Taip Bahan Carian

Rabu, 17 Julai 2013

UiTM Shah Alam Terbakar (Gambar dan Video)



SHAH ALAM 15 Julai - Empat buah bilik makmal yang terletak di sebuah bangunan setingkat Fakulti Sains musnah dalam kebakaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam di sini petang tadi.

Kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.15 petang ketika tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal menjalankan ujikaji dalam salah sebuah bilik makmal.

Bagaimanapun, kesemua mereka sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api merebak dari sebuah bilik makmal di tengah bangunan tersebut yang terletak di hadapan Kolej Perindu UiTM.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.26 petang ini sebelum lima jentera bersama 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, asap hitam berkepul-kepul dan api sedang marak membakar bangunan setingkat tersebut.

"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Khairi, api merebak dengan cepat dipercayai disebabkan tindak balas bahan-bahan kimia yang terdapat dalam makmal berkenaan.

"Kita turut menghantar Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) ke tempat kejadian kerana khuatir terdapat bahan kimia berbahaya dalam makmal tersebut. Selain itu, kita sedang menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian yang dialami," katanya.

Sementara itu, pihak UiTM dikatakan akan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian tersebut esok.



Fire razes UiTM science lab

A science laboratory situated in the main campus of Universiti Teknologi Mara (UiTM) in Shah Alam was destroyed by fire yesterday afternoon.

A lecturer and three students in a nearby laboratory managed to escape in time before the fire started spreading.

Shah Alam Fire and Rescue Department chief Mohd Khairi Daud said 30 fire-fighters were deployed in five fire trucks after the distress call came at 4.26pm.

He said the fire, which started at 4.15pm, spread quickly due to the presence of flammable chemicals in the laboratory and the fact that the building was old.

"We managed to bring the fire under control in an hour and doused it completely at 7.20pm," he said when contacted yesterday.

He said the department was investigating the cause of the fire and estimated losses.

UiTM said it will issue a statement today regarding the fire. - Bernama


Makmal kimia UiTM Kampus Shah Alam 
tidak selamat digunakan

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan bangunan Makmal Kimia Institut Pengurusan Penyelidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terlibat dengan kebakaran semalam, tidak selamat untuk digunakan dan orang ramai dilarang memasukinya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Komunikasi Korporat UiTM (JKKU) di sini hari ini, kebakaran berlaku kira-kira pukul 4.20 petang dan Bomba Shah Alam tiba 10 minit kemudian.

"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd. Khairi Daud mengesahkan 90 peratus bangunan makmal kimia tersebut telah terbakar. Punca kejadian masih dalam siasatan," kata JKKU.

Menurut JKKU lagi, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini oleh pihak Polis Bantuan UiTM di sini semalam.

Semalam, empat buah bilik makmal yang terletak di sebuah bangunan setingkat Fakulti Sains musnah dalam kebakaran di UiTM di sini.

Kebakaran berlaku ketika tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal menjalankan eksperimen dalam salah sebuah bilik makmal.

Bagaimanapun, kesemua mereka sempat menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api merebak dari sebuah bilik makmal di tengah bangunan tersebut yang terletak di hadapan Kolej Perindu UiTM.

Gambar 
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam terbakar











Video
Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam terbakar








Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130715/je_08/Empat-makmal-di-Fakulti-Sains-UiTM-musnah-terbakar
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130717/dn_23/Makmal-kimia-UiTM-Kampus-Shah-Alam-tidak-selamat-digunakan




Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...