi cuaca yang lebih panas berikutan monsun barat daya yang sedang melanda negara kita.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Che Gayah Ismail berkata, musim monsun itu akan membawa cuaca panas dan kering, yang diramalkan berlanjutan hingga September.

Hanya terdapat sedikit hujan, terutama pada awal pagi di kawasan pantai dan kawasan di selatan Selangor. Keadaan cuaca mungkin bertambah buruk serta mengakibatkan jerebu sekiranya terdapat pembakaran terbuka secara berleluasa.

Menurit Datuk Che Gayah Ismail, cuaca panas yang melanda kini bukan berpunca daripada aktiviti gunung berapi di Gunung Sinabung di Sumatra Utara, walaupun abu gunung berapi menuju ke arah tengah Semenanjung Malaysia dengan ketinggiannya ketika melalui Semenanjung adalah lebih 6,000 kaki.

Berdasarkan imej terbaru satelit Pusat Meteorologi Khas ASEAN (AMSC) pula, tiada tompok panas dikesan di Semenanjung Malaysia, tetapi terdapat masing-masing dua di Sabah dan Sarawak.
Semakan dengan Jabatan Alam Sekitar mendapati kesemua 52 kawasan yang dibuat pemantauan kualiti udara di seluruh negara hari ini menunjukkan Indeks Pencemaran Udara berada pada paras baik dan sederhana.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Ashok Philip berkata musim panas sekarang boleh mengakibatkan penyahhidratan sekiranya manusia banyak berpeluh dan tidak minum cukup air.

Katanya, keadaaan itu boleh berlaku walaupun mereka tinggal di tempat teduh, manakala keadaan lebih teruk akan menimpa mereka yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.

Apabila kadar penyahhidratan meningkat, seseorang yang terjejas akan mula berasa lemah, pening dan tidak menentu atau keliru kerana tekanan darah mula menurun dan suhu tubuh pula meningkat.

Untuk sentiasa berada dalam keadaan sejuk dan bagi mengelak daripada masalah berkaitan haba, minumlah banyak air.


Tanda Awal Strok Haba:
  1. Pitam
  2. Sawan
  3. Dahaga
  4. Berpeluh
  5. Kekejangan
  6. Lemah tumpuan
  7. Tubuh kekejangan
  8. Tekanan darah rendah
  9. Lemah otot-otot badan
  10. Loya, mual dan muntah
  11. Keletihan dan kelesuan
  12. Suhu badan meningkat
  13. Kulit kering dan kemerahan
  14. Pening dan Sakit kepala berdenyut
  15. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas

Komplikasi Strok Haba:
  1. Penyahhidratan (dehidrasi)
  2. Kekeliruan
  3. Pitam
  4. Bengkak tisu otak
  5. Kerosakan organ badan seperti ginjal, jantung dan hati
  6. Maut

Rawatan:
Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Pencegahan Strok Haba :

  • Hadkan aktiviti luar
  • Pakai topi atau payung yang bersaiz besar
  • Minum banyak air
  • Banyak berehat di tempat yang teduh dan sejuk
  • Mandi dengan kerap
  • Berada di tempat terlindung seperti dalam rumah / bangunan
  • Elakkan aktiviti yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari
  • Elak dari memakai pakaian berwarna hitam atau gelap.
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar.

Rabu, 1 Julai 2015

Harga Petrol Baharu Julai 2015



KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015 berkuat kuasa tengah malam ini.

"Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Julai ini," katanya. - Bernama



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner