Taip Bahan Carian

Khamis, 7 November 2013

Tips menjimatkan dan mengurangkan bil elektrik


Amalkan langkah mudah di bawah ini untuk anda mula menjimatkan elektrik lantas akan mengurangkan bil elektrik anda setiap bulan.


1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa pengunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.

2. Matikan suis dan tanggalkan palam (plug) apabila peralatan elektrik tidak digunakan.

3. Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada sesiapa di dalam bilik.

4. Bertukar kepada lampu jenis fluoresen (jimat tenaga) untuk pencahayaan dalaman.

5. PETI SEJUK - Elakkan daripada membuka pintu sejuk dengan kerap kerana 30%  udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

6. PENDINGIN HAWA - Tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 – 26 darjah C.

7. Beli pendingin hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana ia akan membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

8. MESIN BASUH - Jika anda kerap menggunakan mesin basuh,dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.

9. KOMPUTER - Elakkan penggunaan ‘screen saver’ dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

10. SETERIKA - Setiap kali menggosokkan pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.


Ini adalah beberapa langkah yang dianjurkan oleh pihak FOMCA untuk mengurangkan bil elektrik kita.
Selain itu beberapa perkara juga perlu diambil perhatian semasa menggunakan elektrik supaya berkesan dan menjimatkan. Di antaranya ialah :


i. Cara pemasangan yang baik

  • Pastikan cara pemasangan elektrik mengikut piawaian yang diperakui agensi bertanggungjawab seperti Sirim dan Suruhanjaya Tenaga. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya “ketirisan” elektrik yang menyebabkan litar pintas. 


  • Pastikan kontraktur yang memasang pendawaiaan elektrik mempunyai lesen sah bagi memudahkan kita membuat sebarang tuntutan jika berlaku sebarang kecelakaan. Jangan lakukan sebarang penyambungan tambahan tidak sah bagi mengelakkan sebarang tragedi atau kecelakaan. 


  • Lakukan cara pemasangan berpusat kerana ianya berfungsi mengawal serta mengatur penggunaan elektrik jika tidak digunakan. 



ii. Pengunaan Peralatan elektrik secara bijak dan berkhemah

  • Pastikan pengunaan elektrik secara am, iaitu menutup semua lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan termasuk menanggalkan soket. 
  •  Benarkan pengaliran udara semulajadi kedalam rumah bagi menyejukkan ruang. 
  •  Amalkan penggunaan tenaga cekap ketika menggunakan peralatan elektrik serta sering memeriksa kadar penggunaan tenaga pada peralatan. 



iii. Sumber Tenaga Alternatif

  • Menggunakan tenaga solar kerana ia sangat baik bagi menyediakan tenaga elektrik dirumah dan sepatutnya ia amatlah digalakkan. 


  • Tenaga solar yang digunakan juga dikenali sebagai Photovoltanic (P.V). 


  • Biasanya hanya membabitkan projek perumahan mewah dan kini telah dibangunkan untuk penggunaan rumah2 panjang di sekitar negeri Sarawak. 


  • Tenaga solar adalah bercirikan kediaman mesra alam. 



Bekalan elektrik ialah merupakan keperluan pada kita semua. Mahu tak mahu kita akan menggunakan elektrik. Jadi bagaimana pun kita tahu kaedah menjimatkan elektrik tetapi jika kita ada disiplin dan azam yang kuat maka semua pengetahuan kita akan sia-sia dan tidak berguna. Selain dapat menjimatkan elektrik, kita juga sebenarnya menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar melalui pengurangan penggunaan bahan bakar untuk menjanakan bekalan elektrik.



Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...