Taip Bahan Carian

Sabtu, 7 Disember 2013

Novel Kisah 47 Ronin


Cerita Empat Puluh Tujuh Ronin adalah salah satu asal tipikal bagi semua cerita Jepun; ia digambarkan oleh salah seorang terpelajar di Jepun yang terkenal sebagai "Lagenda kebangsaan Jepun" . Ia menceritakan tentang kod maruah samurai, bushido, dan memberi sebahagian besar gambaran jelas pandangan dunia traditional Jepun.

Secara ringkas, ia mengisahkan mengenai kesetiaan empat puluh tujuh Ronin yang membela kematian tuan mereka pada zaman feudal Jepun dahulu. Sekumpulan samurai menjadi tidak bertuan apabila tuan mereka dipaksa melakukan seppuku (istiadat bunuh diri) kerana menyerang pegawai istana. Mereka membalas dendam dengan membunuh pegawai istana tersebut, selepas menunggu dan merancang dengan sabar selama lebih dari satu tahun.



Legenda 47 Ronin amat dihargai di Jepun. Bukan saja kisah bersejarah ini diperturunkan dari generasi ke generasi tetapi setiap tahun, sekolah dan bank akan ditutup sehari untuk memperingati para wira ini yang telah mengorbankan nyawa mereka demi negara.

Malah tradisi menggalakan kisah Ronin diinterpretasikan berulangkali secara kreatif melalui penulisan, pementasan teater mahupun dihidupkan di layar perak.

"Tradisi ‘Chushingura’ ialah penceritaan semula peristiwa bersejarah 47 Ronin. Tujuan kami adalah untuk mengekalkan dan menghormati tema sejarah serta emosi asasnya, namun pada masa yang sama melihatnya melalui lensa penonton kontemporari.

"Penonton filem hari ini bercakap dalam 'bahasa' fantasi, sci-fi dan adiwira. Objektif saya adalah untuk mengambil Chushingura Jepun dan menyampaikannya kepada penonton antarabangsa menggunakan palet Hollywood," cerita pengarah '47 Ronin', Carl Rinsch.

Dalam penyelidikannya, Rinsch mengambil inspirasi dari sentuhan seni Hayao Miyazaki dan pelukis Katsushika Hokusai dan Utagawa Hiroshige. Katanya, karya-karya Hokusai dan Hiroshige jelas memperlihatkan sebuah dunia fantasi.

Dari situ, Rinsch dan produksinya mula menyiasat aspek fantasi '47 Ronin' termasuk makhluk-makhluk yang menjadi sebahagian dari cerita rakyat Jepun. Apa yang ditemui cukup mengagumkan dari pahlawan Tengu yang merupakan pahlawan burung, Yokai (raksasa ghaib) dan Oni (makhluk gergasi). Ini memberi ruang luas untuk Rinsch meneroka dari segi perceritaan.

Tetapi Rinsch sedar pada asasnya kisah 47 Ronin adalah tentang cinta dan kedukaan, maka amat penting untuk mencari keseimbangan di antara elemen fantasi dengan cerita yang ingin disampaikan.

“Ada masanya, penceritaan itu perlu besar dan berani, dan adakalanya senyap. Jadi, keseimbangan perlu dicari antara aksi dan momen di mana watak-watak berinteraksi dan mencari keserasian sesama mereka.”




Download Ebook





Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...