Taip Bahan Carian

Isnin, 27 Oktober 2014

Hukum Sengaja Pegang Anjing


Pendapat Ustaz-ustaz tentang hukum sengaja pegang anjing...




















Rabu, 22 Oktober 2014

15 Rahsia Buat Duit Dengan Google Adsense

Rahsia Buat Duit Dengan Google Adsense

Google Adsense adalah salah satu internet business yang telah diperkenalkan oleh Google Inc untuk anda menjana pendapatan dengan hanya memaparkan iklan advertiser diblog anda. Lihat pendapatan 5 Jutawan Adsense yang terkenal. Bila Iklan tersebut muncul di Blog atau website anda dan pelawat klik iklan tersebut, anda akan dibayar komisyen oleh Google Inc.  Walaupun Peluang Perniagaan Google Adsense Adalah Sah, Namun Kejayaan Anda Amat Bergantung Kepada Ilmu, Kemahiran, Usaha Sekaligus Kesanggupan Memperuntukkan Masa Untuk Mengikuti Setiap Panduan Yang Ditunjuk Ajarkan. Nah! 15 rahsia kejayaan buat duit dengan Google Adsense.

Rahsia Adsense Pertama: Format Ads
Pilih format ads yang sesuai. Anda boleh pilih banners,skyscrappers, squares, link dan sebagainya. Anda boleh melihatnya dan memilih di https://www.google.com/adsense/adformats.

Anda boleh meletakkan sehingga 3 ads pada satu page. Sebenarnya jika banyak ads tetapi tiada orang yang klik tiada gunanya. Pastikan pilihan ads adalah sesuai dengan laman web anda.


Rahsia Adsense Ke-2: Pastikan Ads tidak kelihatan seperti Ads
Orang melayari internet kebanyakannya ingin mencari maklumat bukan untuk klik iklan. Ads yang dimasukkan mestikan diubah suai agar boleh mengadaptasi dengan laman web. Kesilapan utama kebanyakan Publishers/webmaster meletakkan ads yang disediakan Google secara by default. Mereka langsung tidak mengubahnya agar kelihatan lebih menarik dan dapat mengadaptasi dengan laman web seperti warna latar dan text

Rahsia Adsense Ke-3: Gunakan Text Ads.
Pilih Text ads, kerana kebiasaannya orang takkan klik gambar. Gunakan ads text,orang pasti akan klik jika kelihatan link dari laman web anda.

Rahsia Adsense Ke-4: Rekabentuk
Bina laman web dengan menonjolkan Adsense. Jangan sembunyikan ads anda.Jangan letak ads ditempat yang tidak dilihat oleh pelawat. Tiada siapa yang akan klik jika ia tersembunyi. Buatkan ads anda kelihatan seperti ia sebahagian dari content laman web anda. Kebarangkalian untuk orang klik ads anda adalah tinggi jika ads anda disebati dengan content.


Rahsia Adsense Ke-5: Buang Border
Pastikan border ads disamakan dengan warna latar laman web. Ubah warna sehingga ia kelihatan seperti sebahagian dari link laman web anda. Click-Through laman juga dapat digandakan dengan membuang border ads.

Rahsia Adsense Ke-6: Warna Text ads
Warna text ads juga merupakan salah satu rekabentuk. Pastikan warna text bagi ads sama seperti warna bagi warna text laman web anda. Contoh senang adalah seperti pada blogger.

Rahsia Adsense Ke-7: Kurang Ads lagi Baik
Kadang kala,meletak banyak ads kadang kala boleh mengurangkan pendapatan adsense kita kerana ads yang bernilai rendah yang keluar kerana terlalu banyak ads. Gunakan pada kedudukan yang dirasakan akan menjana klik yang banyak.

Rahsia Adsense Ke-8: Selang selikan kandungan dengan Ads
Anda boleh buat selang seli kandungan dengan ads. Pada TV pun ada iklan.Apabila pelawat sedang menghayati kandungan,tiba tiba ada ads(iklan). Cara ini boleh menjana banyak klik.

Rahsia Adsense Ke-9: Sertakan Google Search Box
Anda mestilah masukkan Search box Google. Masukkan sekali sedikit ayat pada pada hujung kandungan laman web anda. Contohnya “Can’t Find what you’re looking for? Try Google Search!”.. Dorong pelawat laman web anda.

Rahsia Adsense Ke-10: Gunakan Ads secara maksimum
Gunakanlah ads secara maksimum. Jika anda merasakan anda perlu mengunakan 3 ads pada satu page,gunakanlah. Pastikan kedudukan ads adalah sesuai.


Rahsia Adsense Ke-11: Jangan jadi website“Indah Khabar dari rupa”
Pastikan anda tidak melakukan keyword spam. Pelawat pasti berasa kecewa jika maklumat yang dikehendaki tidak dijumpai walaupun ia dijanjikan dengan apa yang dikehendaki. Orang pasti tidak akan melawat lagi laman web itu jika mereka dah tahu apa yang dikehendaki mereka tidak akan dijumpai oleh mereka.


Rahsia Adsense Ke-12: Pastikan kandungan laman web adalah keyword mahal
Pastikan kandungan laman web mengandungi keyword yang bernilai tinggi. Ia akan meningkatkan pendapatan anda walaupun jumlah klik yang sedikit.

Rahsia Adsense Ke-13: Gunakan Channel
Gunakan channel untuk mengesan klik. Ia akan membantu untuk membaiki prestasi laman web tersebut. Google benarkan anda membuat 200 channel. Jadi anda boleh membuat untuk 200 page. Gunakan kemudahan ini.

Rahsia Adsense Ke-14: Buat kajian keyword dan nilai keyword
Buat kajian keyword dan nilai keyword bagi laman web. Untuk maklumat lanjut,sila dapatkan ebook Panduan Jana Wang Adsense 2.5.


Rahsia Adsense Ke-15: Masukkan Adsense pada forum, message board & discussion groups.
Masukkan code Adsense pada forum,message board & discussion groups yang anda bina. Ia merupakan satu cara yang sangat berkesan walaupun mungkin nilai ads yang mungkin keluar bernilai rendah. Namun, ia merupakan satu cara menarik pelawat yang berulang.


SEMOGA BERJAYA DENGAN ADSENSE!

Isnin, 13 Oktober 2014

Modus Operandi Godam ATM


Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.

"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.


Pengodam menggunakan cakera padat (CD) dan kad sim yang mengandungi 
Virus dikenali sebagai 'ulssm.exe'

 Panel ATM dibuka

 CD dimasukkan dalam slot CPU dan kad sim dimasukkan dalam slot kad ATM.

Penggodam menyambungkan panel keypad untuk proses pengeluaran wang dari mesin ATM


Polis percaya modus operandi baru kes curi wang dengan menggodam mesin juru wang automatik, ATM dan yang pertama seumpamanya dikesan di negara ini. Polis juga percaya ia didalangi sindiket antarabangsa berdasarkan penggunaan sistem berteknologi tinggi. Berikut adalah modus operandi warga latin Amerika ketika mencuri wang dari mesin ATM.




VIRUS ulssm.exe


Penggunaan virus ulssm.exe mula dikesan pada Mei 2014. Ia sejenis virus trojan horse yang direka untuk menceroboh sistem keselamatan komputer dan mesin ATM. Virus ulssm.exe beroperasi pada perkhidmatan 'Windows NCRDRVPS'.

Virus ploutusservice.exe pula dibangunkan oleh Teknologi NET dan dikelirukan dengan perisian Confuser 1.9
Virus ploutusservice.exe berupaya membuat paparan baru secara tersembunyi yang boleh berinteraksi terus dengan ATM. Virus tersebut juga mampu untuk menghentikan sistem penggera untuk elak dikesan.


Panduan Elak Wang ATM Anda Dicuri

Untuk transaksi di mesin ATM:

  • Perhatikan pada mesin ATM, jika terdapat peranti yang mencurigakan yang mungkin boleh membaca kad atau nombor PIN anda.
  • Cuba menghalang pandangan orang ramai dari melihat nombor PIN yang anda tekan, terutama sekali kamera curi yang mungkin dipasang berhampiran.
  • Elakkan dari cuba menggunakan mesin ATM di tempat yang tersorok dan sunyi, serta peka dengan keadaan atau orang di sekeliling.


Tugas dan Tanggungjawab Pihak Bank

Bagi pihak bank pula, mereka boleh mengambil langkah yang boleh menyusahkan penjenayah sekaligus menghalang mereka. Antaranya:

  • Menaik taraf sistem operasi mesin ke Windows 7 atau 8 dan pastikan ia mempunyai kemaskini terbaru.
  • Memasang keselamatan fizikal secukupnya di sekitar mesin ATM seperti kamera CCTV.
  • Buat tetapan pada BIOS dan kuncinya dari boleh diakses media luar seperti CD-ROM atau pemacu USB.
  • Gunakan enkripsi penuh cakera untuk mengelakkan dari pemacu diubahsuai.
  • Pasang antivirus bagi memastikan ia sentiasa selamat dari malware dan virus.
  • Lengkapkan Host Intrusion Prevention Systems’ (HIPS)’ untuk menghalang akses yang tidak dibenarkan ke sistem operasi. Terutama sekali jika mesin ATM itu menggunakan OS lama seperti Windows XP.


Pengguna Internet

Selain penggunaan mesin ATM, salah satu penggunaan popular masakini ialah menggunakan telefon pintar ataupun laptop ketika bergerak, di mana jua. Langkah keselamatan perlu dititikberatkan juga bagi penggunaan seperti ini:

  • Elakkan dari membuat transaksi perbankan menggunakan WIFI PERCUMA.
  • Pasang perisian sekuriti pada telefon dan PC, dan pastikan ia sentiasa mendapat kemaskini terbaru.
  • Kemaskini sistem operasi dan pelayar dengan kemaskini sekuriti terbaru.
  • Hidupkan fungsi kemaskini automatik pada sistem operasi. Jika manual, lakukan kemaskini setiap minggu sekali.
  • Pastikan alamat perbankan adlah tepat dan asli. Pelayar moden dan terbaru boleh mengesan jika ia adalah website palsu, tetapi pastikan anda menyemak semula ejaan adalah tepat pada website perbankan yang digunakan.



  • Jangan berkongsi nombor telefon dan maklumat sensitif dalam talian melalui emel, messenger atau chat. Terutama sekali jika ia dari bank yang memnta anda melakukannya.

Intipati dan Teks Bajet 2015


Intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2014



Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
 
Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
 

  • Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

  • RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

  • RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

  • Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion

  • Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

  • Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion)

  • Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

  • Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.




  • Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.

  • Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.  

  • Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

  • RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

  • Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

  • Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

  • Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

  • Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

  • Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.    

  • RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara. 

  • RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

  • Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'.

  • RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

  • TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

  • Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).

  • Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

  • Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar.

  • Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

  • Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.

  • Kerajaan memperuntukkan RM40.5 bilion untuk pelbagai subsidi pada 2014.

  • Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum dalam masa terdekat.

  • RM56 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk biayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran.

  • Kerajaan akan bina 12 sekolah baharu iaitu  tujuh sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan dua sekolah berasrama penuh.           

  • RM1.2 bilion untuk program Transformasi Vakasional dan Teknik

  • Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula bagi memastikan kebajikan pekerja terus terbela.

  • Kerajaan perkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bagi membantu golongan pekerja yang diberhentikan.

  • RM600 juta diperuntukkan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta mahupun syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

  • RM2 bilion diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran.

  • Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 km melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 km dan Sabah (727 km) dengan kos pembinaan RM27 bilion.

  • RM660 juta diperuntukkan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone).

  • Landasan lapangan terbang di Lahad Datu akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Skuadron Hawk akan dipindahkan dari Butterworth ke Labuan dengan peruntukan RM50 juta.

  • RM2.26 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi pembangunan dan operasi.

  • Kerajaan akan wujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan RM100 juta bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.



  • Skim Perumahan Belia secara perkongsian pintar di antara kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas diumumkan.



  • Mulai Januari 2015, bantuan persekolahan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak RM540 juta.

  • RM6 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan.

  • RM23.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat seperti membina Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak, menambah 30 Klinik 1Malaysia, mengganti 635 unit mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan.

  • RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) .

  • RM117 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.

  • 80,000 unit rumah PR1MA dibina dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

  • Membina 26,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat dengan peruntukan sebanyak RM644 juta.

  • Membina 12,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan 5,000 unit Rumah Idaman Rakyat. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 20,000 unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.

  • RM4.5 bilion diperuntukkan bagi menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan infrastruktur luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

  • Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi memastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang.

  • RM17.7 bilion diperuntukkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (RM9.1 bilion) dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia sebanyak  RM804 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.



  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ditingkatkan daripada RM650 kepada RM950 bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000, bantuan BR1M akan ditingkatkan daripada RM450 kepada RM750.

  • Pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan akan dibayar pada bulan Januari 2015, pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.


Teks Penuh Bajet 2015






Isnin, 6 Oktober 2014

Ngeri Ekstrim Rumah Tebing


Unik, Pelik, Ekstrim... sebuah rumah di pantai barat daya Australia.

Binaannya yang kelihatan berbahaya dengan hanya berpaut pada tepi tebing, terletak beberapa meter sahaja di atas paras laut.

Kediaman konsep yang dinamakan Cliff House (rumah tebing) ini dibina menegak pada lereng tebing dan berpaut pada palang sokongan yang dipasak pada tebing berkenaan.



Rumah lima tingkat itu akan dibina daripada model pasang siap yang disusun secara menegak.

Setiap ‘bilik’ akan dibina di atas satu sama lain secara bertingkat dan dilengkapi alang besi yang dipasak pada tebing.

Penghuni rumah berkenaan akan memasuki kediaman mereka melalui tingkat atas yang separas dengan tebing dan kemudiannya menggunakan lif atau tangga untuk pergi ke bilik tidur, ruang tamu atau dapur.





Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...