Taip Bahan Carian

Ahad, 6 Januari 2013

19 tanda anda telah jatuh cinta



Nasi Lemak Buah Bidara,
Sayang Selasih Hamba Lurutkan;
        Buang Emak, Buang Saudara Agama,
        Kerana Kekasih Hamba Turutkan....

Sememangnya cinta itu buta, jadi disini saya kongsikan 19 simptom bagi mereka yang sedang di lamun cinta.

1. Anda rasa anda seperti kenal dia sudah lama,  padahal anda baru sahaja kenal akan dia. Anda dapatkan rasa keserasian yang timbul antara anda  dan dia. Anda rasa begini kerana anda tertarik sepenuhnya pada dia.

2. Anda mula dahagakan senyuman dari si dia. Mimik-mimik senyumannya sentiasa terbayang dalam fikiran anda.

3. Anda boleh bekerjasama dengan dia dan anda  juga sedia bekorban untuk memastikan kerjasama itu berlaku.

4. Anda berdua mempunyai rasa yang sama iaitu  mempunyai minat yang sama dan secara perlahan-lahan, anda mula luahkan apa yang anda rasa kepada dia.

5. Anda sentiasa teringatkan dia. Bahkan segala perkara yang anda lakukan, anda kaitkan dengan dia.

6. Anda hanya nampak sifat baik dia sahaja. Walaupun anda tahu dia ada sikap jahat, anda menolak sikap jahat tersebut dan sedia menerima dia seadanya.

7. Anda rasa tenang dan rasa lebih yakin apabila bersama dengan dia.

8. Anda mula ketagih untuk luangkan masa bersama-sama dengan dia. Walaupun anda sibuk, anda tetap cuba mencari masa.

9. Tiba-tiba sahaja anda minat untuk dengar lagu-lagu cinta, sedangkan sebelum ini anda hanya layan Iron Maiden jerr. Dan semua lagu-lagu cinta tu pula, anda rasa seperti berkisarkan diri anda.

10. Anda mula membayangkan masa hadapan anda berdua sebagai pasangan hidup. Malah anda juga mula merencana pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama-sama.

11. Anda mula rasa sayang teramat pada dia.


12. Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda.

13. Anda mula berkongsi perkara yang berlaku dalam hidup anda dengannya.

14. Perasaan rindu membuak-buak di dalam hati anda.

15. Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.

16. Anda berbual dengan si dia hingga lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya.

17. Anda sering curi melihat dan menatap gambar si dia (gambar facebook) dan anda rasa soalah-olah dia disamping anda.

18. Anda sering melihat status facebook si dia, dan anda juga menyiasat siapakah rakan-rakan facebook si dia. Jika ada seseorang yang sama jantina dengan anda mengatakan sesuatu di laman facebook si dia, anda terus menyiasat latar belakang orang itu dan apa hubungan orang itu dengan si dia.

19. Anda merasakan dunia ini anda yang punya, ada sanggup lakukan apa sahaja untuk si dia... macam kiasan orang dulu-dulu..."lautan api sanggup direnangi". ;)

Jika anda ada mengalami tanda-tanda seperti di atas, memang benarlah anda memang sedang angau dilamun cinta...



              Panduan Membina Untuk Bakal Pengantin     


Cinta yang murni itu, lahir dari hati yang suci...

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...