Taip Bahan Carian

Isnin, 29 Jun 2015

Buat Duit Online Dengan Fiverr


Sebut sahaja buat duit online pasti berlegar dalam fikiran tentang Affiliate, dropship, iklan blog, duit klik dan jual produk di facebook. Tidak ramai yang mengetahui tentang Fiverr.

Fiverr.com bukanlah laman web ‘buat duit’ yang baru. Ia telah mula dilancarkan sejak  Febuari 2010 lagi. Fiverr diasaskan oleh Arjun dan Shai Wininger a.k.a Hem Sundar pada tahun 2009. Kini Fiverr adalah satu platform pasaran global dalam talian yang kini boleh didapati di lebih daripada 200 buah negara. Fiverr menjadi platform bagi ‘freelancer’ untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan atau servis mereka kepada pasaran dunia.

Komuniti Fiverr menggelarkan tugasan atau perkhidmatan mereka sebagai ‘gig’ dan sejak tahun 2012, lebih 1.3 juta perkhidmatan atau ‘gigs’ telah dihoskan oleh platform berkenaan. Bayaran upah paling maksima yang boleh dikenakan bagi sesuatu tugasan hanya serendah $5 (USD5) sahaja atau lebih kurang RM15. Dan daripada angka $5 itulah laman web Fiverr.com ini mendapat nama bagi laman web mereka.


Kelebihan Fiverr
  • Dibayar Dalam Matawang USD
  • Tidak Perlukan Modal
  • Anda Tentukan Sendiri Berapa Lama Anda Perlu Siapkan Kerja.
  • Hanya Lakukan Secara Sambilan atau "Part-time" sahaja!
  • Boleh Dilakukan Secara Santai
  • Hanya Menggunakan Kepakaran Yang Anda Ada


Bagaimana Cara Buat Duit Dengan Fiverr.com?

Fiverr adalah tempat anda menawarkan perkhidmatan. Banyak perkhidmatan yang boleh ditawarkan bergantung kepada daya kreativiti anda, dan yang paling penting adalah permintaan pengguna. Jika anda sudah terbiasa dengan fiverr, anda mungkin akan terserempak dengan tawaran ‘gig’ yang tidak masuk akal seperti menyanyi sehingga pelangan tidur, menulis nama menggunakan darah, servis mengirim mesej pada sekeping kertas lalu dimasukkan ke dalam botol, tawaran melukis wajah dalam bentuk karikatur dan banyak lagi! 'Gig' pelik yang ditawarkan bukan jenis ‘syok sendiri’ tetapi mendapat sambutan hangat apabila ramai pelanggan sanggup beratur menunggu giliran demi untuk membuat tempahan!


Komuniti Fiverr Malaysia!

Jika anda ingin menyediakan perkhidmatan untuk pengguna Malaysia sahaja, anda boleh menyertai komuniti fiverr tempatan dengan melayari ke www.fiverr.com/gigs/malaysia.

Dari komuniti Malaysia ini, anda boleh melihat sendiri tawaran perkhidmatan atau ‘gigs’ menarik yang ditawarkan oleh pengguna tempatan dan juga pengguna antarabangsa.

Tida semestinya idea yang pelik-pelik, mungkin anda boleh tiru idea Racheel Yap dan Evekil yang memberi panduan kepada pelancong yang ingin travel di Malaysia dan Sabah. Atau anda boleh tiru idea Normisyah yang menyediakan resepi masakan Malaysia untuk $5 kepada pengguna Fiverr dunia

Selain itu mungkin aktiviti harian atau hobi anda juga sesuai dijadikan satu perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pengguna Fiverr. Contohnya seperti;

  • Menyenaraikan tempat dan lokasi lubuk ikan bagi kaki mancing.
  • Mengirim setem Malaysia.
  • Mengambil gambar di sekitar Malaysia.
  • Menterjemah ke Bahasa Arab, Banjar, Jawa dan lain-lain.


Tunggu apa lagi? Jom Daftar di Fiverr dan buat duit di Fiverr.


Dapatkan Panduan Buat Duit Dengan Fiverr


Anda boleh terus buat duit di Fiverr tanpa guide. Tapi dengan menggunakan strategi dan teknik yang betul, kita tak perlu lagi mencari pembeli kerana pembeli itu sendiri yang akan mencari dan membeli dari kita.


Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...