Taip Bahan Carian

Jumaat, 25 Januari 2013

Kanser Barah Payudara


Kanser Payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian wanita di Malaysia. Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keadaan yang tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak kek kelenjar linfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Sesiapa sahaja boleh mendapat kanser payudara, tetapi kanser ini jarang berlaku
di kalangan kaum lelaki.
Kanser payudara adalah kanser nombor 1 di kalangan wanita Malaysia. Bagi setiap 100 orang wanita Malaysia yang dikenalpasti menghidapi kanser,31 orang adalah disahkan menghidapi kanser payudara (berdasarkan Senarai Pendaftaran Kanser 2003-2005).

Tanda-tanda kanser payu dara

* Terdapat benjolan atau ketulan pada payudara.
* Payudara berubah bentuk atau besar sebelah.
* Puting payudara mengecut kedalam.
* Kulit payudara berubah seperti kemerahan dan berkedut seperti kulit limau.
* Sakit atau bisa payudara.
* Bengkak kelenjar atau ketulan di bahagian ketiak.
* Kemerahan atau berkeruping pada puting atau kulit payudara
* Lelehan dari puting (kekuningan atau berdarah) selain susu





Periksa Sendiri Payudara (PSP)

PSP adalah pemeriksaan payudara yang dilakukan oleh anda. PSP membolehkan anda mengenali payudara sendiri. Apabila PSP dilakukan secara tetap, iaitu, sekali sebulan, ia akan membolehkan anda mengesan kelainan dan perubahan pada payudara sendiri.

Bilakah masa yang betul untuk melakukan PSP?

Jika anda masih didatangi haid, PSP patut dibuat 3 hari selepas haid “berhenti” ataupun 7 hingga 10 hari selepas bermulanya haid anda. Kalau sudah putus haid ataupun telah membuat pembedahan rahim (histerektomi) ataupun untuk kaum lelaki, PSP patut dibuat pada hari (tarikh) yang sama setiap bulan.

Bagaimanakah saya boleh mengingati kelainan atau perubahan pada payudara saya?

Anda boleh merekodkan apa-apa perubahan atau kelainan dengan menggunakan gambarajah supaya anda boleh mengingati tempat terasanya kelainan dan ini membolehkan anda membuat perbandingan dari sebulan ke bulan yang berikutnya.

Haruslah diingati kebanyakan (80-90%) benjolan di payudara bukanlah kanser tetapi ketumbuhan tidak merbahaya (benign). Perasaan tidak “rata” atau penebalan terutamanya kalau terasa pada kedua-dua belah payudara adalah kerap dilaporkan dan selalunya merupakan tekstur payudara tersendiri.

Bagaimanakah melakukan PSP?

Ada 2 langkah untuk PSP.
Memerhati keadaan payudara di hadapan cermin serta juga merasa payudara secara berbaring. Semasa sedang mandi, anda mungkin ingin melakukan PSP. Tangan yang bersabun memudahkan pergerakan untuk merasai benjolan pada payudara anda. Tetapi, ini merupakan teknik tambahan dan tidak patut menggantikan PSP cara berbaring. Cara berbaring yang betul akan meleperkan payudara dan mengelaknya daripada bergerak.

Kurangkan Risiko mendapat kanser payudara

  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi.
  • Senaman -senaman dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.

Download ebook panduan dan info lengkap tentang kanser payudara dari MAKNA (National Cancer Council Malaysia / Majlis Kanser Nasional) yang menerangkan lebih terperinci dalam aspek;

Apa dia barah?
Barah payudara
Tanda-tanda barah payudara
Risiko barah payudara
Barah payudara dan keturunan
Langkah menghindar dari pendapat barah
Bagaimana barah dikesan
Peringkat barah payudara
Rawatan barah payudara
Pembedahan
Kesan Sampingan Selepas Pembedahan
Penjagaan selepas pembedahan
Rawatan kemoterapi
Rawatan Hormon
Rawatan susulan
Keterampilan diri selepas pembedahan
Terminologi berbagai jenis rawatan
kumpulan sokongan untuk pesakit kanser payudara
Kemudahan dan hak pesakit barah
Alamat dan nombor telefon mustahak


Download ebook dari CARIF (Cancer Research Initiatives Foundation) yang menerangkan hubungkait keturunan dan kanser payudara.


RANCANGAN PEMAKANAN SIHAT

Ambillah pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan setiap hari. Pilih makanan dengan kandungan lemak yang rendah.

(A) HASIL BIJIRIN
Pilih bijirin dan produk yang diperkayakan. Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Contoh bijirin ialah gandum, nasi, oat, gandum hitam, barli, ubi kayu. Contoh hasil bijirin ialah roti, kuih, biskut kraker, pasta, capati, apam, naan.

(B) SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Pilih sayur berwarna hijau gelap dan jingga serta buah yang berwarna jingga dengan lebih kerap. Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sehari. Contoh sayur berdaun hijau ialah bayam, salad, kangkung, kailan, sawi. Makanan lain di dalam kumpulan ini termasuk lobak, oren, epal, jagung, brokoli, kacang hijau, pisang.

(C) HASIL TENUSU
Pilih produk dengan kandungan lemak rendah dan ambil sekurang-kurangnya 3 hidangan sehari. Contohnya ialah susu segar, yogut, keju, krim, aiskrim.

(D) DAGING DAN ALTERNATIF
Pilih daging yang tidak berlemak seperti ayam, itik, ikan serta kacang hijau kering dan kacang dengan lebih kerap. Ambil 2-3 hidangan sehari. Contohnya daging, ayam, ikan, kacang dhal, kacang hijau dan tauhu.

(E) MAKANAN LAIN
Termasuk makanan yang kita makan kerana kelazatan dan keenakannya tetapi tidak berasal dari kumpulan makanan yang tertentu. Contohnya gula-gula, pencuci mulut, makanan berlemak dan makanan ringan. Makan dalam kuantiti yang tidak berlebihan.

Download ebook dari MAKNA (National Cancer Council Malaysia / Majlis Kanser Nasional)

Download ebook dari CARIF (Cancer Research Initiatives Foundation)

Download himpunan info kanser payudara




1 ulasan:

Blogger berkata...

Quantum Binary Signals

Get professional trading signals delivered to your mobile phone daily.

Start following our trades today & make up to 270% a day.

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...