Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
............................................................

Khamis, 28 Mac 2013

Herba Untuk Sembuh Mati Pucuk




Apabila seorang lelaki tidak dapat untuk mencapai zakar yang tegang, ini biasanya dipanggil mati pucuk. Punca penyakit ini berbeza-beza dan termasuk halangan saluran darah, nafsu seks yang rendah, tekanan, masalah prostat dan kesan sampingan ubat.

Sebab psikologi boleh memainkan peranan penting dalam mati pucuk. Bagaimanapun secara purata ini membentuk hanya kira-kira 10 peratus daripada kes. Faktor-faktor fizikal adalah sebab-sebab dominan mati pucuk berlaku di kalangan lelaki, mengikut laman web Herbs2000.

Gingko Biloba



Ginkgo biloba digunakan terutamanya untuk meningkatkan peredaran darah dan ia dipercayai untuk merawat mati pucuk disebabkan oleh halangan salur darah. Ia juga dapat membantu lelaki yang menghadapi penurunan nafsu seks kerana ia meningkatkan aliran darah ke zakar. Dos yang disyorkan ginkgo biloba adalah 80 mg diambil tiga kali sehari, mengikut Herbs2000. Enam hingga lapan minggu rawatan mungkin diperlukan sebelum faedah awal gingko biloba dapat dirasai.

Pygeum



Pygeum africanus merupakan herba yang tumbuh terutamanya di kawasan tanah tinggi di Afrika dan di pulau Madagascar. Dalam kes-kes yang melibatkan disfungsi erektil, Pygeum adalah berkesan jika punca yang berkaitan dengan penyakit prostat. Khususnya, keradangan kelenjar prostat, kemandulan lelaki dan mati pucuk disebabkan oleh rembesan yang tidak mencukupi dari kelenjar prostat. Selain itu, herba ini dianggap mempunyai kesan afrodisiak (aphrodisiac effect), mengikut Herbs2000. Dos yang disyorkan ialah 100mg diambil dua kali sehari antara waktu makan.

Ginseng


Ginseng telah digunakan oleh pengamal perubatan Cina sejak beribu-ribu tahun dipercayai rawatan semulajadi untuk mati pucuk. Herba ini diklasifikasikan sebagai sejenis adaptogen, yang bermakna ia membetulkan ketidakseimbangan dalam badan yang boleh menyebabkan mati pucuk. Ini termasuk juga pengeluaran testosteron yang tidak mencukupi, keletihan fizikal, penyakit kronik dan tekanan psikologi. Dos yang disyorkan untuk ginseng adalah 100-300mg ekstrak standard dua kali sehari. Semasa rawatan, Siberia dan Panax ginseng harus diselang-selikan setiap 14 hari untuk mengelakkan isu-isu toleransi, mengikut Herbs2000.

Sumber:
http://www.herbs2000.com/herbs/herbs_pygeum.htm
http://www.herbs2000.com/herbs/herbs_ginseng_sib.htm
http://www.herbs2000.com/disorders/impotence.htm




Ahad, 24 Mac 2013

Tonton Filem The Raid Redemption


Jika Thailand terkenal dengan filem "Ong Bak" yang mempamirkan kehebatan seni mempertahankan diri iaitu muay thai, Indonesia berjaya mencipta kejayaan dalam filem "The Raid Redemption " dengan mempamirkan kehebatan silat.

Bagi yang belum menonton dan meminati filem-filem aksi seni mempertahankan diri, anda boleh layari sekarang....





atau layari laman asal : The Raid Redemption .


Sabtu, 23 Mac 2013

Tips Panduan Menghadiri Temuduga


Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah :

a. Persediaan
b. Tingkah laku semasa temuduga
 
PERSEDIAAN

1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
 
 Sumber-sumber yang boleh membantu anda ialah :
 
- Mereka yang bekerja di dalam pekerjaan yang dipohon
- Bahan-bahan penerangan kerjaya yang boleh didapati dari pelbagai jabatan, firma dan perpustakaan
- Ibu-bapa, saudara-mara dan rakan-rakan
 
2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi pekerjaan yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu pekerjaan yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara  tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.
 
4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
 
5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata, berselipar, menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.
 
6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi laki-laki dan kemas disikat bagi perempuan. Kasut anda juga hendaklah bersih.
 
7. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

8. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

9. Sediakan nama dan lain butir mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.


TINGKAHLAKU SEMASA TEMUDUGA 
 
1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
 
3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan gelisah.

4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
 
6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.

7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga dahulu, jangan anda memulakannya pula.

8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.
 
10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada panel yang menemuduga anda supaya mereka merasa dihormati.

11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali bergaduh dengan mereka.
 
12. Jangan mengunyah apa-apa di dalam mulut.
 
13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
 
14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
 
15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
 
16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
 
17. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.

18. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
 
19. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
 
20. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu.
 
23. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

24. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
KLIK





Isnin, 4 Mac 2013

Hacker sertai Peperangan Lanun Sulu

Peperangan antara penceroboh Sulu dan Malaysia, bukan sahaja secara zahir oleh Tentera Malaysia tetapi juga dialam maya. Keyboard warrior iaitu Malaysian Hackers turut mengambil bahagian dalam peperangan ini. Antara laman yang diserang oleh penggodam Malaysia adalah:


Laman web http://www.sultansulu.com/ telah digodam oleh hacker yang menggelarkan dirinya Donnazmi.


Devil Code, MrAtoms menyerang laman Filipina dengan membawa masej;

> Take Some Action about Your Dogs in Our Country
> Bring Your Ship and Take Back Your Dogs, Stop Killing Malaysian Army & Police
> Otherwise, We Will Attack Philippine Goverments Website
> No Time To Make Some Joke, Terrorist are Terrorist.. Nothings Changed !


  
Lagu Perajurit Tanah Air atau Inilah Barisan Kita berkumandang disetiap laman web yang digodam.

Antara laman web yang dihack oleh team MrAtoms adalah;
http://aco.com.ph/
http://careeravenue.com.ph/
http://firstglobal.com.ph/
http://gfis.edu.ph/
http://gruppoarmani.com.ph/
http://opinyon.com.ph/
http://ssct.edu.ph/
http://bjmp-ro1.ph/
http://sub.bjmp-ro1.ph/
http://t3st.bjmp-ro1.ph/
http://www.prologuecomputers.com.ph/images/
http://mgbr3.ph/
http://beta.mgbr3.ph/
http://www.westbaycollege.edu.ph/


kumpulan VVIp juga menggodam laman web Filipina seperti;

http://www.7-eleven.com.ph/files/
http://www.jenerick.com.ph/
http://farland.ph/
http://unitedpolyresins.com.ph/admin/
http://www.ozem.com.ph/flash/
http://www.kma.ph/files/
http://bblmanpowerph.com/cak.html

WHPHC pula melumpuhkan laman web dengan pesanan

" Take your dog in our contry, 
Bring your ship and take back you dogs, 
Stop killing Malaysian Army"





Antara laman yang berjaya digodam oleh WHPHC adalah;

http://adhdsociety.com/
http://stcamilluscalbayog.com/
http://www.ruemango.com/
http://www.1pesohosting.com/
http://www.phap.org.ph/
http://mgb7.cvis.net.ph/mgb/
http://www.resurrectionparish.com.ph/rolpv2/


Laman web yang diserang oleh Insan Yang Menangis;

http://www.rctv.com.ph/index.php

Dan laman web yang diserang oleh 3vilCod3Br3ak3r ;

http://www.musicmuseum.com.ph//images/
http://www.phikappaphi.up.edu.ph/





Ahad, 3 Mac 2013

Infomasi Lahad Datu



Pasukan Keselamatan Malaysia sedang memerah otak, bertungkus-lumus untuk mengawal keadaan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu dari selatan Filipina.

Tak usahlah kita dedahkan apa-apa maklumat seperti;

  • Lokasi roadblock polis
  • Kehadiran polis dgn bilangan luar biasa
  • Bil. anggota polis cedera dan terkorban
  • Kejadian tembak-menembak yang baru
  • Lokasi kepongan baru
  • Masa serbua hendak dilaksanakan
  • Terlihat orang yang mencurigakan
  • Markas musuh dan polis
  • Bil. polis di lokasi spesifik
  • Dokumen polis dsb
Kerana mungkin apa yang kita sebarkan akan menjadi sumber bagi tentera Gerila Sulu mengatur serangan...

Semoga segala musibah yang menimpa negara kita ini dapat berakhir dengan cepat... Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner