Taip Bahan Carian

Isnin, 1 Jun 2015

Petua Halau Semut



Racun serangga amat berkesan untuk membunuh dan menghalau semut. Walau bagaimanapun racun serangga bukanlah sesuatu benda yang selamat, apatah lagi jika ada bayi atau kanak-kanak dirumah.
Berikut beberapa petua yang boleh anda cuba untuk menghalau semut di rumah anda:

1. Cili kering :
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.


2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.


3. Serbuk kopi
Bagi penggemar kopi, serbuknya usah dibuang. Taburkan di keliling rumah. Serbuk kopi juga boleh ditaburkan di sekitar taman dan pokok bunga. Semut tidak akan dekati lagi.


4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


5. Cuka
Masukkan cuka ke dalam botol dan semburkan ke serata tepi dinding dan tiang rumah. Biarkan cuka kering. Ulang proses semburan ini beberapa hari. Cara ini akan mencegah semut dari memasui rumah anda.


6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


7. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.


8. Air sabun basuh
Air sabun juga boleh digunakan untuk menghalau dan menghalang semut dari masuk ke rumah. Caranya sama seperti cara yang dilakukan pada cuka. Masukkan air yang dicampur sabun ke dalam botol dan semburkan ke sekeliling rumah. Ulang semburan selama beberapa hari.


9. Kapur tulis
Semut tidak pernah melintasi permukaan yang digaris kapur. Caranya, gariskan kapur di sekitar tempat semut berkumpul.

10. Bedak bayi
Taburkan bedak bayi di titik atau lubang tempat semut masuk ke rumah anda. Ini akan menutup lubang tersebut dan menghaklang semut untuk masuk.

11. Perahan air limau nipis
Semburkan perahan limau nipis di atas jalan semut. Ia akan mematikan semut sambil menyegarkan bau rumah anda.

12. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.


13. Tepung Jagung
Taburkan tepung jagung di atas jalan semut. Semut akan makan tepung jagung tapi tidak mampu mencernanya dan akhirnya semut akan mati.


14. Garam
Garam juga tidak akan membunuh semut. Tapi garam boleh mencegah dan menghentikan semut datang ke rumah melalui retakan, lubang, dan sebagainya. Pastikan tempat yang ditabur garam kering.

Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...