Taip Bahan Carian

Ahad, 11 Januari 2015

Komen Ulamak: Video Gadis Melayu Bersama Kpop



Video gadis Melayu ‘dipeluk’ Kpop jadi viral. Di media sosial, laman akhbar Sinar Harian, Harian Metro, Harakah hangat memperkatakan tentang isu gadis melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari Korea. Jom tengok ape kata para-para ulamak dan ustaz-ustaz.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani;

Jika itu anak perempuan Islam kita (nauzubillah)... makanya ianya sudah hilang pertimbangan agama, hilanglah akhlak dan budipekertinya, jika ia masih mempunyai ibu dan bapa.. apakah ia tidak merasakan bahawa ia sedang menconteng arang dimuka ibu dan bapanya? di dunia mahupun diakhirat nanti.. perbuatan maksiat di K-POP kelamarin disaat bencana sedang belum surut itu, seolah olah mengundang lagi bala yang tak berkesudahan.. perbuatan itu tidak wajar dilaksanakan dan dilakukan!! pemberian lesen mestilah bertanggungjawab di akhirat nanti!! ibubapa yang membenarkan anak mereka kemajlis sebegitu mestilah bersedia untuk menggigil di alam barzakh nanti.. pembuat maksiat!! kalian jangan ingat kalian boleh berterusan dengan maksiat ini.. gelak ketawa kalian itu mengundang duka pelaku taat!!! ada faham???



"Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.


Dr Zaharuddin Abd Rahman;



Astaghfirullahal 'Azim, program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing.

Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula.

Tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh dari DILIHAT, nampaknya hanya sekadar hiasan & fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.

Video ini telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya. Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.

Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan hangat mengutuk seperti dilakukan ketika mengecam program-program menyentuh anjing kerana DOSA pelukan sepeti dalam video ini DAN pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.

Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahal serta mampu menjauhi kemurkaanMu.

TIDAK PERLU maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian.


Datuk Mahfuz Omar;


Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan memanggil pihak penganjur KL Live Center di Kuala Lumpur baru-baru ini berhubung adegan tidak sopan sekumpulan gadis bertudung dengan artis lelaki K-pop B1A4.

Mahfuz bimbang penganjuran program tersebut merupakan agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan imej Islam.

"Kita gesa agar kerajaan segera memanggil pihak penganjur untuk memberi penjelasan tentang apa yang berlaku sehinggakan ia telah mencemarkan imej Islam di kalangan masyarakat umum.


Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz;


Sebagaimana negara pernah digemparkan dengan kematian pengunjung konsert Future Music Asia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun lalu, tahun ini negara sekali lagi menerima tamparan hebat oleh aksi gadis Melayu bertudung yang merelakan diri dipeluk dan dicium artis K-Pop.

“Saya merasa terkilan dengan sikap pihak berkuasa yang tidak mengambil perhatian serius terhadap masalah gejala sosial yang semakin dahsyat melanda anak muda di negara ini. Sehari demi sehari, batasan yang menjaga aturan budaya, peradaban dan kehormatan jati diri anak muda semakin longgar,”


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, pada Sabtu lepas adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.

"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu,"


Paimuzi Yahya, Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi);


"Perlakuan beberapa peminat tersebut dilihat melampaui batasan dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini,"

kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu berkaitan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.

"Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.



Gambar Gadis-Gadis Melayu Bertudung ‘Dipeluk’ Artis Kpop











Video Gadis-Gadis Melayu Bertudung ‘Dipeluk’ Artis Kpop




Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...