Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
............................................................

Selasa, 29 Disember 2015

Data Telefon Samsung Boleh Dicuri?


Segala data, video dan gambar dari telefon samsung boleh dicuri atau di hack melalui bateri jenis Samsung. Satu rakaman video telah menunjukan mengenai bahaya dan risiko menggunakan telefon pintar jenis Samsung yang didakwa mampu menyimpan serta mencuri data pengguna menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kegusaran sesetengah pihak.


Melalui rakaman berkenaan, pemilik video mendakwa, terdapat cip pengintip yang dipasang di belakang bateri telefon tersebut untuk mengintip apa yang dilakukan penggunanya termasuk mengesan data, video dan apa saja yang dimuat turun pengguna dari dalam telefon tersebut.


Walaubagaimanapun menurut Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Khirul Nizam Abd Rahman memaklumkan bahawa tayangan klip video berkenaan adalah berkemungkinan tidak benar memandangkan cip tersebut dikenali sebagai antenna Near Field Communication (NFC).

Menurut beliau, NFC berfungsi bagi membolehkan pengguna bertukar data atau maklumat dengan peralatan lain yang turut mempunyai teknologi berkenaan seperti telefon pintar dan sebagainya.

Selain itu, Khirul memaklumkan bahawa NFC juga berfungsi sama seperti teknologi Bluetooth di mana pengguna perlu mendekatkan telefon pintar bagi membolehkan berlakunya pertukaran data serta ianya memerlukan kebenaran daripada pengguna terlebih dahulu.

Tambahnya, masyarakat tidak perlu gusar memandangkan kecurian data dengan menggunakan NFC adalah mustahil sama sekali, namun mereka perlu berjaga-jaga kerana pada masa kini, terdapat pelbagai aplikasi yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan untuk mencuri maklumat pengguna lain.

Rabu, 25 November 2015

Tutorial Penggunaan Microsoft Excel


Microsoft Office Excel adalah sebuah program aplikasi lembaran kerja spreadsheet yang mempunyai ciri pengiraan dan pembuatan grafik. Dengan Excel kita dapat mempermudah dan mempercepatkan kerja-kerja yang melibatkan jutaan data. Berikut adalah beberapa kegunaan Excel:

Perakaunan: Mengira jumlah rugi / laba suatu syarikat, mencari besarnya keuntungan selamasatu tahun, mengira gaji pekerja, dan sebagainya.

Matematik Kalkulus: mencari data dari hasil penjumlahan, pengurangan, perkalian dan pembagian, serta pelbagai variasinya.

Pengurusan Data: pengurusan data base statistik, mencari nilai tengah, rata-rata, dan pencarian nilai maksimum serta nilai minimum sebuah data.

Pembuatan grafik: Misal grafik pertumbuhan penduduk per tahun, pertambahan bilangan pelajar sekolah, grafik pengunjung pasar raya dan sebagainya.

Pengoperasian Jadual: Dengan jumlah baris jadual yang disediakan sangat banyak, maka kita tidak akan kesulitan untuk melakukan input data walaupun dalam jumlah yang sangat banyak.

Untuk mengetahui fungsi dan tutorial penggunaan Microsoft Office Excel, anda boleh belajar dengan download ebook tutorial penggunaan Excel pada klik LINK dibawah.


Selasa, 24 November 2015

Kalender Malaysia 2016

Kalender Malaysia bagi tahun 2016

Semoga kalender cuti umum 2016 dan takwim cuti sekolah 2016 ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan bagi tahun 2016













Takwim Hari Persekolahan 2016




Senarai Cuti-Cuti Umum 
Mengikut Negeri-Negeri di Malaysia



>> DOWNLOAD <<
Kalender Malaysia dan Cuti Umum bagi tahun 2016 PDF



>> INSTALL <<
Aplikasi Andriod Kalendar Malaysia 2016



Rabu, 18 November 2015

Kes Buli di Besut










KUALA TERENGGANU: Tindakan tegas akan diambil ke atas guru sebuah sekolah di Besut jika didapati ada unsur kecuaian pihak sekolah berhubung kes buli yang menjadi viral di laman sosial baru-baru ini.

EXCO Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata pihaknya akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan di mana guru sekolah berkenaan turut disiasat. "Kita akan siasat jika ada kecuaian guru dan guru besar sekolah itu. Kita akan lihat kenapa tiada ustaz atau ustazah mengawasi keadaan sehingga terjadinya insiden berkenaan," katanya ketika diminta mengulas video buli yang tersebar di laman sosial sejak dua hari lepas.

Video berdurasi 6 minit 29 saat itu memaparkan sekumpulan murid lelaki memukul seorang murid lain yang lengkap berpakaian pengawas di surau sekolah berkenaan. Menerusi rakaman video itu, seorang murid Tahun Empat dan lima pelajar Tahun Lima yang berpakaian sukan menumbuk secara bergilir-gilir, menyepak, memijak bahu dan memaksa mangsa mencium stokin.

Ghazali berkata jika terbukti wujudnya kecuaian, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas guru yang terbabit termasuk dipecat atau ditukar. "Bagaimanapun kes ini perlu disiasat lebih terperinci dan kita akan putuskan nanti," katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata pihaknya akan mengikut SOP yang telah ditetapkan untuk menyiasat kes berkenaan. "Kita juga akan turut memberikan kaunseling kepada mangsa untuk mengatasi trauma yang dialami dan satu perjanjian menyelesaikan perkara itu dengan cara baik akan dilakukan. "Namun ia bergantung kepada budi bicara keluarga mangsa," katanya.

VIDEO BULI DI SURAU



Jumaat, 23 Oktober 2015

Video Ucapan Perbentangan Bajet 2016


VIDEO PERBENTANGAN BAJET TAHUN 2016

Oleh
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN


KETIKA MEMBENTANG 
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2016)

DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 23 OKTOBER 2015



Teks Penuh Bajet 2016


#bajet2016

Teks ucapan penuh Perdana  Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat pada Jumaat:
Teks Penuh Bajet 2016


TEKS UCAPAN BAJET TAHUN 2016

Oleh
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN


KETIKA MEMBENTANG 
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2016)

DI DEWAN RAKYAT
PADA JUMAAT, 23 OKTOBER 2015



"MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT"

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2016 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.

MUKADIMAH


Tuan Yang Dipertua,

1. Saya mulai, dengan menyebut BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A'iamin, Wa bihi Nastai'n.


2. Segala puji-puji bagi Allah Hu Ta'ala, yang telah menjadikan Tujuh Petala Langit dan Tujuh Petala Bumi, ... juga,... yang telah mewujudkan keadaan gelap-gulita, ke alam terang benderang.

3. Demikian juga, limpahan salawat, ke atas Nabi Muhammad, Rasul Pilihan,...Pembuka bagi sesuatu yang terkunci, Penutup bagi yang terdahulu, penolak yang batil, pembela hak dan kebenaran.


Tuan Yang Dipertua,

4. Sejak Mac tahun 2009, saya telah membentangkan lebih 11 dokumen besar berkait ekonomi negara.

5. Termasuklah, Pakej Rangsangan Pertama, Pakej Rangsangan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-lO dan Rancangan Malaysia Ke-ll, seterusnya Bajet 2010, hinggalah pada hari ini, akan dipersembahkan pula Bajet 2016.

6. InsyaAllah, jika diberi izin oleh Tuhan yang Maha Menyimpan segala Tahu dan rahsia setiap sesuatu, kita berdoa serta berharap agar terus berpeluang lagi, dapat membentangkan Bajet-Bajet pada tahun-tahun selanjutnya, ... Amin.

7. Sesungguhnya, Bajet yang diangkat kali ini,... merupakan bagian daripada terjemahan Rancangan Malaysia Ke-ll. Bajet ini adalah yang pertama, dalam rantaian 5 Bajet, sampailah terjulangnya negara tercinta ini kelak, menjadi sebuah watan, High Income Advanced Economy. InsyaAllah.

8. Sebelum itu, sebagai hamba-hambaNya yang beringat lagi bersyukur, marilah bersama, dengan rasa kerendahan hati, mengambil sempena dan iktibar daripada sejarah dan sirah, berasaskan Al-Quran, melalui mafhum pengertian surah An- Nisa' ayat 58, seperti yang ditafsir oleh antaranya Imam Qurtubi, pabila menjadi pemimpin dan pemerintah, maka terserulah kepada kita, bagi menjaga hak-hak dan menghukum dengan saksama terhadap keperluan rakyat.


Tuan Yang Dipertua,

9. Lantaran itu, sebelum diteruskan penyampaian ini, walau apa sekalipun diwajahkan di mana-mana, meski apa yang dilaparkan dalam media, berkait letak duduk dan keadaan Malaysia, kanannya, negara ini diambang mullis, berada dalam krisis ekonomi, nilal ringgit terjejas teruk, ekoran persepsi ketidakcekapan tadbir urus kewangan negara, serta pula dipertikai tentang tatacara perbelanjaan Kerajaan yang katanya tidak berhemah. Makanya, berdasarkan ehwal yang dihebah-hebahkan itu, moleklah kiranya saya mengambil kesempatan dalam Dewan yang mulia ini, untuk memperjelaskan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat khususnya, serta rakyat Malaysia, yang sedang menonton dan mendengar di luar sana supaya mendapat gambaran yang benar serta tepat.


Tuan Yang Dipertua,

10. Semenjak tabun 2009, janganlah sesekali kita lupa, satu persatu datangnya dugaan terhadap ekonomi negara. Kita telah berdepan dengan pelbagai ketidakkeruan ekonomi global dan pastinya kemelut iktisad domestik.

11. Alhamdulillah, meskipun telah ditantang dengan segala aral dan rintangan itu, Kerajaan terbukti mampu menangani dan mengatasinya dengan begitu berkesan.


Tuan Yang Dipertua,

12. Jika hendak disimpulkan, antaranya terdapat 6 pencapaian utama sebagai penanda kejayaan yang boleh diperbanggakan dalam mengangkat kembali kedudukan ekonomi negara, dari mana ia berada separuh dekad lalu.


Tuan Yang Dipertua,


13. Pencapaian pertama: Jika ditinjau situasi ekonomi semasa Malaysia, ia mampu berkembang sebanyak 5.3 peratus bagi separuh tahun pertama 2015, dan dianggarkan mencapai 4.5 hingga 5.5 peratus sepanjang tahun, meskipun, ekonomi dunia dijangka berkembang pada kadar yang perlahan iaitu 3.1 peratus pada tahun ini.

14. Dalam perkara ini, perlu kita ingat baik-baik, keadaan ekonomi sekarang, bak kata dalam bahasa Inggeris, 'there is no comparison whatsoever', berbanding tahun 1998. Nyatanya, pada ketika itu, telah berlaku krisis kewangan peringkat Asia, sehinggakan ekonomi negara menguncup kepada negatif 7.4 peratus.

15. Sungguhpun begitu, kita sedar, bahawa kita tidak dapat lari dengan mudah atau dalam sekelip mata. la menuntut daripada menghadapi kelembapan ekonomi global, kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.

16. Justeru, pertumbuhan KDNK negara dijangka dapat berkembang pada kadar 4 hingga 5 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan ini, akan dipacu oleh pelaburan dan penggunaan swasta pada kadar 6.7 dan 6.4 peratus.

17. Eksport pula, tumbuh pada kadar 0.9 peratus dan import 1.5 peratus. Sektor pembinaan berkembang 8.4 peratus, perkhidmatan 5.4 peratus, manakala pembuatan sebanyak 4.3 peratus.


Tuan Yang Dipertua,

18. Pencapaian Kedua: Secara konsisten kita telah dapat mengurangkan defisit fiskal Kerajaan, daripada paras 6.7 peratus kepada 3.2 peratus yang dijangka pada tahun ini.


Tuan Yang Dipertua,

19. Pencapaian Ketiga: Melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang bermula pada tahun 2010, Kerajaan ini, telah meneruskan mujahadah pembasmian kemiskinan.

20. Hasilnya, dalam tempoh 5 tahun, kadar kemiskinan berkurang daripada 3.8 peratus pada tahun 2009, kepada kini 0.6 peratus pada tahun 2014. Malah, sebenarnya kemiskinan tegar telah hampir disifarkan.

21. Pencapaian Keempat: Kalau dikaji, statistik pengangguran pada tahun 1999
adalah 3.4 peratus.

22. Dengan kehendak Allah jua, hasil daripada pengurnsan ekonomi negara yang berkesan, kita telah mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9 peratus dan Kerajaan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.8 juta peluang pekerjaan.


Tuan Yang Dipertua,

23. Pencapaian Kelima: Seramai 5 juta rakyat di kawasan luar bandar telah berjaya mendapat manfaat kemudahan asas, seperti bekalan elektrik dan air bersih.

24. Akhir sekali, Pencapaian Keenam: Rakyat telah mendapat pelbagai kemudahan seperti BRIM, Klinik 1Malaysia, UTC, RTC dan Kedai Rakyat 1Malaysia, demi meringankan kos sara hidup rakyat.


Tuan Yang Dipertua,

25. Pada sudut lain, kemasukan pelaburan asing pula terus kukuh pada 22.4 bilion ringgit pada separuh pertama tahun ini, manakala,indeks Bursa Kuala Lumpur mencatat 1,705 mata bersamaan nilai pasaran 1.675 trilion ringgit menjelang penutup bursa pada 22 Oktober 2015.

26. Walaupun ringgit menyusut nilai, rizab antarabangsa kekal tinggi sebanyak 418 bilion ringgit pada 15 Oktober 2015 yang mampu sebenarnya membiayai selama 8.8 bulan import tertangguh dan 1.2 kali hutang luar jangka pendek.

27. Laginya, pada tahun hadapan, negara dijangka terus berada dalam inflasi terkawal, di antara 2 hingga 3 peratus.


Tuan Yang Dipertua,

28. Ini menunjukkan bahawa realitinya, Malaysia, negara kita yang tercinta  bukanlah negara yang gagal atau bankrap, sebaliknya kita masih stabil, masih  kukuh dengan economic fundamental dan terus berdaya saing.

29. Sebelum bingkisan Bajet tahun ini diteruskan, terdapat dua perkara mustahak yang wajar diberi penjelasan. Perkara pertama, adalah Cukai Barangan  dan Perkhidmatan atau GST, yang hangat diperkatakan oleh orang ramai terutamanya sejak awal tahn ini.

30. Dalam isu GST, Kerajaan berterima kasih kerana pematuhan dalam pendaftaran dan pengisytiharannya amat tinggi dan membanggakan.

31. Suka saya memaklumkan kepada Dewan yang mulia, setakat ini, jumlah syarikat yang berdaftar dengan GST adalah hampir 400 ribu buah semuanya, dengan  kadar patuh serahan atau submission mencapai lebih 90 peratus.


Tuan Yang Dipertua,

32. Alhamdulillah, sesungguhnya keputusan Kerajaan melaksanakan GST adalah  tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak kepada lebih 50 peratus daripada paras 100 dolar Amerika sebelum ini.

33. Faktanya, Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS menyumbang sejumlah  dividen kepada Perbendaharaan pada setiap tahun. Jumlah sumbangan dividen ini,  bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia.

34. Misalannya, dalam tempoh setahun di mana harga minyak adalah pada purata 100 dolar Amerika setong, pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 62 bilion ringgit.

35. Akan tetapi, senarionya berbeza, pabila harga minyak telah turun kepada  paras sekitar 50 dolar Amerika setong. Pendapatan daripada dividen PETRONAS serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah 44 bilion ringgit pada 2015.

36. Harga minyak ini pula, dijangka akan kekal rendah pada 2016, dan kutipan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggar 31.7 bition ringgit, atau penyusutan pendapatan Kerajaan lebih 30 bilion ringgit.

37. Jadinya, jika sebelum ini, dalam beberapa pengumuman rasmi, saya, bagi pihak Kerajaan ada menyebut bahawa rakyat usahlah bimbang, kerana hasil kutipan GST dikembalikan semula demi manfaat ramai, malah, dimaklumkan pula bagaimana ia dibelanjakan. lni adalah benar apa yang Kerajaan hasratkan dan tidak ada apa-apa agenda yang terselindung.

38. Namun, keadaan telah berubah. Hasrat ini perlu diimbangi dengan realiti  kedudukan kewangan negara, berdasarkan perkembangan harga minyak dunia yang tidak menentu seperti yang saya sampaikan tadi. Tetapi, disebabkan oleh kekurangan kutipan hasil petroliam, kutipan GST-lah yang terpaksa menjadi tampungan sebahagian besar daripadanya.


Tuan Yang Dipertua,

39. Sehubungan itu, pada tahun 2016, dalam perkiraan Kerajaan, sekira dan seandainya GST tidak dilaksanakan, dan kita masih dengan sistem SST seperti yang sebelumnya, hasil negara akan berkurangan sebanyak 21 bilion ringgit.

40. Jika dihalusi lagi, kalaulah kita kekal dengan SST, kutipan hanyalah  sekadar 18 bilion ringgit berbanding GST iaitu sebanyak 39 bilion ringgit.

41. Akibatnya, defisit negara akan meningkat kepada 4.8 peratus, dan bukan  lagi 3.1 peratus seperti yang disasarkan pada tahun 2016.

42. Andai kata ini berlaku, Kerajaan terpaksa meminjam termasuk untuk membayar gaji penjawat awam, penarafan kredit negara pula akan diturunkan dan kos pinjaman untuk semua, seperti pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman perumahan, pastinya meningkat.


Tuan Yang Dipertua,

43. Di atas segalanya, bersyukurlah kita kepada Allah, kerana Kerajaan yang  ada tetap bertegas dengan pendirian, mempunyai dengan izin, political will atau keberanian serta iltizam politik untuk melaksanakan GST...sekalipun, ...sekalipun... keputusan ini ternyata mendapat pelbagai cabaran dan tidak popular.

44. Malah pihak seberang sana, yang mula-mula dulu menentang dengan begitu lantang dan keras, kini juga mula menerima GST, hatta telah memasukkannya pula dalam dokumen bajet mereka.  

45. lni jelas menunjukkan, pendirian pembangkang yang sentiasa berubah-ubah dan tidak konsisten.


Tuan Yang Dipertua,

46. Oleh itu, berdiri atas pendirian sedemikian, Kerajaan yang  bertanggungjawab ini, akan terus melakukan keputusan-keputusan yang betul, waima tidak bersifat populis, demi,... mendahulukan rakyat dan kepentingan negara.


Tuan Yang Dipertua dan Rakyat Malaysia sekalian,

47. Oleh yang demikian, ternyatalah, GST ini sebetulnya merupakan satu sistem percukaian yang efisien. Maka sebab itulah, telah dilaksanakan di lebih
160 buah negara.

48. Tampaknya juga, meskipun keadaan kewangan negara terkekang, kita terus mendengar denyut nadi dan rintihan rakyat.

49. Kerana itu, setelah menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat, termasuklah pihak NGO, dengan ini, sukalah saya mengumumkan bahawa, Kerajaan bersedia, melepaskan lagi pendapatan cukai GST terhadap, beberapa barangan asas kehidupan seharian rakyat.

50. Tujuh langkah penambahbaikan layanan GST, berkuatkuasa menjelang 1 Januari 2016, adalah seperti berikut:

51. Pertama, pengenaan GST pada kadar sifar ke atas semua jenis Ubat  Terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, E, C dan D, serta tambahan sebanyak  95 jenama ubat over the counter, meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ini melibatkan peningkatan dua kali ganda, dari 4,215 kepada 8,630 jenama ubat.

52. Kedua: pengenaan GST pada kadar sifar ke atas barangan makanan berikut:

• Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik;
• Dhal, atau kata orang utara kacang 'parpu', berasaskan kekacang daripada kacang kuda, kacang hijau dan kacang putih; Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut;
• Biji sawi;
• Gula merah; dan
• Untuk orang Sarawak,...mee kolok kering

53. Ketiga: Bagi membolehkan petani berskala kecil mendapat manfaat dari Skim Kadar Rata di bawah GST, Kerajaan mencadangkan supaya, threshold jualan tahunan untuk tujuan pendaftaran di bawah skim ini diturunkan daripada 100 ribu ringgit kepada 50 ribu ringgit;

54. Dengan penurunan threshold, ia bererti, lebih ramai petani kecil boleh mendaftar di bawah skim ini dan mengenakan tambahan 2 peratus ke atas nilai jualannya, dan amaunnya boleh disimpan untuk menampung sebarang GST yang telah dibayar ke atas inputnya.

55. Keempat: Bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baikpulih di dalam industri aeroangkasa pula akan dibenarkan menyertai Approved Trader Scheme dan diberi pelepasan GST ke atas pengimportan barang-barang;

56. Kelima: Pelepasan GST juga diberikan ke atas pengimportan semula barangan yang telah dieksport secara sementara bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran;

57. Keenam: Kini, bagi industri minyak dan gas pula, pelepasan GST diberikan kepada pengimportan semula peralatan yang dieksport secara sementara, bagi  tujuan sewaan dan pajakan seperti peralatan pelantar minyak juga platform terapung; serta

58. Ketujuhnya: Pelepasan GST juga diberi untuk perolehan bahan dan peralatan mengajar, kepada penyedia latihan kemahiran dan vokasional yang  menjalankan program diluluskan di bawahAkta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan  2006.


Tuan Yang Dipertua,

59. Kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya daripada golongan belia, bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar  atau prepaid card.

60. Berhubung ini, para pengguna warga Malaysia, akan mendapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka. Langkah ini, adalah mulai 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.


Tuan Yang Dipertua,

61. Seterusnya, bagi memantapkan struktur cukai supaya lebih kompetitif dan  progresif, banjaran pendapatan bercukai bagi kadar cukai tertinggi ditingkatkan  daripada 25 peratus, kepada 26 peratus bagi mereka yang berpendapatan antara 600 ribu ringgit dan 1 juta ringgit.

62. Sementara itu, mereka yang berpendapatan melebihi 1 juta ringgit, kadar  cukai akan dinaikkan daripada 25 peratus kepada 28 peratus.


Tuan Yang Dipertua,


PERUNTUKAN BAJET 2016

63. Bajet 2016 memperuntukkan 267.2 bilion ringgit berbanding 260.7 bilion ringgit peruntukan dipinda 2015. Daripada jumlah tersebut, 215.2 bilion ringgit adalah untuk perbelanjaan mengurus dan 52 bilion ringgit bagi perbelanjaan pembangunan.

64. Di bawab peruntukan mengurus, 70.5 bilion ringgit adalah untuk Emolumen dan 36.3 bilion ringgit bagi Perkhidmatan dan Bekalan. Manakala sebanyak 106.6 bilion ringgit adalah Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula diperuntukkan sebanyak 761 juta ringgit dan 1 bilion ringgit kepada perbelanjaan lain.

65. Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 30.1 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 13.1 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat.

66. Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 5.2 bilion  ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am ialtu sebanyak 1.6 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.

67. Bagi tahun 2016, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan dianggarkan sebanyak 225.7 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 3.2 bilion ringgit berbanding
2015.

68. Dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan, defisit fiskal Kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

69. Bajet ini dan bajet-bajet seterusnya akan berteraskan keseimbangan diantara Capital Economy dan People Economy. Disamping itu, kita perlu mencapai  pertumbuhan yang bersifat inklusif, sustainable dan membina sebuah negara yang kompetitif, progresif, bersahsiah dan morally strong, dalam satu kehidupan masyarakat yang saling berpadu.


Tuan Yang Dipertua,

70. Lantaran demikian, saya pohon membentangkan sebuah Bajet yang bertemakan "Mensejahtera Kehidupan Rakyat" bertunjangkan 5 Keutamaan.
Tuan Yang Dipertua,

71. KEUTAMAAN PERTAMA: MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI NEGARA.

72. Langkah satu: Aktiviti pelaburan domestik akan terus dirancakkan dengan  jangkaan sumbangan kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi 2016. lni akan dipacu oleh pelaburan swasta yang meningkat sebanyak 218.6 bilion ringgit serta disokong  oleh pelaburan awam sebanyak 112.2 bilion ringgit.

73. Dalam langkah ini, terdapat sembilan projek dan inisiatif yang akan dilaksanakan:

Pertama: Membangun Malaysian Vision Valley meliputi keluasan tanah seluas 108,000 hektar dari Nilai ke Port Dickson seperti yang telah dibentangkan pada RMK-ll, dengan unjuran pelaburan permulaan 5 bilion ringgit pada tahun 2016;

Kedua: Melaksana Cyber City Centre di Cyberjaya' dengan nilai pembangunan  hampir 11 bilion ringgit dalam tempoh 5 tahun;

Ketiga: Membangun Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA di kawasan seluas 1,300 ekar dan dijangka menarik pelaburan sebanyak 7 bilion ringgit;

Keempat: Pelaburan 6.7 bilion ringgit oleh Khazanah Nasional Berhad, dalam 9 projek domestik berimpak tinggi seperti dalam bidang penjagaan kesihatan, pendidikan, pelancongan, perisian dan infrastruktur komunikasi;

Kelima: Khazanah Nasional juga memperuntukkan 500 juta ringgit untuk modal teroka dan dana ekuiti persendirian termasuk dana teroka modal pelancongan sebanyak 50 juta ringgit;

Keenam: Pelaburan seterusnya dianggarkan 19 bilion ringgit untuk tahun 2016, bagi Projek RAPID Complex di Pengerang, Johor;

Ketujuh: Untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta, antara projek yang sedang dilaksanakan adalah pembangunan Rubber City di Kedah dengan peruntukan 320 juta ringgit, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak sebanyak 142 juta ringgit dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah sebanyak 20 juta ringgit; dan

Kelapan: Tumpuan turut diberi kepada pembangunan industri Kimia, Elektronik dan Elektrikal, Mesin dan Peralatan, Aeroangkasa, Peranti Perubatan dan Perkhidmatan. Untuk itu, 730 juta ringgit disediakan kepada dana-dana di bawah MIDA, dan

Kesembilan: Bagi terus menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat sedia ada dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih yang telah tamat tempoh Elaun Pelaburan Semula atau Reinvestment Allowance, insentif baharu Elaun Pelaburan Semula Khas akan diberikan. Kadar tuntutan adalah 60 peratus daripada perbelanjaan modal yang layak dan dibenarkan ditolak daripada 70 peratus daripada pendapatan berkanun untuk tahun taksiran 2016 hingga tahun taksiran 2018.

75. Langkah 2: Dalam mempergiatkan pasaran modal pula, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif termasuk potongan cukai diberi ke atas kos penerbitan sukuk Sustainable and Responsible Investments dan Pengecualian duti setem sebanyak 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah.

76. Langkah 3: Sememangnya, PKS memainkan peranan penting dalam membangunkan rantaian nilai perniagaan. Ia dijangka menyumbang kepada 41 peratus KDNK menjelang 2020. Untuk itu, lima tindakan berikut akan diambil:

Pertama: Tambahan satu bilion ringgit bagi Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Disember 2017, dengan Kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan;

Kedua: 107 juta ringgit untuk Pelan Induk PKS bagi pemberian dana di pelbagai peringkat perniagaan;

Ketiga: 60 juta ringgit untuk Skim Anjakan Usahawan dan Skim Peningkatan Kapasiti serta Keupayaan PKS;

Keempat: Menubuhkan dana pinjaman mudah SME Technology Transformation Fund sejumlah 200 juta ringgit, di bawah SME Bank pada kadar faedah empat peratus; dan

Kelima: 18 juta ringgit untuk memperluas Projek Transformasi Kedai Runcit atau TUKAR, dan Projek Automative Workshop Modernisation atau ATOM.

77: Langkah 4: Seperti yang kita tahu, infrastruktur merupakan pemangkin kepada keseluruhan pembangunan ekonomi dan sosial negara.

78. Terkini, ingin saya maklumkan, bahawa, Malaysia menduduki tangga ke–25 di antara 160 negara yang disenaraikan dalam Laporan Indeks Pencapaian Logistik Bank Dunia 2014.

79. Sehubungan itu, Kerajaan akan terus menambahbaik infrastruktur logistik, termasuklah membina dan menambahbaik jaringan pengangkutan rel, serta lebuhraya pada 2016. Ini termasuk, Lebuhraya Damansara – Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Klang, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Central Spine Road.

80. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibukota pula, 900 juta ringgit diperuntukkan untuk Projek Penyuraian Trafik Jalan Tun Razak, yang akan dilaksanakan secara kerjasama strategik awam-swasta.

81. Kerajaan juga akan mengkaji pembinaan lebuhraya pesisiran pantai Masjid Tanah ke Klebang dan dari Klebang ke Jambatan Syed Abdul Aziz, di Melaka.

82. Seterusnya, sebanyak 42 juta ringgit disediakan bagi pembinaan Lapangan Terbang Mukah, Sarawak dan menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Bharu. Kajian akan turut dilaksanakan, bagi pembesaran landasan di lapangan terbang di Batu Berendam, Melaka.


Tuan Yang Dipertua,

83. Demi keselesaan penduduk di kawasan bandar, sistem Pengangkutan Awam yang efisien sedang rancak dibangunkan. Ini semua dilaksanakan dengan peruntukan yang besar kerana kita mahu memudahkan kehidupan rakyat di kawasan bandar.

84. Izinkan saya memberi sedikit status terkini, tentang antara projek terbesar dalam sejarah negara, iaitu projek pengangkutan awam bersepadu MRT-LRT.

85. Bagi projek sambungan LRT Laluan Ampang, dengan jarak 18.1 kilometer, akan boleh kita naiki pada Mac 2016. Manakala, bagi projek sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sehingga Putra Heights, dengan jarak 17.4 kilometer pula, akan boleh dinaiki pertengahan tahun 2016. Kedua-dua projek sambungan ini, bernilai 10 bilion ringgit.

86. Projek MRT jajaran Sungai Buloh – Semantan pula, juga dapat digunakan pada tahun 2016, pada bulan Disember. Manakala, Fasa 2 Semantan – Kajang dijangka siap pertengahan 2017. Projek ini, dengan jarak 51 kilometer sedang dilaksanakan dengan kos 32 bilion ringgit.


Tuan Yang Dipertua,

87. Hasil daripada permintaan ramai, Kerajaan juga telah memulakan rangkaian perhubungan awam lain seperti berikut:

Pertama: Projek MRT II dari Sungai Buloh – Serdang- Putrajaya dengan jarak 52 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 28 bilion ringgit. Kerja pembinaan direncana bermula dalam suku kedua 2016 dan dijangka siap menjelang 2022;

Kedua: Projek LRT3 dari Bandar Utama, Damansara- Johan Setia, Klang dengan jarak 36 kilometer, akan memanfaatkan 2 juta penduduk dengan anggaran kos pembinaan 10 bilion ringgit. Ia mula dibina 2016 dan siap pada 2020. Disamping itu, Kerajaan juga akan meneruskan rundingan High Speed Rail dengan Kerajaan Singapura; dan

Ketiga: Bagi perkhidmatan awam bas, projek Bus Rapid Transit atau BRT KL-Klang pada kos melebihi 1.5 bilion ringgit, dan BRT Kota Kinabalu pada kos hampir 1 bilion ringgit akan dilaksanakan.

Tuan Yang Dipertua,

88. Untuk menambahbaik infrastruktur telekomunikasi pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyediakan 1.2 bilion ringgit, antara lain, untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar 4 kali ganda dari sehingga 5 Megabit sesaat, kepada 20 Megabit sesaat,. National Fiber Backbone Infrastructure, Jalur lebar berkelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut.

89. Selain itu, 250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi meningkatkan kualiti audio visual dan memberi nilai tambah kepada kandungan TV
serta transaksi data interaktif.


Tuan Yang Dipertua,

90. Memang dari dahulu lagi, semenjak merdeka, kesejahteraan penduduk luar bandar, menjadi keutamaan kita. Mana mungkin kita meminggirkan mereka. Liputan jalan luar bandar telah meningkat daripada 46 ribu pada 2009 kepada 51 ribu kilometer, 98 peratus kawasan luar bandar telah mendapat bekalan elektrik, dan hampir 95 peratus mendapat bekalan air.

91. Kerajaan akan terus melaksanakan usaha pembangunan infrastruktur kawasan luar bandar seperti berikut:

Pertama: 1.4 bilion ringgit bagi membina serta menaik taraf jalan luar bandar sepanjang 700 kilometer di seluruh negara. Selain itu, 200 juta ringgit lagi disediakan bagi menaik taraf jalan di kawasan penempatan FELDA;

Kedua: 878 juta ringgit untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, yang membabitkan 10 ribu buah rumah. 568 juta ringgit bagi Projek Bekalan Air Luar Bandar untuk 3 ribu buah rumah;

Ketiga: 60 juta ringgit untuk Program Ameniti Sosial, terutamanya projek perparitan bagi mencegah berlakunya banjir. Tumpuan diberikan kepada
negeri-negeri yang terlibat banjir seperti Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak;

Keempat: Sebagai pemangkin keusahawanan di kawasan luar bandar dan komuniti desa, 70 juta ringgit untuk meneruskan Program Rural Business Challenge dan Program Desa Lestari; serta

Kelima: 67 juta ringgit diperuntukkan bagi Projek Kenderaan Bas MARA, untuk pengendalian pengangkutan bas di laluan yang tidak ekonomik di luar bandar.


Tuan Yang Dipertua,

92. Langkah Kelima: Sektor pelancongan merupakan sektor yang paling berpotensi untuk menjana ekonomi negara dalam keadaan kini. Untuk 2016, Kerajaan mensasarkan 30.5 juta pelancong yang dijangka menyumbang sebanyak 103 bilion ringgit kepada ekonomi negara. 1.2 bilion ringgit pula diperuntukkan kepada Kementerian Pelancongan untuk tujuan ini.


Tuan Yang Dipertua,

93. Tambahan lagi, permohonan visa secara atas talian atau online application, akan dilaksanakan bermula dengan negara China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada.

94. Di samping itu, untuk memudahkan pelancong dan pelawat untuk berkunjung ke Malaysia, Kerajaan akan melaksanakan e-Visa menjelang pertengahan 2016.

95. Seterusnya, bagi mengambil peluang atas kedudukan Ringgit, kini, dan usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, pengecualian cukai pendapatan sedia ada sebanyak 100 peratus daripada pendapatan berkanun diberikan kepada pengusaha pelancongan dilanjutkan mulai tahun taksiran 2016 sehingga tahun taksiran 2018.


Tuan Yang Dipertua,

96. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian, adalah sumber makanan negara dan merupakan tempat pergantungan pendapatan bagi petani, pesawah dan nelayan.

97. Sehubungan ini, 5.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara program yang akan dilaksanakan:

Pertama>: 450 juta ringgit bagi pelbagai program berimpak tinggi seperti program penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran serta geran pemadanan dan penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar;

Kedua: 180 juta ringgit bagi menaiktaraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu

Ketiga: 190 juta ringgit kepada FAMA, bagi tujuan Program Penurunan Harga, dengan menambah 50 buah lagi Pasar Tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia atau ABR1M yang baru. 40 peratus daripada barang jualan ABR1M, adalah barang-barang basah seperti ikan dan sayur yang harganya, dianggarkan 5 hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran; dan

Keempat: 90 juta ringgit diperuntukkan untuk Program Pembangunan Agropreneur Muda dalam bentuk geran in-kind, Dana Pembiayaan Usahawan, penjenamaan semula MARDI, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan; serta pelaksanaan Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung.

98. Dalam mengolah dasar sesuai dengan keadaan ekonomi terkini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai bagi aktiviti pengeluaran bahan makanan dilanjutkan
sehingga 2020. Insentif yang disediakan adalah seperti berikut:

Pertama: Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan, akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan yang dibuat;

Kedua: Syarikat yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus selama 10 tahun; dan

Ketiga: Syarikat sedia ada yang menjalankan projek pembesaran pula, juga diberikan insentif yang sama untuk tempoh 5 tahun.

99. Skop insentif juga akan diperluas kepada ternakan rusa, tanaman cendawan, kelapa, rumpai laut, lebah madu dan kelulut serta tanaman makanan ternakan
seperti ubi keledek dan ubi kayu.


Tuan Yang Dipertua,

100. Sehubungan dengan tindakan-tindakan tadi, Kerajaan akan melipat-gandakan sokongan untuk memperkukuhkan eksport negara.

101. Dengan itu, 235 juta ringgit diperuntukkan kepada MATRADE, untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport.

102. MATRADE dan SME Corp juga akan meningkatkan keupayaan PKS dan syarikat peringkat pertengahan atau mid-tier, untuk mengeksport barangan dan perkhidmatan ke luar negara.

103. Seterusnya, bagi mempelbagaikan penggunaan matawang asing untuk urusan perdagangan pula, Bank Negara Malaysia menyediakan kemudahan credit swap Ringgit-Renminbi kepada bank tempatan.

104. Pada masa ini, PKS boleh menuntut pengecualian cukai pendapatan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada nilai peningkatan eksport. Untuk terus meningkatkan eksport, PKS diberi kelonggaran mematuhi syarat nilai tambah iaitu 30 peratuskepada 20 peratus, dan 50 peratus kepada 40 peratus bagi produk perkilangan. Kelonggaran ini akan diberikan bagi tahun taksiran 2016 hingga 2018.

105. Bagi menggalakkan perkhidmatan penilaian dan pematuhan piawaian antarabangsa dilakukan di dalam negara, Kerajaan akan memberi galakan untuk penubuhan Independent Conformity Assessment Bodies atau ICAB.


Tuan Yang Dipertua,

106. Setakat hari ini, Malaysia telah menandatangani 13 perjanjian perdagangan bebas atau FTA iaitu 6 secara serantau melalui ASEAN dan 7 secara dua hala.

107. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, di mana jumlah dagangan adalah sekitar 150 peratus melebihi KDNK, Kerajaan telah menerima secara prinsipnya, Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau TPP. Walaubagaimanapun, pertimbangan secara muktamad akan dibuat di Parlimen kelak.


Tuan Yang Dipertua,

108. KEUTAMAAN KEDUA: MENINGKATKAN PRODUKTIVITI, INOVASI DAN TEKNOLOGI HIJAU. Lonjakan inovasi dan kreativiti adalah kritikal untuk meningkatkan produktiviti kita. Penggunaan teknologi hijau akan turut membantu melestarikan sumber-sumber asli negara.

109. Oleh yang demikian, Kerajaan mensasarkan pertumbuhan produktiviti buruh sebanyak 3.7 peratus setahun melalui:

110. Langkah Satu: Bagi menjadikan negara sebagai hab teknologi yang kompetitif di rantau ini, 1.5 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

111. Lantaran, 2016 akan diisytiharkan sebagai Tahun Pengkomersilan Malaysia, dalam melonjakkan hasil produk R&D oleh institusi penyelidikan tempatan. Maka, inisiatif- inisiatif berikut akan dilaksanakan:

Pertama: PKS yang membuat perbelanjaan untuk projek R&D sehingga 50 ribu ringgit bagi setiap tahun taksiran, layak menuntut potongan cukai dua kali secara automatik. Kemudahan ini diberikan bagi tahun taksiran 2016 sehingga 2018;

Kedua: 100 juta ringgit kepada Agensi Inovasi Malaysia;

Ketiga: 200 juta ringgit di bawah Skim Dana Lonjakan Teknologi dan Inovasi oleh Malaysia Debt Ventures Bhd;

Keempat: 35 juta ringgit kepada MaGIC, sebagai Peneraju Hab Keusahawanan dan Inovasi Serantau, termasuk 10 juta ringgit sebagai dana permulaan untuk Corporate Entrepreneurs Responsibility Fund;

Kelima: 30 juta ringgit untuk pelbagai program keusahawanan generasi muda seperti Global Entrepreneurship Community, BAHTERA, GREAT, 1MET, National Innovation Competition serta Projek Perintis Coding di sekolah; dan

Keenam: Bagi menggiatkan aktiviti demand driven innovation, pada tahun 2016, Kerajaan akan memperuntukkan 50 juta ringgit untuk Public-Private Research Network.


Tuan Yang Dipertua,

112. Langkah Dua: Bagi mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sektor pembinaan, Kerajaan akan menggalakkan lagi penggunaan teknologi Industrialised Building System atau IBS. Sehubungan itu, Kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat menggunapakai teknologi IBS.

113. Bagi tujuan ini, dana khas IBS Promotion Fund sebanyak 500 juta ringgit disediakan melalui SME Bank, sebagai pinjaman mudah kepada pemaju dan kontraktor kategori G5 dan ke bawah.

114. Langkah Tiga: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan melaksanakan pelbagai usaha teknologi hijau termasuk penyediaan bekalan air bersih, melalui pembinaan loji rawatan air, dengan peruntukan 877 juta ringgit. 515 juta ringgit pula, diperuntukkan bagi meningkatkan mutu bekalan elektrik di Sabah.

115. Kerajaan turut mensasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sehingga 40 peratus KDNK pada tahun 2020, melalui:

Pertama: Pelaksanaan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik termasuk proses audit tenaga dengan peruntukan 45 juta ringgit;

Kedua: Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari atau SEDA melaksanakan Skim Pemeteran Tenaga Bersih, dengan kuota 100 MW setahun, dalam menggalakkan penggunaan solar photovoltaic; dan

Ketiga: Melanjutkan tempoh pelaksanaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau sehingga 31 Disember 2017, dengan dana sebanyak 1.2 bilion ringgit.


Tuan Yang Dipertua,

116. KEUTAMAAN KETIGA: MEMPERSIAGA MODAL INSAN. Perkara ini amat kritikal untuk masa depan negara. Justeru Kerajaan akan mengambil langkah-langkah seperti:

117. Langkah 1: Di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, sebanyak 41.3 bilion ringgit akan diperuntukkan pada 2016.

118. Antara lain, Kerajaan akan membina:
• 30 sekolah rendah;
• 27 sekolah menengah;
• 4 buah MRSM di Sik, Kedah, serta Ketereh, Tanah Merah, Kelantan, Bagan
Datoh, Perak; dan
• 5 buah Sekolah Berasrama Penuh di Alor Gajah, Melaka, Pendang, Kedah,
Segamat dan Ledang di Johor dan Jerantut, Pahang.

119. Untuk peringkat kelas prasekolah pula, 44.6 juta ringgit diperuntukkan untuk pelbagai program di 9,113 buah kelas seluruh Malaysia.


Tuan Yang Dipertua,

120. Untuk meningkatkan Penguasaaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, 135 juta ringgit diperuntukkan bagi program Memartabat Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris.

121. Oleh kerana, Bahasa Inggeris amat penting dalam persaingan global semasa, maka dua lagi inisiatif, iaitu Dual Language Programme dan Highly Immersive Programme akan dilaksanakan secara optional dengan kos 38.5 juta ringgit. Dalam hal ini, 300 buah sekolah telah dikenal pasti sebagai projek perintis.

122. Bagi meringankan tanggungan ibubapa untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak, bantuan 100 ringgit akan diteruskan. Mulai Januari 2016, ia hanya dikhususkan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapatan 3 ribu ringgit ke bawah. Ini memanfaatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan 350 juta ringgit.

123. Selain itu, program rancangan makanan tambahan yang melibatkan 550 ribu pelajar dari keluarga miskin yang tersenarai dalam eKasih akan ditambah baik.

124. Program ini, yang sebelumnya hanya tertakluk kepada makanan waktu rehat, akan diperluaskan dengan kos tambahan 173 juta ringgit untuk sarapan pagi. Kos keseluruhan program ini sebanyak 423 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,

125. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kerajaan juga terus menyediakan peruntukan untuk membangunkan dan menyelenggara Fasiliti Pendidikan untuk Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil; Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh; Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; MRSM; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Cina atau Conforming School yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan. Peruntukan bagi tujuan ini, keseluruhannya berjumlah 500 juta ringgit.

126. Langkah Dua: Pembiayaan biasiswa diteruskan dengan agihan, antaranya seperti berikut:
• 1.65 bilion ringgit melalui Jabatan Perkhidmatan Awam;
• 288 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan;
• 250 juta ringgit melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; dan
• 258 juta ringgit melalui Kementerian Kesihatan.

127. Selanjutnya, dalam menggalakkan lagi pendidikan tinggi, sukacita saya umumkan, had maksima pelepasan cukai ke atas yuran pengajian pendidikan tinggi bagi pembayar cukai individu, dinaikkan kepada 7 ribu ringgit daripada 5 ribu ringgit setahun.

128. Ini dilengkapkan lagi dengan penerusan Program Baucar Buku 1Malaysia yang bernilai 250 ringgit, bagi 1.2 juta pelajar. Untuk mengelakkan salah guna baucar ini, kaedah penebusan akan diperkemaskan hanya di kedai-kedai buku yang diiktiraf.


Tuan Yang Dipertua,

129. Langkah Tiga: Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan pekerja, kita mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu, adalah pekerja berkemahiran TVET menjelang 2020. Sejumlah 4.8 bilion ringgit diperuntukkan kepada 545 Institusi TVET di bawah Bajet ini.

130. Dalam usaha ini juga, MITI akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kemahiran Industri bagi menyelaras program TVET dengan kerjasama pihak industri.

131. Selain daripada itu, lebih 330 ribu pelatih akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini melalui antaranya program-program berikut:

Pertama: 585 juta ringgit untuk peralatan latihan TVET di Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, GiatMARA dan Kolej Vokasional;

Kedua: 350 juta ringgit untuk membiayai program di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran; dan

Ketiga: 80 juta ringgit untuk penubuhan Akademi Pelancongan di Kolej Komuniti Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian Serian, Sarawak.


Tuan Yang Dipertua,

132. Langkah Empat pula, berkenaan Memperkasa Belia, Komuniti dan NGO. Bagi langkah ini, Bajet 2016 memperuntukkan 930 juta ringgit kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi inisiatif berikut:

Pertama: 280 juta ringgit untuk latihan teknikal dan vokasional di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara;

Kedua: 50 juta ringgit untuk meningkatkan aktiviti pembangunan belia dalam kegiatan ekonomi dan keusahawanan;

Ketiga: 145 juta ringgit untuk mempersiapkan atlet negara untuk menghadapi cabaran Sukan SEA ke 29, dan Sukan Para ASEAN ke 9 pada tahun 2017 di Kuala Lumpur;

Keempat: 75 juta ringgit untuk terus melahirkan jaguh sukan bertaraf dunia melalui Program Pembangunan Podium Sukan Elit;

Kelima: 22 juta ringgit untuk membina 2 Kompleks Sukan di Bagan Datoh dan Kuantan; dan

Keenam: 360 juta ringgit untuk menambahbaik Program Latihan Khidmat Negara bagi 20 ribu pelatih. Ia melibatkan kurikulum baru seperti kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran teknikal.

133. Akhir sekali, 160 juta ringgit disediakan untuk NGO-NGO, bagi melaksanakan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kesihatan dan keselamatan.


Tuan Yang Dipertua,

134. Langkah Lima, memfokus kepada Kualiti Tenaga Kerja.Bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja, program seperti berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta Outplacement Centre bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan; dan

Kedua: Melatih 15 ribu peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M dengan kos 250 juta ringgit yang akan dibiayai sepenuhnya oleh GLC.


Tuan Yang Dipertua,

135. Untuk Menambahbaik Pengurusan Tenaga Kerja Asing pula, sebanyak 77 juta ringgit akan diperuntukkan oleh PSMB bagi menjalankan program seperti Train & Replace dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan.


Tuan Yang Dipertua,

136. Kerajaan terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta. Ini termasuklah di peringkat Lembaga Pengarah; dan Kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini.


Tuan Yang Dipertua,

137. KEUTAMAAN KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA. Perlu saya tegaskan, bahawa pemerkasaan Bumiputera adalah agenda nasional dan ini tentunya, merangkumi pembangunan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

138. Sebanyak 150 juta ringgit disalurkan kepada TERAJU untuk pelaksanaan pelbagai program termasuk Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi

139. 150 juta ringgit diperuntukkan kepada Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk melaksanakan program Peneraju Tunas, Peneraju Profesional serta Peneraju Skil dan Iltizam.

140. Manakala, kepada MARA pula, diperuntukkan 3.7 bilion ringgit, termasuk menaja pengajian 72 ribu pelajar Bumiputera di peringkat pendidikan tinggi.

141. Bagi memantapkan pemilikan ekuiti serta memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera, peruntukan akan diberikan seperti berikut:

Pertama: 400 juta ringgit kepada Dana Ekuiti Nasional Berhad atau EKUINAS;

Kedua: 250 juta ringgit kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad;

Ketiga: 150 juta ringgit kepada Pelaburan Hartanah Berhad; dan

Keempat: 100 juta ringgit sebagai pinjaman kepada UDA Holdings untuk tujuan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur.


Tuan Yang Dipertua,

142. Manakala, untuk agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak, langkah-langkah berikut akan dilaksanakan:

Pertama: Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1,090 km, dijangka siap sepenuhnya pada 2021 dengan anggaran kos sebanyak 16.1 bilion ringgit.

Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini, akan mula dibina pada 2016 meliputi 706 kilometer, bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos 12.8 bilion ringgit. Sukacitanya saya berkongsi sekali lagi, Lebuhraya Pan Borneo ini akan bebas daripada sebarang bayaran tol;

Kedua: Pengangkutan penumpang udara merupakan antara mod utama pengangkutan bagi penduduk pedalaman, di Sabah dan Sarawak serta Labuan. Maka, perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Rural Air Services dikecualikan daripada GST;

Ketiga: Sebagai satu program baru, 70 juta ringgit disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah-rumah panjang dengan had pinjaman 50 ribu ringgit untuk setiap unit di rumah panjang;

Keempat: 70 juta ringgit sebagai subsidi baja padi huma disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma, yang meliputi kawasan seluas 65 ribu hektar di Sarawak, dan 11 ribu hektar di Sabah;

Kelima: 260 juta ringgit disediakan untuk Program 1Harga 1Sarawak dan Program 1Harga 1Sabah bagi memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara;

Keenam: 115 juta ringgit disediakan khusus bagi Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak, seperti untuk projek native customary rights, yang merangkumi prosedur-prosedur pemetaan dan pengukuran tanah-tanah adat, serta melibatkan kos membina native courts, atau mahkamah-mahkamah adat. Bagi projek native customary rights, 20 juta daripada jumlah tersebut untuk pemetaan tanah di Sabah, dan 30 juta ringgit pula, untuk tujuan yang sama di Sarawak; dan


Ketujuh: Meningkatkan perkhidmatan Klinik Bergerak 1Malaysia di pendalaman Sabah dan Sarawak, termasuk pembelian bot dan kenderaan baru.

Tuan Yang Dipertua,

143. KEUTAMAAN KELIMA: MERINGANKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT. Hal ini, adalah amat dekat di hati saya dan Kerajaan. Makanya, pelbagai inisiatif akan dilakukan melalui:

144. Langkah Satu: Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah B40, di mana:

Pertama: TEKUN akan menyediakan 600 juta ringgit yang meliputi 500 juta ringgit untuk usahawan Bumiputera, dan 100 juta ringgit untuk 10 ribu usahawan India, melalui Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India. Selain itu, 50 juta ringgit disediakan oleh SME Bank untuk membantu usahawan kecil India;

Kedua: Tambahan 200 juta ringgit kepada dana sedia ada untuk Amanah Ikhtiar Malaysia, bagi kemudahan pembiayaan mikro kepada isi rumah B40;

Ketiga: 100 juta ringgit disediakan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India yang melibatkan kerjasama NGO dengan Institut Latihan Kemahiran Swasta;

Keempat: Tambahan 90 juta ringgit sebagai pinjaman mikro kredit kepada penjaja dan peniaga-peniaga kecil kaum Cina yang termasuk 50 juta ringgit untuk KOJADI.

Seterusnya, 40 juta ringgit bagi melaksanakan projek infrastruktur dan program pinjaman mudah kepada penduduk kampung-kampung baru Cina bagi pembayaran premium tanah dan membaik pulih rumah;

Kelima: 50 juta ringgit kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya serta Program Peningkatan Pendapatan. Melalui kedua-dua program ini, peserta akan mendapat manfaat latihan kemahiran dan juga bantuan berbentuk aset serta bahan mentah; dan

Keenam: Menyediakan 100 juta ringgit kepada Institusi Latihan Kemahiran Swasta dan NGO bagi meningkatkan kemahiran B40 untuk mereka mendapat pekerjaan atau memulakan perniagaan.

Tuan Yang Dipertua,

145. Sejak dulu lagi, Kerajaan ini sungguh prihatin terhadap kebajikan dan kemajuan masyarakat Orang Asli. Untuk ini, sebanyak 300 juta ringgit disediakan
bagi melaksanakan:

Pertama: Pembangunan Perkampungan Bersepadu antaranya di Sungai Siput, Perak yang merangkumi pembinaan jalan perhubungan, penyediaan bekalan elektrik dan air terawat dengan peruntukan 80 juta ringgit;

Kedua: Bantuan makanan tambahan, wang saku dan tambang pengangkutan sekolah sebanyak 45 juta ringgit; dan

Ketiga: Projek pembangunan ladang getah dan kelapa sawit serta tanaman kontan, menerusi Projek Pembangunan Ekonomi Orang Asli sebanyak 25 juta ringgit.

146. Untuk golongan B40 lagi, program eRezeki dan eUsahawan akan diperluaskan ke seluruh negara, untuk menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan mereka. Kerajaan mensasarkan 100 ribu dari kalangan B40 mendapat manfaat dengan peruntukan sebanyak 100 juta ringgit, yang disediakan oleh Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia.


Tuan Yang Dipertua,

147. Untuk Golongan Pesawah, Pekebun Kecil dan Penoreh Getah pula, Bajet kali ini menyediakan 852 juta ringgit kepada RISDA dan FELCRA untuk melaksanakan pelbagai program peningkatan pendapatan dan produktiviti.

148. Kerajaan bercadang menambahbaik Insentif Pengeluaran Getah atau IPG. Untukini, sukacita saya umumkan, paras pengaktifan IPG dinaikkan daripada 4 ringgit 60 sen, kepada 5 ringgit 50 sen sekilogram, bagi getah SMR20 Freight On Board. Bagi getah skrap atau cuplumps di peringkat ladang pula, dinaikkan daripada 1 ringgit 75 sen, kepada 2 ringgit 20 sen sekilogram.

149. Sebagai ilustrasi, berdasarkan purata pengeluaran 250 kilogram sebulan bagi setiap hektar, pemilik kebun seluas 2 hektar dijangka mampu meraih
pendapatan seribu ringgit sebulan. Ini adalah pada harga pasaran getah skrap 2 ringgit sekilogram.

150. Kini, dengan bayaran tambahan IPG sebanyak 20 sen bagi setiap kilogram, pendapatan keseluruhan pemilik kebun tersebut akan meningkat kepada 1,100 ringgit sebulan.


Tuan Yang Dipertua,

201. Pokoknya,… bagi Kerajaan ini,… rakyat adalah segala-galanya. Khabar bahagia sudahpun tiba. Maka, ingin saya umumkan, berkuatkuasa 1 Julai 2016, gaji minimum negara dinaikkan daripada 900 ringgit kepada 1,000 ringgit sebulan bagi Semenanjung, dan daripada 800 ringgit kepada 920 ringgit sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Gaji minimum ini melibatkan semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah.


Tuan Yang Dipertua,

202. Tidak cukup sekadar itu,… bagi meringankan beban kos sara hidup kepada semua penjawat awam, Kerajaan bersetuju dengan pemberian khas sebanyak 500 ringgit kepada semua penjawat awam.

203. Manakala, bagi 700 ribu pesara Kerajaan pula, bayaran khas 250 ringgit disediakan. Kedua-dua bayaran ini, yang berjumlah hampir 1 bilion ringgit akan dibuat pada bulan Januari 2016.


Tuan Yang Dipertua,

204. Demikianlah, Kerajaan ini tanpa jemu-jemu dan putus-putus ingin membuat kebaikan dan kebajikan kepada sekalian rakyat. Sejak dulu, kesemuanya tidak terbina dengan mudah atau dalam sekelip mata. Ia menuntut kesungguhan dan pengorbanan atas nama kebaktian pada nusa dan bangsa.

205. Lalunya, berbicara tentang betapa susah dan jerih payahnya membina Malaysia tercinta ini,… kita berasa kesal, bahkan sebenarnya, kita amat-amat kesal, dengan tindak-tanduk tidak bertanggungjawab oleh musuh dari dalam, mahupun luar, yang cuba mempalit dan merosakkan imej negara ini.

206. Pada kita,… perbuatan segelintir pihak ini, akan hanya memporak-perandakan, sampai boleh memusnahkan apa yang terbina selama ini.

207. Waima, wujud sesetengah orang, yang kita sendiri kadang-kadang tidak tersangka-sangka, atau terduga-duga, ibarat api di dalam sekam,…menjadi gunting dalam lipatan.


Tuan Yang Dipertua serta Rakyat Malaysia Yang Dikasihi sekalian,…

208. Dalam menghela nafas keinsafan, saya perakui,… benarlah saya ini seorang pemimpin, tetapi saya juga manusia biasa seperti saudara saudari sekalian. Kita sama-sama ada kelebihan dan kelemahan di sana sini.

209. Sayugia,… sambil merujuk-rujuk mafhum tafsir daripada surah Yusuf, bahawa,… Tuhan tidak menyuruh kita berhenti dari berusaha,… Tuhan juga tidak benarkan kita sesekali berputus asa dari rahmatNya,… dan apatah lagi sesungguhnya,… Tuhan juga tetap menjanjikan kepada hamba-hambanya yang berislah dan beriltizam, bahawa,… kejayaan pasti menjelma jua.

210. Sebab itu,… Tuan yang Dipertua,… sudah menjadi adat orang berjuang, pasti akan menempuh rintangan dan dugaan. Namun,… biar pun berjuta gugatan menghalang, biar menggunung ombak mendatang, kita,…kita tidak akan sesekali berputus harapan.

211. Kini,…Tuan Yang Dipertua, saya,… bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,… berserta anggota pentadbiran dan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional,… sehati sejiwa,… akan tetap tabah dan bertawakal meneruskan perjuangan yang mulia ini.

212. Nescaya, dengan dipersaksikan masa dan dineraca oleh waktu,… yang benar tetap benar,… sejarahnya kelak menjadi bukti.

213. Akhir kalam,… bak kata para hukama’,… yang indah-indah itu dari Ilahi dan yang kurang itu sifat insani. Marilah kita berdoa kepada Maha Pencipta, agar tiap sesuatu akan kembali pulih seperti sediakala. Semoga Bajet ini dilimpah-limpah Rahmat-Nya dan membawa sentosa kepada semua.


Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Rabu, 21 Oktober 2015

Ayat Pendinding Penyakit

Menurut Ustaz Sharhan Shafie, Ayat ke 44 dari surah Surah Fussilat boleh dijadikan pendinding sebagai benteng dari penyakit fizikal atau penyakit spiritual.


Surah Fussilat Ayat 44

Bismillahhirrohmaanirrohiim. Qulhualillaziina aa manuuhudawwasyifa'


Selamat Beramal...

Isnin, 14 September 2015

Semakan Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Di Malaysia

Semakan Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu Di Malaysia

Kenal pasti kawasan Jerebu di Malaysia dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia.


Untuk lihat semakan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh kawasan Malaysia layari laman;

http://apims.doe.gov.my/apims/hourly3.php

Paparan apims.doe.gov.my adalah seperti dibawah.



http://apims.doe.gov.my/v2/index.php

Paparan adalah seperti dibawah.



http://aqicn.org/city/all/#Malaysia

Paparan adalah seperti dibawah.

http://aqicn.org/city/kuala-lumpur/


Bagi pengguna Andriod boleh dapatkan aplikasi Indeks Pencemaran Udara Malaysia  / Malaysia Air Pollution Index, iaitu;

MyIPU
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.doe.myipu.app
Dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia.





MY Haze - Malaysia Air Pollutant Index
https://play.google.com/store/apps/details?id=air.Haze
Dibangunkan oleh Ezymobile



API MY
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.fenapps.android.myapi1
Dibangunkan oleh FENAPPS




Doa Ketika Jerebu


Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dari angin dan cuaca ini dan kebaikan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diperintahkan dengannya, Dan kami memohon denganMu agar dijauhkan dari keburukan angin dan cuaca ini dan dari keburukan yang ada padanya dan keburukan yang diperintahkan dengannya.
Hadith Nabi riwayat Imam Muslim, Tirmizi, Ibnu Abi Syaibah dan selainnya



Jumaat, 11 September 2015

Aplikasi Mengembalikan File Yang Terdelete

Recover My Files - Mengembalikan file yang hilang
Recover My Files adalah program untuk mendapatkan semula fail yang hilang. Recover My Files membolehkan untuk memulihkan fail yang dikosongkan dari dalam bakul Recycle Bin, hilang akibat memandu format, dipadam oleh virus atau hilang disebabkan oleh kegagalan dalam sistem.



Program ini berfungsi dengan 300 jenis fail yang boleh dipadam semula e-mel, foto, muzik, video, dokumen dan arkib. Program ini tidak terlalu cepat untuk anda untuk mendapatkan peratusan yang tinggi fail semula.

Recover My Files mempunyai antara muka intuitif dan mudah untuk digunakan. Antara ciri-ciri utama Recover My Files:


  • Mendapatkan kembali fail dipadam dari dalam Recycle Bin
  • Mendapatkan kembali fail yang hilang kerana format cakera
  • Mendapatkan kembali fail dipadam oleh virus
  • Antara muka yang mudah dan intuitif
  • Supports NTFS, FAT(12/16/32), exFAT, HFS, HFS+
  • Recover fail daripada cakera keras, kad kamera, USB, Zip, cakera liut, iPod, peranti Android, dan media lain.


ATAU 



Jumaat, 4 September 2015

Kelebihan Samsung Galaxy Note 5


Kini secara rasmi Samsung galaxy note 5 telah berada dalam pasaran. Samsung Malaysia Electronics melancarkan dua model telefon pintar terbaharunya, Samsung Galaxy Note5 dan Galaxy S6 edge+ bagi pasaran Malaysia.

Kedua-dua peranti itu mempunyai ciri utama seperti teknologi skrin terbaik, kamera paling maju untuk kualiti gambar dan video yang tinggi, pengecas cepat tanpa wayar terbaharu dan berwayar serta pemproses yang kuat.

Lazada Malaysia

Galaxy Note5 dijual pada harga RM2,699 seunit termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu emas platinum dan putih mutiara.

Kelebihan Samsung Galaxy Note 5

  • Skrin lebar 5.7 inci dengan kualiti IPS Capasitif Touchscreen sehingga sangat selesa pada masa multitasking
  • Dilengkapi dengan IP68 sehingga telefon pintar ini tahan terhadap debu dan Air mampu bertahan di kedalaman 1meter mampu bertahan sehingga 30 minit
  • Dilengkapi dengan Stylus PEN yang berfungsi untuk membantu persembahan
  • Dibekali kamera dengan resolusi tinggi iaitu 16 Ahli Parlimen dan 5 MP serta mampu merakam dengan kualiti 1080p @ 30fps.
  • Menggunakan android terbaru iaitu v 5.1 Lolipop.
  • Bateri dengan kapasiti besar iaitu 4500 mAh sehingga mampu bertahan lama pada saat digunakan.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Kajian Tentang Rokok Elektronik (Vape)


Kajian yang dilakukan oleh Public Health England (PHE) itu mendapati bahawa menyedut wasap (vaping) e-rokok adalah 95 peratus kurang berbahaya berbanding menghisap rokok biasa.

Pakar Perunding Respiratori Institut Perubatan Respitori Prof Datuk Dr Abdul Razak Mutallif melihat perbezaan ketara antara rokok dan vape adalah kewujudan tar yang membahayakan kesihatan.

"Kalau rokok biasa (tembakau) ini ada dua kandungan penting iaitu nikotin dan tar. Sebenarnya yang bahaya itu adalah tar yang menyebabkan kanser paru-paru, kanser buah pinggang, sakit jantung dan sebagainya.

"Bagi nikotin, fungsinya hanya ada satu sahaja, untuk menyebabkan ketagihan. Jadi kalau berbanding rokok, e-rokok memang ada kebaikan kerana ia tidak mengandungi tar, hanya nikotin sahaja dan kandungan lain seperti formaldehid, glikol dan perisa," jelasnya.  - http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-vaping-95-peratus-lebih-selamat-berbanding-rokok-pakar-68756


UK study endorses "game-changing" e-cigarettes for first time

LONDON  - Health officials in Britain have for the first time endorsed e-cigarettes, saying they are 95 percent safer than tobacco equivalents and even suggesting doctors should be able to prescribe the "game-changing" devices to smokers trying to quit.

E-cigarettes, which allow users to inhale nicotine-laced vapour but contain no tobacco, have surged in popularity in recent years but health bodies have so far been wary of advocating them as a safer alternative.

Governments from California to India have tried to regulate their use more strictly, many fearing they are a gateway to tobacco smoking among teenagers, and the World Health Organization has also called for curbs on the devices.

But in a study published on Wednesday, Public Health England (PHE) an agency of Britain's Department of Health, backed their use.

"E-cigarettes are not completely risk-free but when compared to smoking, evidence shows they carry just a fraction of the harm," said PHE's Professor Kevin Fenton in a statement.

The study said that since most of the chemicals that cause smoking-related diseases are absent in e-cigarettes, with the current best estimate that e-cigarette use is around 95 percent less harmful to health than smoking, governments should offer them to people looking to quit.

While e-cigarettes do contain nicotine, an addictive drug, it is not nicotine that kills smokers but rather chemicals in the tar found in the smoke.

Although British doctors and stop-smoking services cannot currently prescribe e-cigarettes as none of the products on the market is licensed for medicinal purposes, the report's authors hope that hurdle will be removed.

"Given the potential benefits as quitting aids, PHE looks forward to the arrival on the market of a choice of medicinally regulated products that can be made available to smokers by the NHS on prescription," the report said.


CONTRADICTIONS

The publicly funded study goes against a 2014 report by the World Health Organization that called for stiff regulation of e-cigarettes and bans on their indoor use and sale to minors.

It also contradicts the findings of researchers from the University of Southern California who said this week that U.S. teens who tried electronic cigarettes might be more than twice as likely to move on to smoking conventional cigarettes as those who have never tried the devices.

The British study said e-cigarettes, which are already the most popular quitting aids in Britain and the United States, could be a cheap way to reduce smoking in deprived areas, which still have a high proportion of smokers.

"E-cigarettes could be a game-changer in public health in particular by reducing the enormous health inequalities caused by smoking," said Professor Ann McNeil, who helped author the study.

The study criticised media campaigns that have called e-cigarettes equally or even more harmful than smoking that could serve as a gateway to tobacco cigarettes among teenagers.

"There is no evidence that e-cigarettes are undermining England's falling smoking rates," McNeil said.

"Instead the evidence consistently finds that e-cigarettes are another tool for stopping smoking and in my view smokers should try vaping, and vapers should stop smoking entirely," she added.

Almost all of the 2.6 million adults using e-cigarettes in Britain are current or ex-smokers who are using the devices to help them quit and only 2 percent of young people are regular users, the study said.

WELCOME FROM CAMPAIGNERS

Public health charities welcomed the study's attempt to clear up the facts behind e-cigarettes.

"There are still nearly 8 million smokers in England, many of whom would benefit from switching to electronic cigarettes, but who may have been put off doing so because of unfounded health concerns," the British charity Action on Smoking and Health said in a statement.

"If every smoker switched overnight to electronic cigarettes many hundreds of thousands of premature deaths would be prevented in the years to come,” it said.

The global tobacco industry sells about 5.7 trillion cigarettes a year, but is seeing that number shrink due to increased health consciousness, weak consumer spending and higher taxes, as well as competition from cheap black-market packs and e-cigarettes.

The four international big tobacco firms – Philip Morris International, British American Tobacco, Imperial Tobacco Group and Japan Tobacco - have all invested in e-cigarettes as a way to diversify revenue.

