Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
............................................................

Sabtu, 26 Julai 2014

ASTRO sokong Zionis Israel?

Pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.



Menurut theflyingkick,  bahawa ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan terlibat dalam menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Pendedahan kerjasama ASTRO dengan AMDOCS ... link

Pengesahan AMDOCS sebagai syarikat Israel ... link

JIKA Benar ASTRO berurusan dengan Israel Laknatullah. ASTRO perlu di BOIKOT oleh umat Islam. Dan Tibalah masa untuk beralih kepada skybox , opexbox atau dreambox.






Jumaat, 18 Julai 2014

Pesawat Malaysia ditembak jatuh (Video & Gambar)



KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Sebuah pesawat Malaysia dengan 295 penumpang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia, hari ini.

Menurut agensi media Russia Interfax, sumber industri penerbangan berkata, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Interfax juga melaporkan pesawat itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter.

Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk. -HM


Sementara itu, Malaysia Airlines mengesahkan telah terputus hubungan dengan penerbangan MH17 dari Amsterdam dan lokasi terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

MOSCOW 17 Julai - Sebuah pesawat penumpang Malaysia membawa 295 penumpang dan anak kapal terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor Interfax memetik sumber industri penerbangan sebagai berkata.

Menurut laporan itu, pesawat Boeing itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila nahas itu berlaku.

Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu setakat ini. - Reuters


Malaysian passenger plane crashes in Ukraine near Russian border

KIEV (Reuters) - A Malaysian passenger airliner with 295 people on board crashed in Ukraine near the Russian border on Thursday, the Interfax news agency cited an aviation industry source as saying.

The Boeing plane was flying from Amsterdam to Kuala Lumpur, it said. Reuters could not immediately confirm the report.

The Interfax report said the plane came down 50 km (20 miles) short of entering Russian airspace. It "began to drop, afterwards it was found burning on the ground on Ukrainian territory," the unnamed source said.
The plane appeared to have come down in a region of military action where Ukrainian government forces are battling pro-Russian separatists.

A separate unnamed source in the Ukrainian security apparatus, quoted by Interfax, said the plane disappeared from radar at a height of 10,000 metres after which it came down near the town of Shakhtyorsk. -Sumber

Malaysian airliner 'crashes in east Ukraine'

A Malaysian airliner flying from Amsterdam to Kuala Lumpur has crashed in east Ukraine, where pro-Russian rebels are battling government forces, Russian and Ukrainian news agencies reported, citing aviation and security sources.

The Boeing passenger liner came down close to town of Shaktarsk in the rebellion-wracked region of Donetsk after disappearing from the radar and teams from the emergency services were trying to reach the scene, an unnamed security source told Interfax-Ukraine news agency.

Ukraine President Petro Poroshenk said the Malaysia Airlines jet may have been shot down.

Malaysia Airlines confirmed only it had "lost contact" with one of its passenger planes whose last known position was over Ukraine.

"Malaysia Airlines has lost contact of MH17 from Amsterdam," the airline, still reeling from the disappearance of flight MH370, said on its Twitter account.

"The last known position was over Ukrainian airspace," it said, adding that it would provide more details soon. -Sumber


VIDEO









VIDEO NGERI MANGSA PESAWAT MAS17



GAMBAR 
















Rabu, 16 Julai 2014

Boikot Israel Atas Kekejaman di Palestin


Tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia. “Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia”,
-Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia




Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu. - Dr MAZA



Kempen boikot tersebut merupakan cara paling berkesan kerana banyak syarikat-syarikat multinasional mempunyai pengaruh besar yang berupaya untuk mempengaruhi keputusan kerajaan Israel. Jika kita mampu mendatangkan kerugian kepada perusahaan mereka, jadi syarikat berkenaan akan mendesak atau menekan pihak yang merancang serangan itu supaya menghentikannya ekoran aktiviti ekonomi mereka di negara lain terjejas.
-Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan










Kekejaman tentera Israel bunuh anak-anak Palestin










Ahad, 13 Julai 2014

Cara mengurus diabetes dengan berkesan


Berat badan berlebihan atau obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak tidak normal atau berlebihan lalu membawa risiko kesihatan. Ia faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik, termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular.

Kira-kira 65 peratus populasi dunia tinggal di negara di mana berat badan berlebihan membunuh lebih ramai penduduk daripada mereka yang kekurangan berat badan. 

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, 33.3 peratus populasi di seluruh negara mengalami praobes manakala 27.2 peratus pula adalah obesiti. 

Laporan antarabangsa Oxfam berjudul Good Enough To Eat Index yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan, Malaysia disenaraikan sebagai negara paling ramai penduduk gemuk di Asia Tenggara dan di tempat keenam di rantau Asia Pasifik.

Selain itu, Malaysia berada di tempat ke-44 di antara 125 negara dengan kadar kelaziman diabetes dan obesiti tinggi.

Obesiti disebabkan oleh ketidakseimbangan tenaga antara pengambilan dan penggunaan kalori di dalam badan. 

Antara faktor lain seseorang mempunyai obesiti ialah pening­katan dalam ketidakcergasan fizikal disebabkan keadaan tidak aktif dalam kebanyakan pekerjaan, perubahan dalam jenis pengangkutan dan peningkatan perbandaran. 


Berat badan, diabetes jenis 2 dan SGLT2 

Diabetes jenis 2 membabitkan 90 peratus populasi penghidap diabetes di seluruh dunia dan sebahagian besarnya disebabkan berat badan berlebihan dan ketidakcergasan fizikal. 

Berat badan boleh mempe­ngaruhi diabetes dan sebaliknya. Ia menjadi lebih sukar bagi pesakit diabetes untuk mengawal paras gula darah jika berat badan bertambah. 

Pada zaman prasejarah, tubuh manusia dipercayai membentuk satu sistem untuk memaksimumkan penjimatan dan penyimpanan tenaga dalam badan akibat kekurangan bekalan makanan yang konsisten. 

Fungsi sistem ini termasuk mengurangkan aktiviti sistem endokrin neurologi untuk melambatkan metabolisme, menjimatkan tenaga yang tersimpan di dalam badan kita juga sebagai cara mempertingkatkan penyerapan semula glukosa berlebihan yang disingkir oleh buah pinggang. 

Pada zaman moden hari ini, kebanyakan kita mempunyai bekalan glukosa mencukupi atau berkemungkinan berlebihan daripada makanan dimakan. 

Akibatnya, sistem yang pada satu masa dulu penting untuk kehidupan kini menyumbang kepada penambahan berat badan dan risiko. 

Kawalan gula dalam darah untuk jangka masa panjang penting untuk melambatkan permulaan dan mengurangkan tahap keterukan komplikasi diabetes jenis 2 dan risiko makrovaskular. 

Satu protein dikenali sebagai kotransporter sodium glukosa 2 (sodium-glucose cotransporter 2, SGLT2) mengawal atur penyerapan semula 90 peratus glukosa di dalam buah pinggang. 

Ia mencegah kehilangan glukosa dengan mengangkut semula daripada buah pinggang masuk ke dalam peredaran tubuh badan. 


Penurunan paras glukosa atau penurunan berat badan 

Kemajuan dalam rawatan diabetes membolehkan kemunculan perencat SGLT2 bertindak sebagai penghalang penyerapan semula glukosa di dalam buah pinggang lalu mengakibatkan glukosa disingkir melalui air kencing. 

Oleh kerana ia meningkatkan perkumuhan glukosa renal, pesakit diabetes jenis 2 mungkin mengalami penurunan dalam paras glukosa darah. 

Jumlah glukosa yang dikumuh setiap hari mungkin me­nyebabkan penurunan berat badan sebanyak beberapa kilogram dalam masa sebulan. 

Bagi pesakit diabetes, penurunan jumlah berat badan yang sederhana boleh melambatkan perkembangan penyakit ini secara mendadak. 

Kajian menunjukkan lebih kurang 50 hingga 100 gram glukosa dikumuh di dalam air kencing setiap hari. Oleh itu, berdasarkan prinsip kasar empat kalori untuk satu gram glukosa, sebanyak 200 hingga 400 kalori dikumuh setiap hari. 

Oleh itu, sesetengah pesakit mungkin mengalami penurunan berat badan dan ini boleh memanfaatkan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. 

Dalam jangka masa panjang, jumlah kalori dikumuh di dalam air kencing dalam masa enam bulan adalah bersamaan penurunan berat badan sebanyak dua hingga tiga kilogram. 


Penutup 

Diabetes tidak boleh diubati pada masa ini tetapi boleh dikawal dan pesakit boleh menjalani kehidupan aktif. Pengurusan berat badan masih kekal sebagai komponen penting dalam pengurusan diabetes jenis 2. 

Namun, mencapai dan me­ngekalkan berat badan sihat adalah cabaran bagi pesakit diabetes jenis 2. Bagaimanapun, rawatan diabetes kelas baru dengan mekanisma baru yang berfungsi secara bebas daripada insulin memberi banyak manfaat kepada pesakit diabetes jenis 2, terutama dalam mempermudahkan penurunan berat badan. 

Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mengurus diabetes dengan berkesan. 


Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caraberkesanurusdiabetes/MA/Article/index_html


Khamis, 10 Julai 2014

Khasiat secawan kopi


Kopi hitam, white coffee, cappuccino, Espresso, Coffee Latte, Americano, Frappuccino, Kopi arabika, dan kopi moka adalah antara beberapa jenis kopi. Banyak cerita-cerita kononnya kopi tidak bagus untuk kesihatan. Tetapi, hakikatnya, kopi adalah antara minuman yang mempunyai banyak kebaikan selain madu dan susu.

Kata kopi sendiri awalnya berasal dari bahasa Arab 'qahwah' yang berarti kekuatan, karena pada awalnya kopi digunakan sebagai makanan berenergi tinggi. Bangsa Yahudi gemar meminum kopi malah amalan itu dilatih kepada anak-anak setiap hari.

Kajian mendapati lebih dari 400 million cawan kopi diambil setiap tahun, menjadikannya sebagai minuman yang paling popular di dunia.

Di Amerika Syarikat, 107 juta atau 52 peratus daripada penduduknya meminum kopi secara rutin harian manakala 57 juta yang lain meminum kopi beberapa kali setiap minggu.

Kebaikan kopi:

1. Kandungan kafein dalam kopi

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu?

Kandungan utama kopi ialah kafein, ia berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.

Justeru, tidak hairan setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk.

Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.

Kafein juga membantu mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding bertubuh normal.

Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera.


2. Kopi bergula meningkatkan prestasi otak

Kajian di Barcelona, Sepanyol mendapati secawan kopi yang bergula boleh meningkatkan prestasi otak.

Saintis di Universiti Barcelona mendapati pengambilan kafein dan gula serentak meningkatkan prestasi otak seperti daya ingatan. Bagi penyakit Alzheimer dapat dikurangkan sebanyak 65% sekiranya kita minum 3 ke 5 cawan kopi setiap hari.

Hasil kajian itu diperoleh dari 40 sukarelawan yang diuji dengan pengambilan kopi bergula, kopi tanpa gula dan air masak.

Kopi manis merupakan cara terbaik untuk otak bagi menghadapi cabaran pekerjaan.


3. Kandungan Antioksida dalam kopi

Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Kita tahu antioksida sangat baik untuk kesihatan.

Salah satu hasil kajian mendapati pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II.

Malah, kajian penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta kopi melindungi seseorang daripada masalah penuaan. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Harvard juga menunjukkan bahawa pengambilan 1-3 cawan kopi setiap hari boleh menjadi manfaat kesihatan; ia mengurangkan risiko kencing manis dengan ketara. Kajian ini mendedahkan bahawa pembentukan penyakit Parkinson boleh dikurangkan sehingga 80% dan risiko kanser usus dapat dikurangkan sebanyak 25%. Kajian itu juga mendedahkan bahawa wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan boleh mengurangkan peluang mendapat kanser payudara sehingga 40%.

Ini dibantu oleh kandungan kafein di dalam kopi selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian itu.

Selain itu, kajian dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan risiko kanser, sakit jantung dan strok.


4. Apabila anda minum secawan kopi. Minuman kopi merembes endorfin dalam badan dalam beberapa minit. Penyiaran endorfin ini membolehkan badan anda berada dalam mood yang lebih baik dan memberi anda dorongan untuk bersenam dan bekerja.


5. Gout adalah sangat menyakitkan. Kajian telah menunjukkan dengan meminum kopi sama yang biasa atau berkafein, paras asid urik dapat direndahkan. Pengambilan kopi juga boleh mengurangkan kesakitan pesakit gout.


Selasa, 8 Julai 2014

Video Bayi hidup Dalam Air Ketuban

Subhanallah





Rahsia Kuasa Senyuman


Senyuman bagaikan satu senaman dalaman yang dapat merangsang sistem saraf otak, hormon dan tubuh. Senyuman bukan hanya sekadar tindak balas gerak muka, tetapi turut mempunyai hubungan dengan penghasilan endorphin di dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi.

Senyuman juga dapat merendahkan tekanan darah dengan menambah kemasukan oksigen dalam darah dan hal ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan dengan lebih cepat. Dengan senyuman dan ketawa akan menyahaktifkan bahan kimia dalam badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan juga ulser.

Menurut kajian sains, senyuman akan melepaskan sejenis hormon yang dipanggil endorphin iaitu hormon yang membuatkan manusia berasa gembira. Apabila kita senyum badan kita akan menghasilkan antibodi dan Sel T atau sel darah putih yang akan memberikan imunisasi optimum kepada badan

Universiti Illinois telah melakukan sebuah kajian di mana apabila seseorang itu gembira dan selalu senyum hayatnya boleh mencapai satu dekad lebih berbanding yang tidak. Manakala kajian pada atlet pula boleh mencapai 7 tahun lebih.

Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Secara kesimpulan senyuman dapat;

1. Senyum meningkatkan sistem imun
2. Senyum Mengurangkan sakit
3. Senyum melegakan stress
4. Senyum menurunkan tekanan darah
5. Senyum menjadikan wajah awet muda
6. Senyum menukar mood kita
7. Senyum merangsang keupayaan untuk belajar


Isnin, 7 Julai 2014

Download Lagu Percuma


Selain dari KKBOX, Ramai yang melayari youtube untuk mendengar lagu-lagu terkini dan juga lagu-lagu lama. Begitu juga dengan kaki download yang mencari lagu-lagu mp3 untuk dimuat turun seperti koleksi lagu raya.

Sebenarnya kita tak perlu buang masa dengan mencari koleksi lagu tertentu. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menukar lagu dari youtube kedalam bentuk mp3. hihihi kan senang.


Download lagu dari youtube ke mp3.

1. Pertama sekali anda perlu layari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan untuk convert youtube ke mp3 seperti;






2. Dalam banyak-banyak laman web di atas saya lebih gemar menggunakan flvto.com kerana laman web tersebut membolehkan kita menukar dari video youtube kapada format mp3, wma, wmv, flv, mov dan mp4.



Caranya convert lagu dari youtube ke mp3.


1.  Cari lagu di youtube, contohnya lagu raya 



2. Pilih lagu yang ingin anda download.


3. Buka laman web flvto.com 

4. Paste url youtube di flvto, dan klik convert to



5. Tunggu sehingga keluar paparan seperti dibawah


6. Akhir sekali klik download.... selesai

Selamat mendengar... :)

Sekarang Korang Boleh Strim Muzik Tanpa Had PERCUMA! Maklumat lanjut layari -->  U Mobile


Khamis, 3 Julai 2014

China larang Muslim puasa


Beijing: China melarang kakitangan kerajaan, pelajar dan guru di wilayah majoriti Islam Xinjiang daripada berpuasa pada Ramadan ini.


Parti pemerintah Komunis China - yang secara rasmi ateis - sudah beberapa tahun menghalang penduduk wilayah itu yang kebanyakannya berbangsa Uighur.

Beberapa jabatan kerajaan menaikkan notis di laman sesawang masing-masing sejak beberapa hari lalu memaklumkan larangan berkenaan.

Biro Hal Ehwal Perdagangan di Turfan berkata di laman sesawangnya Isnin lalu bahawa “kakitangan kerajaan dan pelajar tidak boleh berpuasa atau mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan lain.”


Radio Bozhou dan sebuah rangkaian televisyen universiti pula berkata larangan itu perlu dipatuhi anggota parti, guru dan golongan muda.

“Kami ingin mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak dibenarkan berpuasa,” katanya dalam satu kenyataan.


Sebuah jabatan kaji cuaca di barat Xinjiang pula berkata di laman sesawangnya: “Sejajar dengan arahan pihak atasan, semua kakitangan sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara diingatkan supaya tidak berpuasa pada Ramadan ini.”

Sementara itu, pejabat kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan Sungai Tarim pula memuat naik gambar pekerjanya yang memakai topi tradisional Uighur sedang makan.

“Walaupun gambar ini diambil pada bulan Ramadan, mereka yang digambarkan ini bersikap positif dan tidak berpuasa,” katanya.

China sebelum ini mendakwa larangan terhadap puasa adalah untuk memastikan kesihatan kakitangan kerajaan terjamin.

Sementara itu, jurucakap kumpulan dalam buangan Kongres Uighur Sedunia Dilxat Raxit berkata, dia dimaklumkan pihak berkuasa menggalakkan orang Uighur makan dengan memberi makanan percuma selain membuat pemeriksaan di rumah untuk memastikan penghuninya tidak berpuasa.

“Tindakan China yang mengekang amalan dan kepercayaan Uighur hanya akan menimbulkan lebih banyak konflik.

“Kami menggesa kerajaan China memberi lebih kebebasan beragama untuk orang Uighur dan berhenti menyekat mereka daripada menyambut Ramadan,” katanya.- AFP


Rabu, 2 Julai 2014

Malaysia Truly Asia – The Essence of Asia


Lagu rasmi terbaharu Tourism Malaysia 'Essence of Asia' untuk membantu mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014. Video muzik berdurasi lima minit itu yang memaparkan keajaiban keindahan Malaysia, daripada khazanah semula jadi, keunikan flora dan fauna hingga kepada kepelbagaian budaya negara. Penyanyi Yunalis Zarai, 27 atau Yuna diberi penghormatan menyanyikan lagu tema Tahun Melawat Malaysia 2014 berjudul Malaysia Truly Asia – The Essence of Asia.




Lirik: THE ESSENCE OF ASIA

You'll love Malaysia now and forever
Different races everywhere
The soul of Asia is surely here
This beautiful Malaysia

You'll love thecolours of Malaysia
Where the sun loves to shine
On sandy beaches and clear waters
With smiles of friendly races

(chorus)
Diss land so beautiful
It stills your heart away
Diss land is paradise
Only a smile away

The soul of Asia
The essence of Asia
In thisland where dreams come true
Malaysia

Malaysia is truly Asia
People smiling everywhere
Showing you how much they care
Welcome to Malaysia

(repeat chorus and last verse twice)

The soul of Asia
The essence of Asia
It's truly Asia
Malaysia truly Asia

Selasa, 1 Julai 2014

KKBOX Cetus Revolusi Muzik Terkini Tanpa Sempadan


Musik adalah salah satu elemen hiburan dalam kehidupan manusia. Selain menghibur, musik dapat mengurangkan stress. Kini bagi peminat industri muzik terdapat sebuah aplikasi yang membolehkan anda meneroka dunia muzik pada hari ini.

KKBOX yang merupakan sebuah penyedia perkhidmatan langganan muzik digital utama melancarkan pelan pembayaran harian, mingguan, bulanan dan suku tahunan yang direka khas buat penggemar muzik.

KKBOX mempunyai lebih 10 juta lagu daripada 500 label muzik antarabangsa, boleh didapati dalam pelbagai pakej dan di Malaysia terdapat 200,000 pengguna KKBOX.


KKBOX boleh di akses dalam pelbagai jenis peranti seperti di telefon pintar (iOS, Android  atau Windows Phone) , komputer (Windows atau Mac) dan juga tablet.

Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu KKBOX, anda boleh layari kkbox.com/my

Untuk mendengar lagu secara online melalui KKBOX dan melihat carta lagu yang polular dan terkini boleh layari Info Muzik KKBOX.

Koleksi lagu-lagu raya juga boleh didapati di KKBOX

Antara ciri-ciri menarik yang boleh didapati di KKBOX adalah ‘lirik bergerak’, di mana pengguna boleh menikmati pengalaman berkaraoke dengan menukarkan peranti mereka menjadi sebuah peti muzik karaoke mudah alih.

Selain itu, ciri bernama 'Dengar Bersama’ disediakan dimana pengguna dan artis dapat mendengar muzik secara lansung bersama-sama, dan berinteraksi dengan lebih mesra melalui perbualan sosial dan perkongsian muzik.

KKBOX juga berfungsi sebagai sebuah platform yang menyediakan pelbagai kandungan editorial khas untuk pasaran tempatan. Ini membolehkan pengguna-pengguna Malaysia untuk mengakses berita muzik terkini, temubual eksklusif bersama artis, ulasan album dan konsert serta ulasan langsung.

Dengan lebih daripada 10 juta pengguna berdaftar, KKBOX memiliki pustaka muzik gergasi yang menampilkan adunan lebih 10 juta lagu daripada lebih 500 label antarabangsa dan tempatan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner