Taip Bahan Carian

Ahad, 16 Disember 2012

AES dan Lokasinya


Kecoh juga pasal Pemasangan kamera AES ni...
Bagi saya, sama ada suka atau tidak, apabila ia dipasang kawasan kita, kenalah kita ikut peraturan 100%.
yer lah, kalau tak nanti tak pasal-pasal kita kena saman, RM300... banyak tu!

nak tahu dimana kamera AES dipasang, dan akan dipasang (Lokasi Blackspot AES)... leh tengok di laman mosti atau di bawah ni ;


Lokasi AES Had Laju


Lokasi AES - Lampu Isyarat


Rumusan Lokasi AES


Automated Enforcement System (AES) adalah senguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ia adalah salah satu usaha aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

AES adalah suatu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Tujuan AES adalah untuk mengurangkan kematian akibat kemalangan.

AES beroperasi;
  • 24 jam
  • Tidak bermusim seperti OPS Sikap dan OPS Selamat
  • Tiada campur tangan manusia

Pelaksanaan AES meliputi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat dan Memandu melebihi had laju.

Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS). Sistem AES juga secara automatik akan menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.


Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES:

  • JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES.
  • MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES.
  • JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
Sumber info:
http://www.mosti.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2524
http://www.jpj.gov.my/aes-system

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...