Taip Bahan Carian

iklan adnow

loading...

Tudung Kanak-Kanak

Tudung kanak-kanak
............................................................

Isnin, 28 Februari 2011

Cara Unblock Facebook di Office

hehehe... sesetengah opis, dia org block facebook. :(
tapi sebenarnya ada cara untuk unblock facebook ni.. bagi sape-sape yang urgent perlu buka juga facebook. Boleh guna server-server dibawah ni... buka jer link. kalau keluar forbidden web tak pe, terus accept jer.. selamat mencuba

https://www.upload.facebook.com/

tak boleh juga? emmm try ni lak

https://www.vtunnel.com/

tak boleh juga? power betul la sistem security opis ko org.. :D

ok tak pe, try ni pula

1.masuk kat google then search "selamat datang ke facebook" klik enter
2.login id dan pwd anda kemudian akan keluar URL ini "https://login.facebook.com/login.php?login_attempt=1"
3.edit URL ni kpd:"https://www.beta.facebook.com/login.php?login_attempt=1"
4.log in id dan pwd anda...dan layarilah facebook mcm biasa

atau copy paste jer link ni https://www.beta.facebook.com/login.php?login_attempt=1

tak boleh juga?!!!


Pakai website proxy:
http://hidemyass.com/
Taip facebook URL dlm kotak tu & tekan ENTER.



tak pun guna link ni

http://unblockanything.com/

atau

http://www.vectroproxy.com/



Atau

try nie..
biasernyer http://www.facebook.com...
skrg korang tambah `s` kat http tue.. cth : https://www.facebook.com
tp setiap kali nak tukar page kat fb tue.. dier akan block balik, korang cume perlu tambah balik `s` yg kat http:// tue..

Update: rujuk entry unblock laman website yang disekat

Selamat mencuba...

ebook David Blaine’s Magic Tricks

Bagi yang minat silap mata tu ( Magic Tricks ), hehehe anda boleh download ebook panduan buat silap mata     ( Magic Tricks ) teknik yang digunakan oleh David Blaine. 
Antara teknik yang terdapat dalam ebook " David Blaine’s Magic Tricks" adalah;

Balducci Levitation
Twisting Arm Illusion
Cigarette Through The Coin Trick
Psycho Kinetic Time
Coffee To Coins Street Magic Trick
Ace Shake
Paul Xenon Tax Disc Removal Secret
Coin Bite And Restored Coin
String Magic Trick
Fly Resurrection
David Blaine Mind Reading Style Trick
The Pop-Up Card (Fruit Loops)
Two Card Monte
Voodoo Ash
Cough Cough
Card In Bottle
Coin Vanish
David Blaines Card Through Window Trick 

Berapa bayaran? he,he,he... percuma... download lah free jer... 







Selasa, 22 Februari 2011

20 Tip Cara Jimatkan Minyak Kereta

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.

CARA 1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.


CARA 2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.


CARA 3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.


CARA 4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.


CARA 5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.


CARA 6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.


CARA 7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.


CARA 8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..


CARA 9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.


CARA 10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.


CARA 11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...


CARA 12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.


CARA 13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.


CARA 14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit...


CARA 15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.


CARA 16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.


CARA 17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.


CARA 18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.


CARA 19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ mana2 jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit. Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter. 
Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh dipercayai.


CARA 20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda...
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi.



Khamis, 17 Februari 2011

Keluhan Penguna Waktu Awal Era Komputer (Lawak Bangang)



Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari para pengguna komputer di Amerika.

Berikut petikan keluhan-keluhan pengguna pada ketika itu yang agak kelakar :

1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press *ANY* Key” menjadi “Press ENTER Key” disebabkan ramai yang menelefon menanyakan di mana letak kunci “*ANY*” di keyboard.



2. AST Technical Support menerima laporan pengguna kerana kesulitan menggunakan tetikus. Ketika pihak Techinal Support mengunjunginya, mereka menemukan mouse tersebut tidak boleh digunakan… karena masih terbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tetikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang tetikus komputer?



3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, ahli teknikal Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin tik dan mengetikkan label yang tertempel di disket itu.



4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sulit dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan sesalinan disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotokopi disket dari pengguna tersebut.



5. Seorang pengguna DELL mengeluhkan kalau dia tidak dapat mengirimkan fax melalui komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL menemukan yang pengguna itu telah cuba menghantar fax melalui komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil
menekan tombol “SEND” di monitor.



6. Seorang pengguna DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak dapat berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya caranya membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”




7. Seorang pengguna DELL marah besar kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik. Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki, tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.



8. Seorang lagi pengguna DELL marah besar kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika ahli teknikal DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”



9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pengguna :
Penelefon : Hello, dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya bantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya dapat menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah semasa anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat letak cawan itu patah. Yang saya tahu, di bahagian depan Tempat letak cawan itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa
terbahak-bahak…


Selasa, 15 Februari 2011

3 Tools Google Untuk Bantu Blogger

Sudah tentu kita sebagai blogger ingin tahu apa yang pengunjung atau pembaca setia blog kita mahukan. Apa yang sepatutnya kita focus dan tulis sebarang topik dengan baik mengikut minat dan kecenderungan pembaca agar mereka lebih seronok dan gembira. Blogger sememangnya kena ada perancangan keyword yang baik dan efektif untuk menjana hasil yang positif. Ada 3 tools utama Google yang boleh dimanfaatkan untuk kita meningkatkan prestasi blog di samping memberi kepuasan kepada pengunjung dan pembaca setia blog. Tools tersebut adalah :

1. Google Analytics (GA)


Melalui Google Analytics kita boleh melihat dan mengkaji keyword yang paling banyak digunakan oleh visitor ke blog kita. Kenalpasti keyword tersebut dan focus untuk menulis topik berkaitan dengan niche dan keyword tersebut untuk terus menjana traffic yang baik. Lagi banyak informasi yang kena dengan kemahuan visitor lagi bertambahlah pengunjung percuma dari hasil carian Google nanti. Kita perlu menyemak dan menilai website kita menggunakan GA ini supaya tidak terlepas sebarang peluang yang hebat.


2. Google Search Based Keyword Tool (Sktool)


Apabila kita sudah mengetahui keyword yang dikenalpasti daripada GA, kita boleh monetize dengan Google Adwords jika mempunyai produk atau servis yang sesuai diletakkan di blog atau web kita. Dengan itu penting gunakan Google Search Based Keyword Tool (Sktool) untuk menyenaraikan cadangan topik berasaskan keyword yang menepati kehendak carian Google. Penggunaan Sktool ini membolehkan kita mendapatkan nama topik atau artikel yang sesuai dengan kehendak enjin carian Google. Ia memudahkan proses SEO untuk mendapatkan ranking tinggi di halaman pertama SERP.



3. Google Insights (GI)


Salah satu tools yang hebat ialah Google Insights. Ia adalah satu versi baru Google Zeitgiest yang telah dihentikan duhulu. Kini Google Insights boleh menyenaraikan beberapa keyword atau topic yang popular mengikut tempat, masa dan sebagainya. Malahan terdapat forecasting untuk tahun depan atau bulan seterusnya mengikut kiraan standard matematik. Saya suka melihat Google Insights ini kerana boleh mengetahui sst keyword itu akan meningkat popularitinya pada sekian bulan dan memberi ruang untuk kita bersedia untuk melancarkan apa jua jenis produk atau servis.

Isnin, 14 Februari 2011

Buat Magic Pada Skrin Komputer

HILANGKAN 2 HURUF 'O' PADA PERKATAAN GOOGLE

Ini satu lagi trik menarik mengenai Google. Kalau anda nak buatkan rakan2 anda, adik, anak anda atau sesape saje terpesona & kagum dengan anda, boleh cube buat ni (itu pun kalau diorang belum tahu trik ni lah..)


Langkah 1.

Mula2 anda perlu buka satu website  http://www.darkartsmedia.com/google.html dan anda akan di bawa ke website yang seakan-akan page google.com


Ok, jom kite start.. ikuti langkah2 di bawah:

Langkah 2

- Setelah anda berada di website yang dimaksudkan td ( http://www.darkartsmedia.com/google.html ) letakkan jari anda di dua huruf oo pada perkataan ( gOOgle ) cthnye dalam gambar di bawah ni;


Langkah 3

- Kemudian anda perlu klik dimana-mana kawasan yang putih dalam laman tersebut menggunakan mouse anda (pastikan anda klik SEKALI sahaja..!!) dan pastikan jari anda terlebih dahulu diletakkan sebelum anda klik.

- Dalam masa 3 saat sebaik sahaja anda selesai klik lepaskan jari anda dari kedua2 huruf o tersebut dan anda akan dapati kedua-dua huruf O akan hilang serta-merta.(seperti gambar di bawah)

Langkah 4

- Selepas tu, untuk kembalikan perkataan gOOgle kepada yang asal semula, anda perlu klik sahaja di kawasan laman putih, dan dalam masa 3 saat kedua2 huruf o akan kembali kelihatan (untuk lebih mantap sebelum klik anda letakkan sekali lagi jari anda di huruf o yang hilang, kemudian baru klik sekali dan selepas 3 saat lepaskan jari semula)....Anda akan dapati huruf o akan ada semula.

- Akhir sekali anda klik sebanyak 3 KALI di kawasan laman putih dan anda akan terus dibawa ke laman google yang sebenar.

Tunggu ape lagi.. Cubalah..!!

Khamis, 10 Februari 2011

Selawat Munjiyah



Munjiyah bererti penyelamat. Selawat ini jika diamalkan dengan banyak membacanya, maka ia akan menyelamatkan dari segala sesuatu yang tidak diinginkan. Bahkan dengan banyak membaca selawat ini Insya Allah akan mendatangkan segala hajat yang diinginkan. Bagi orang yang mempunyai hajat yang sangat penting dan ingin segera dikabulkan oleh Allah, maka selawat ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.

Fadhilatnya:-

  • Barangsiapa membaca selawat ini 300 kali semasa pelayaran, akan terselamat dari karam atau tenggelam.
  • Jika dibaca 500 kali setiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak dan jika dibaca 1000 kali akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit taun. 
Sumber: http://nuursyifa.blogspot.com


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan."
[Al-Quranul Kareem | Al-Ahzab, 33 : 56]

Doa-Doa Magnet Rezeki

Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.
DAPATKAN SEKARANG!!!

Selasa, 1 Februari 2011

Cara Install Pelbagai Aplikasi Dengan Mudah

FreeApps adalah sebuah utiliti yang membantu anda memasang pelbagai aplikasi untuk Windows dengan mudah.





 Jika anda mempunyai sebuah komputer yang baru sahaja kena format, pastinya anda perlu download dan install pelbagai aplikasi satu-persatu, seperti Adobe Reader, Firefox, VLC Media Player dan sebagainya. Namun dengan FreeApps segala tugas tersebut akan dilakukan secara automatik.



FreeApps juga mempunyai fungsi Updates untuk memeriksa kemaskini terbaru bagi aplikasi-aplikasi anda, serta Uninstaller untuk membuang apa-apa aplikasi yang anda tidak mahu. 



Dengan FreeApps, anda boleh install aplikasi dengan mudah pada mana-mana komputer, asalkan ia mempunyai sambungan Internet yang stabil.

Layari website http://www.freenew.net/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FeedBurner FeedCount

Pengikut

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Subscribe Now: poweredby

Powered by FeedBurner