Taip Bahan Carian

Khamis, 18 Jun 2015

eRezeki - Program Jana Pendapatan Sampingan


Buat Duit Free! Wow..! Peluang jana wang pendapatan sampingan bagi rakyat Malaysia yang pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan ke bawah, termasuk pelajar, suri rumah, pesara dan warga emas.

eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.


Dengan eRezeki, individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.


Dalam ucapan pelancaran program hasil inisiatif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang pada 17 Jun 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan eRezeki, sebuah program menjana pendapatan tambahan menggunakan teknologi digital yang dikhaskan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan.

Program yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) itu juga boleh disertai kumpulan pelajar, penganggur, suri rumah, pesara dan warga emas yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan.

 Nak tahu apa itu eRezeki? Layari dan daftar di http://www.erezeki.my/index.html 


1 ulasan:

ummu khayla jual vitamin berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Peluang jana pendapatan di rumah.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...