Imperial Tobacco has applied to UK health regulators for its Puritane e-cigarette to be licensed as a medical device, which would allow it to make claims related to health or smoking cessation. BAT's Voke, an inhaler but not an e-cigarette, already has approval.

Calling the study an "incredibly important milestone", a BAT spokesman acknowledged the risk posed by chemicals found in cigarette smoke and said increasing sales of e-cigarettes would greatly benefit their customers' health.

E-cigarette sales, concentrated in markets such as Britain, France and the United States, are growing but exact figures are difficult to track, because many purchases occur online or in independent "vape shops".

Wells Fargo analyst Bonnie Herzog thinks they will outsell cigarettes over the next decade.
Another analyst, Phil Gorham at Morningstar, said he expected the British PHE's endorsement of e-cigarettes to give a further boost to their popularity and that the industry could be close to a tipping point as it turns away from its traditional tobacco market. - http://www.cnbc.com/2015/08/19/reuters-america-update-1-uk-study-endorses-game-changing-e-cigarettes-for-first-time.html



Britain's Public Health: Doctors should prescribe e-cigarettes to smokers

LONDON: E-cigarettes should be prescribed to smokers to help them quit the habit, British public health experts recommended in a study on Wednesday.

The study commissioned by health authority Public Health England (PHE) found that so-called "vaping" of electronic cigarettes was 95% less dangerous than smoking traditional tobacco cigarettes.

The battery-powered devices, which simulate the feeling of smoking but with nicotine inhaled in a vapour, could be a "game changer in public health", according to study co-author Professor Ann McNeill of King's College London.

Smoking is the leading cause of preventable deaths in England, accounting for over 80,000 a year, according to the National Health Service. Just under one in five of Britain's population smoke.

"Smoking remains England's number one killer and the best thing a smoker can do is to quit completely," said Professor Kevin Fenton, director of health and well-being at PHE.

"E-cigarettes are not completely risk-free but when compared to smoking, evidence shows they carry just a fraction of the harm," he said.

Vaping is less common than traditional smoking, with an estimated 2.6 million people in Britain using electronic cigarettes.

Currently, none of the devices are licensed for medicinal purposes in Britain, meaning doctors cannot recommend them to patients.

But the study found that contrary to public perceptions, e-cigarettes did not endanger health in the same way as traditional tobacco cigarettes.

"My reading of the evidence is that smokers who switch to vaping remove almost all the risks smoking poses to their health," said Professor Peter Hajek of Queen Mary University, another co-author.

The experts also said that there was no evidence so far that e-cigarettes were a route into smoking for children or non-smokers.

However, a US study of California high school students released Tuesday found those who tried e-cigarettes were more likely to also try traditional cigarettes or cigars. - http://www.thestar.com.my/News/World/2015/08/20/ecig-less-harmful/


Cetus budaya tidak sihat-Utusan Malaysia
Vape bukan penyelesaian terbaik kawal ketagihan rokok

Penggunaan vape dalam kalangan masyarakat semakin menular terutamanya kepada golongan muda kerana dikatakan mampu mengawal ketagihan merokok.

Namun, penggunaannya dilihat seakan-akan seperti ‘wabak’ kerana mereka yang tidak merokok juga menjadikannya sebagai lambang status sosial dan ikutan daripada orang sekeliling.

Walaupun tidak ada peraturan khusus dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan buat masa ini dan terdapat percanggahan pendapat oleh pengamal perubatan, ulama dan individu, pengguna vape digesa menghentikan tabiat menghisap bahan tersebut sehingga status penggunaannya di negara ini dikeluarkan.

Vape atau secara umumnya dikenali sebagai rokok elektronik (e-rokok) merupakan sejenis alat elektronik yang terdiri daripada bateri, alat pemanas, alat penakung cecair dan corong untuk menghisap. Apabila pengguna menghisap e-rokok ini, alat pemanas akan diaktifkan dan menyebabkan cecair di dalam penakung ini mengalami proses pengewapan tanpa sebarang proses pembakaran.

Lazimnya, cecair yang digunakan di dalam penggunaan alat e-rokok ini mengandungi air, propanol glycol ataupun glycerine, perasa dan juga nikotin. Perkataan vape pula adalah daripada perkataan vapour atau proses pengewapan yang keluar akibat daripada pemanasan cecair di dalam takungan yang disebutkan.

Menurut Pakar Ketagihan Merokok, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, penggunaan vape yang kini sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat negara ini, dilihat sebagai bukan kaedah yang terbaik bagi seseorang untuk berhenti me­rokok.
Ujarnya, sepuntung rokok mengandungi enam hingga 12 miligram nikotin tetapi hanya satu ke dua miligram nikotin yang diserap, sebaliknya di dalam cecair e-rokok yang masih tiada sukatan peraturan yang ditetapkan, jumlah nikotin adalah berbeza-beza di antara enam hingga 24 miligram.
“Kami masih belum mengetahui status sebenarnya, dalam proses pengewapan berbanding dengan proses pembakaran, berapakah jumlah nikotin yang akan diserap oleh individu yang menghisap vape. Pada masa sama, tanpa apa-apa pengawalan, jumlah nikotin yang tertera di bekas cecair e-rokok (jika ada) tidak semestinya sama dengan jumlah yang dimasukkan di dalam cecair yang dijual.

“Bagaimanapun, kajian oleh rakan seperjuangan saya di Amerika Syarikat, Profesor DiFranza, menunjukkan bahawa dengan menghisap satu rokok (1-2mg nikotin) boleh menyebabkan seseorang individu ketagihan seumur hidup.

“Maka e-rokok yang mengandungi nikotin boleh menyebabkan proses yang sama dalam jangka masa pendek dan panjang, akan tetapi kami masih mengharapkan lebih banyak kajian yang terperinci mengenainya,” katanya.

Ujar Dr. Amer Siddiq lagi, bagi pengguna rokok yang pada amnya menagih nikotin, penggunaan alatan ini mungkin lebih selamat memandangkan e-rokok tiada elemen pembakaran dalam prosesnya dan tidak timbul isu penggunaan tar.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa e-rokok mempunyai potensi untuk membantu penagih nikotin dari rokok biasa untuk berhenti, akan tetapi ada juga kajian yang menunjukkan bahawa penggunaannya yang diselang-selikan dengan merokok secara biasa maka proses berhenti selamanya tergendala.

Namun, bagi mereka yang telah diklasifikasikan sebagai perokok tegar, kebimbangan yang ada adalah dari segi peralatan dan cecair yang digunakan, kerana kedua-duanya tidak mempunyai jaminan keselamatan.

“Risiko jangka masa panjang bagi sedutan wap ini masih kurang kajiannya memandangkan penggunaan e-rokok ini boleh dikatakan baru beberapa tahun bermula, maka boleh dikatakan pengguna mengambil risiko sendiri.

“Kandungan cecair yang digunakan juga tidak mempunyai jaminan bahawa tidak dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti penggunaan ganja atau dadah amfetamin yang boleh dimasukkan sebagai campuran di dalam vape.

“Di Amerika Syarikat, kajian terbaru penggunaan ganja di sana menunjukkan bahawa 9.7 peratus didapati menggunakan ganja dengan cara vape dan ini tentunya membimbangkan memandangkan peralatan ini dijual dengan berleluasa di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, kewujudan pelbagai perisa dan bau vape berjaya menarik perhatian wanita dan pelajar sekolah untuk turut mencuba.

Lebih membimbangkan, beliau turut menerima aduan daripada beberapa pihak, iaitu sekolah dan ibu bapa yang menyatakan terdapat kes pengumpulan dana untuk membeli, mencuri duit untuk membeli dan penjualan alatan seperti e-shisha yang rupa dan penggunaannya sama seperti e-rokok.

Pendapatnya turut disokong oleh Pakar Perubatan Keluarga, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Rashidi Mohamad, yang berkata, kandungan vape yang diadun menjadi pelbagai perisa juga mengundang risiko sangat tinggi kerana pengguna tidak mengetahui bahan campuran yang digunakan.

“Pada masa sekarang penggunaan cecair e-rokok ini hanya berlandaskan kepercayaan pengguna kepada pembancuh. Tanpa sebarang peraturan, maka tiada jaminan akan kesahihan ramuan yang digunakan.

“Pada masa ini, belum ada akta dalam pengawalan e-rokok. Akta makanan yang melibatkan isu kawalan tembakau juga tidak boleh digunapakai selagi tidak digubal. Saya sangat mengharapkan penggubalan undang-undang dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam telah pun mengatakan akan adanya keputusan dalam masa dua bulan lagi,” katanya.

Ditanya mengenai penularan gejala ini kepada pelajar sekolah, beliau menyuarakan kebimbangan terhadap pendedahan nikotin kepada kanak-kanak yang boleh menyebabkan ketagihan.
“Ini adalah sama seperti pendedahan kepada nikotin dalam rokok. Dalam soal ini, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka tidak mengambil risiko yang boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa anak mereka.

“Program–program kesedaran di peringkat sekolah juga harus di perkenalkan supaya anak-anak kita tidak mudah dipengaruhi untuk berjinak dengan e-rokok,” ujarnya,

Saranan Dr. Rashidi kepada mereka yang mahu berhenti merokok, agar mendapatkan bantuan di klinik kesihatan atau klinik swasta yang menawarkan rawatan berhenti merokok dengan penggunaan ubat-ubatan seperti Terapi Penggantian Nikotin (NRT).

“Ubat-ubatan ini digunakan untuk mengurangkan simptom tarikan yang diikuti dengan bantuan kaunseling sepanjang tempoh program berhenti merokok.

“Terdapat banyak kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan NRT bersama-sama dengan bantuan kaunseling adalah yang terbaik untuk membantu seseorang berhenti merokok,” katanya. - http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/cetus-budaya-tidak-sihat-1.130461

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner