Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
............................................................

Isnin, 13 Januari 2014

Khasiat Tomato Untuk Kecantikan Dan Kesihatan


Buah tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum mempunyai pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya dan digunakan sebagai rejim kecantikan harian. Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Khasiat tomato berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit. Berikut adalah beberapa tips penggunaan buah tomato untuk kecantikan.

1. Gunakan jus tomato bagi mengecilkan liang pori-pori kulit wajah. Gabungkan dua hingga empat titis jus lemon bersama satu sudu jus tomato. Sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas menggunakan air suam.

2. Lenyek tomato dan sapukannya pada keseluruhan wajah dengan rata. Biarkan ia selama satu jam sebelum dibilas. Akhiri proses tersebut dengan menggunakan pelembap. Jerawat akan dapat dikurangkan menerusi penggunaan yang berterusan. Tomato memiliki fungsi penyejuk bagi melicinkan kulit dan menyerap minyak berlebihan pada wajah.

3. Potong separuh tomato dan sapukan ia pada bintik gelap. Bilas dan sapukan pelembap. Menyapu hirisan tomato pada bintik gelap merupakan antara penawar mujarab bagi menghilangkan bintik yang tidak dikehendaki itu.

4. Ambil jus tomato dan kisarkan ia bersama jus timun. Selepas itu, celup segumpal kapas di dalam adunan jus tadi dan sapukan pada wajah setiap hari. Cara tersebut mampu mengawal penghasilan minyak pada wajah dan mengekang pertumbuhan jerawat.

5. Campurkan dua sudu jus tomato bersama empat sudu susu mentega dan sapukannya pada kulit anda kemudian bilas selepas 30 minit. Cuba langkah ini di rumah bagi menyembuhkan kulit akibat selaran matahari. Difahamkan, likopena yang ditemui dalam tomato mampu melindungi kulit daripada sinaran ultraungu.

6. Sekiranya kulit anda kasar dan kusam, tomato dan topeng yogurt mampu menjadi penyelamat bagi masalah tersebut. Sapukan jus tomato yang dicampur dengan yogurt pada kulit dan bilas selepas 20 minit menggunakan air suam. Yogurt menjadikan kulit berseri secara sihat dan meningkatkan kandungan protein pada kulit manakala tomato meneutralkan permukaan kulit sambil menyejukkannya.

7. Sapu jus tomato bersama madu pada wajah dan biarkan ia kering selama 15 minit sebelum dibilas. Penawar yang boleh dibuat di rumah itu sangat berkesan untuk mencerahkan kulit. Tomato kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencerahkan kulit yang kusam.

8. Makan tomato pada waktu pagi bagi menyingkirkan lemak pada badan yang tidak diingini. Anda juga boleh meminum jus tomato dua kali sehari bagi menurunkan berat badan. Minum jus tersebut 10 minit sebelum makan untuk mengurangkan selera. Ia sangat berkesan kerana ia menghentikan proses penapaian di dalam usus. Semasa proses penapaian, gula dan alkohol dihasilkan di dalam badan dan mendorong kenaikan berat badan.

9. Lumurkan jus atau hirisan tomato pada rambut anda bagi meningkatkan nilai neutral pH pada rambut dan mengembalikan warna natural rambut. Tomato merupakan pelembap semula jadi yang memberikan kilauan natural pada rambut.

10. Sapukan isi tomato pada kulit kepala yang mempunyai masalah kelemumur selama 30 minit dan kemudian bilas dengan syampu bagi merawat kelemumur tersebut.

11. Campurkan jus tomato bersama avokado bagi menjadikan topeng yang sesuai untuk kulit pelbagai jenis. Sifat hidrasi dan antiseptik avokado bersama gabungan astringen tomato amat efektif untuk menyerikan kulit.


Selain untuk kecantikan, buah tomato juga baik untuk kesihatan. Ini adalah kerana warna merah pada buah tomato ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato itu. Oleh itu buah tomatoadalah antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil. Berikut adalah tips penggunaan tomato untuk kesihatan.

1. Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.


2. Untuk Kesihatan Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.


3. Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.


6. Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.




Sabtu, 11 Januari 2014

Kesan Dirogol Jin dan Rawatannya.

Kesan dirogol Jin, Tanda wanita disetubuhi Jin dan Tips cara rawatan untuk mengelak dari dirogol jin ketika tidur.

Tahukah bahawa setiap malam wanita atau si isteri akan disetubuhi atau dirogol oleh Jin Lakhnat...

Wanita atau gadis tidak sedar bahawa mereka telah diperkosa atau dirogol oleh jin. Jin yang jatuh cinta pada wanita, lebih bahaya daripada 'sihir'. Antara kesan pada wanita apabila dicintai jin adalah;

Wanita akan berasa malas untuk beribadah kepada Allah.

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Surah Al-Hijr, Ayat 39)

Bagi yang telah berkahwin pula, si isteri mudah menjadi marah kepada suami.

Nafsu seks terhadap suami berkurangan dan enggan melayani suami di tempat tidur.

Jin akan bunuh janin jika si isteri mengandung hasil hubungan dengan suaminya.

Jin akan berusaha sehingga pasangan suami isteri bercerai!

Bagi gadis yang belum berkahwin pula, mereka akan hilang minat untuk berkahwin.


Tanda Wanita Dirogol Jin.

Antara tanda seseorang telah dirogol Jin adalah;

  • Sering ditindih ketika tidur
  • Sering ternampak kelibat dan
  • Sering merasai ada seseorang sewaktu tidur.
  • Badan berasa letih
  • Ada kesan lebam pada peha (dan ada mengatakan bahawa terdapat 5 lubang halus pada lebam tersebut)

Jika anda telah dirogol oleh jin, jin tersebut akan merogol anda lagi dihari yang lain. Oleh itu segeralah merawat diri anda jika anda pernah mengalami tanda-tanda yang telah saya nyatakan.


Rawatan Bagi Wanita Yang Dirogol Jin.

  • Spray bilik tidur 3 hari berturut dengan air yang sudah dibacakan kursi 7x.
  • Mandi air ruqyah yang sudah dibacakan kursi 7x selama 1 hari sahaja.
  • Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur malam,jika uzur memadai baca didalam hati sahaja.
  • Elakkan meletak gambar hidup/teddy bear dalam bilik tidur.
  • Bilik tidur mestilah bersih dan wangi.
  • Pakaian wangian kasturi sebelum tidur malam.



Amalan Untuk Elak Diganggu atau Dirogol Jin Ketika Tidur.

a. Berwuduk sebelum tidur

b. Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur.

c. Baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) hembus ditapak tangan dan sapukan ke tubuh sebelum tidur.

d. Jika anda datang bulan, pasanglah mp3 ayat quran seperti surah al-Baqarah atau ayat ruqyah sebelum dan semasa tidur

e. Jika anda ditindih ketika tidur, Azan lah didalam hati.




Sabtu, 4 Januari 2014

Rakaman Jin Jamah Makanan


Rakaman dipercayai Jin jilat makanan




Objek hitam yang berterbangan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ini yang kini menjadi viral di laman Facebook.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu dapat dilihat objek itu pergi ke arah meja makan dan kemudiannya menjilat makanan yang terdedah di situ.

Memetik komen yang ada di status itu, memang terdapat kebenaran daripada ulama yang makanan dibiarkan terdedah akan dijilat oleh jin.

Sebab itulah, segala makanan harus disimpan dengan sebaik mungkin dalam bekas tertutup atau pun ditutupi dengan tudung saji.

Ini sekali gus menghindarkan lalat dan serangga daripada menghinggapi makanan dan mengelakkan makanan itu daripada tercemar.



Dari Jabir Radiyallahuanh meriwayatkan bahawa aku dengar Rasulullah bersabda;
Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak juga makanan malam.”

Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya,
berkatalah syaitan (kepada golongannya): “Kalian telah mendapat tempat bermalam.”

Apabila seorang tidak mengingati Allah ketika makan, berkatalah (syaitan kepada golongannya):
“Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan malam.”
[Riwayat Muslim]

Dari Jabir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Bila hari telah senja, laranglah anak-anak keluar rumah, kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebut nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci (dengan menyebut nama Allah). Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua bejanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya, dan padamkan lampu (ketika hendak tidur)." 
[Hadis Muslim]

Rabu, 1 Januari 2014

Laman Kementerian Pelajaran Digodam

Kesibukan Ibubapa membeli persiapan untuk anak-anak ke sesi persekolahan 2014...
Kesibukan guru-guru membuat persediaan untuk mulakan sesi pengajaran bagi tahun 2014...
Hacker pula sibuk jerr godam laman Web Kementerian Pelajaran..! tak guna punya hacker!

Banyak lagi laman yang boleh digodam... kementerian pelajaran juga jadi mangsa!


1 Januari 2014, laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia digodam oleh Liuk3r daripada EvilShadow Team.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner