Taip Bahan Carian

Jumaat, 9 November 2012

Alpikasi Search Dengan Suara Sahaja



Nuance Communications, Inc. pakar global dalam bidang penyelesaian suara dan bahasa, telah  mengumumkan pelancaran aplikasi Dragon Dictation dan Dragon Search dalam Bahasa Malaysia, menyediakan cara yang tepat dan mudah kepada rakyat Malaysia untuk berhubung, bersosial dan mencari di Internet — hanya dengan bercakap kepada iPhone, iPad atau iPod Touch mereka.

Nuance telah melancarkan aplikasi Dragon di 35 negara, menyesuaikannya supaya pengguna boleh melakukan pencarian sambil bergerak dan berhubung dengan orang lain dengan mudah. Apabila diperkenalkan di App Store Apple Amerika Syarikat pada Disember 2009, Dragon Dictation menjadi aplikasi utama yang dimuat turun dan ditarafkan di tempat pertama dalam kategori Produktiviti Perniagaan. Sejak itu, Dragon Dictation dan Dragon Search telah dimuat turun dan dinikmati oleh berpuluh juta orang di seluruh dunia.

"Kami sukacita untuk menawarkan aplikasi Dragon Dictation dan Dragon Search kepada masyarakat Malaysia yang berbilang budaya dan bahasa," kata Jason Stirling, naib presiden kanan, Asia Pasifik, Nuance Communications. "Peranti yang diaktifkan menerusi suara kini semakin penting di seluruh dunia, di mana kedua-dua aplikasi Dragon dapat mengiktiraf mengecam pelat dan loghat tempatan, rakyat Malaysia kini boleh menghantar pesanan teks, e-mel, mengemas kini media sosial dan membuat pencarian web mudah alih sehingga lima kali lebih pantas berbanding cara menaip."

Kedua-dua aplikasi Dragon Dictation dan Dragon Search kini boleh didapati secara percuma daripada Apple App Store di Malaysia. Pengguna boleh mencari "Dragon Dictation" ataupun "Dragon Search" di dalam App Store untuk memuat turun aplikasi ini. Teknologi pengecaman suara Dragon Nuance menjadi tunggak perisian komputer meja Dragon NaturallySpeaking yang menerajui interaksi suara bagi jenama telefon, tablet, kereta, TV dan aplikasi utama dunia, membolehkan berjuta-juta orang berhubung dengan lebih mudah dan pantas.
sg.news.yahoo.com/cari-dengan-suara-sahaja-011219046.html

.

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...