Taip Bahan Carian

Khamis, 23 Disember 2010

Ayat 1000 Dinar - Mitos & Realiti






MITOS (myth)

Secara mitos atau kononnya ayat 1000 dinar ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

dari sumber lain pula ada yang mengatakan ayat 1000 dinar ini adalah daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah 1000 dinar.


HAKIKATNYA...

Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Bagaimana wujud namanya 1000 dinar adalah misteri. Apa yang pasti ia Bukan berasal dari Al-Quran, asSunnah atau athar sahabat mahupun qaul fuqaha.

Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.

Antara kepercayaan terhadap ayat 1000 dinar ini ialah;

Jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.



KESIMPULAN

Nama gelaran ayat tersebut dan kelebihan ayat tersebut, tidaklah begitu penting. Apa yang paling penting untuk dinilaikan ialah apakah isinya , pengajaran-pengajarannya , dan yang berkaitan dengannya .

Isi-isinya yang mengajarkan kita agar terus-menerus bertaqwa dan bertawakkal ( doa + usaha = tawwakal ) itulah yang paling penting kita jadikan “ pembakar semangat kita “ .

Orang-orang Jepun menjadikan semangat “ Samurai “ ( Bushido ) sebagai motivasi kerja dan kehidupan mereka . Orang-orang Cina pula , ada yang menjadikan “ Art Of War “ ( oleh Pendita Sun Tzu ) sebagai motivasi mereka . Tapi sayang seribu kali sayang , orang-orang Islam hanya sibuk dengan “ mitos “ Ayat 1000 Dinar tanpa mahu mempraktikkan isi-isi pengajaran ayat tersebut ! .


Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.

Segala rezeki semuanya dari Allah Ta’ala dengan syarat ada usaha, doa dan tawwakal...


Sumber rujukan;
http://bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=124189&sid=2d3c63414a790d3da37f2d32ced8862b
http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/gantung-ayat-1000-dinar.html
http://wanmus.com/ayat-seribu-dinar.html




Buku ini menghimpunkan amalan murah rezeki, doa-doa menjemput rezeki, doa-doa menghindari kemiskinan dan amaln selawat mohon segala hajat.

Tiada ulasan:

Kongsi Artikal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...