Taip Bahan Carian

Sabtu, 3 Januari 2015

Tabung Banjir dan Menjadi Sukarelawan Bencana Banjir


Ketika orang ramai kesusahan dalam bencana banjir, ada juga yang mengambil kesempatan dengan bermacam-macam bentuk penipuan.

Majlis Perundinagn Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kepada seluruh rakyat supaya berhati ketika memberi sumbangan kepada mangsa banjir kerana terdapat banyak laporan yang mengatakan wujud pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengadakan ‘tabung banjir palsu’ demi mengaut keuntungan. -Utara News



Prosedur Kutip Derma

Sebenarnya Pertubuhan atau kelompok individu yang ingin membuat kutipan derma daripada orang awam perlukan berpandukan kepada prosedur-prosedur berikut :-

1.  Urusan kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Kebajikan Sukarela adalah berpandukan kepada “Surat Pekeliling Am Bil.6/1987-Peraturan Mengutip Derma Oleh Pertubuhan Dari Orang Awam”, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri;

2.  Mengikut peruntukan dalam Surat Pekeliling tersebut, kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu diperolehi bagi:-


  • Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mengendalikan program/aktiviti kebajikan masyarakat (Welfare-related NGO’s);
  • Aktiviti kutipan derma yang dijalankan untuk tujuan kebajikan oleh Pertubuhan yang bukan berkaitan dengan kebajikan masyarakat;
  • Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk pihak lain seperti aktiviti berunsur perikemanusiaan yang bersifat “regional” antarabangsa seperti kebuluran, peperangan dan sebagainya.

3.   Semua permohonan yang menepati ciri-ciri seperti di atas perlu dikemukakan dengan   menggunakan Borang Permohonan JKMM/PKS/1998(Derma) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri yang berkenaan yang akan membuat siasatan dan memberi pandangan untuk pertimbangan;

4. Kegagalan untuk memenuhi peraturan sepertimana yang ditetapkan akan menjejaskan pertimbangan ke atas permohonan kutipan derma bagi pertubuhan berkenaan pada masa hadapan dan akan datang.


Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia ( MERCY Malaysia )

Antara NGO yang berperanan dalam bencana alam adalah  Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MERCY Malaysia.

MERCY Malaysia adalah sebuah organisasi bukan untung yang memberi bantuan perubatan, pembangunan kesihatan dan pengurangan risiko bencana yang mampan untuk masyarakat yang memerlukan dalam situasi krisis dan bukan krisis. Sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan, MERCY Malaysia bergantung semata-mata kepada pembiayaan dan sumbangan daripada organisasi dan individu yang murah hati untuk meneruskan perkhidmatan mereka untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada penerima, sama ada di Malaysia dan luar negara. Pertubuhan ini didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan (1966) di Malaysia, dan ibu pejabat mereka terletak di ibu negara di Kuala Lumpur.


Jika anda ingin menderma (DONATE) atau menjadi ahli sukarelawan (VOLUNTEER) bagi membantu mangsa banjir, anda boleh layari laman MERCY Malaysia.



Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...